Friday, March 19, 2010

LENAKU DI TEMPAT BARU

Kekusutan yg melanda beberapa minggu yang lalu dah selesai. Lega sangat dapat masuk umah baru. Tapi tak dapat lah segala2nya yang baru. Poket tak berapa nak ada isi. Pakai je lah mana yang ada. Dapat masuk nie pun satu rahmat. Barang yang tak ada tu perlahan2 lah. Apa yang penting ada tempat untuk berteduh dulu.

Terima kasih kepada kawan2 yang banyak membantu. Nasib baik ada Sulia tolong akak cuci umah. Kalau sorang jenuh gak. Sepupu aku, tolong carikan org untuk angkut barang. Malam pertama di umah baru ditemani Kak Melati dan anak-anak. Terima kasih jugak kepada En. Zul tolong carikan orang untuk pasang kipas dan lampu. Aku memang puas hati En. Wan buat keja. Lagi satu, ikut je aku nak suruh buat mcm mana pun dia buat. Pendek ceta senang berkira lah. Kepada Suzanna terima kasih kerana temankan akak pe beli lampu dan kipas.

Kepada my friends Anisah dan Amy…. Terima kasih atas idea hampa berdua dan tolong kemas mana yang patut. Anggap lah umah nie umah hampa jugak… Free2 jangan segan2 nak datang. Kunci dah ada kan…

Kalau nak ikutkan umah nie ada gak chemistry…. Aku beli bulan 3 tahun 2007, aku dapat kunci bulan 3 tahun 2009, aku masuk bulan 3 tahun 2010. Lorong umah sp 2/3, aku dilahirkan pada 2 hari bulan 3, dan tahun nie ulang tahun yang ke 32. Aku dah niat masa beli lagi tak akan sewakan kat orang. Dan ini merupakan umah aku yang ke 3. Memang aku nak duduk sendiri. Umah pertama dan kedua tu umah kotak…. He he he he nak gak sebut no. 3… yang tak ada. Di ada2kan cete.

Aku dah biasa hidup sorang2… dan mungkin jugak jenis aku tak boleh hidup dengan orang. Sebab aku nie bukan jenis lekat kat umah. Balik umah just untuk rehatkan badan. So lebih senang tinggal sorang. Hujung minggu kawan2 nak lepak is ok…Dulu aku duduk kat kuarters yang 3 bilik tu pun sorang gak…. Duduk umah kawan aku yang 6 bilik, 6 bilik air tu pun sorang gak. So kalau sekarang nie duduk umah 4 bilik, 3 bilik air, rasanya bukan luar biasa. Dah biasa. Aku akan guna sepenuhnya bilik2 yang ada.

9 ulasan:

ONE ZABA said...

sementara sorang tu boleh la tak lekat kat rumah.

relevan said...

Kau pindah ke rumah baru ke eeeda?..

piewahid said...

selamat berpindah dan menikmati suasana baru...moga berkat dan rahmat!

kakyong said...

Waaa...selamat berpindah ke rumah baru eeeda...semoga lepas ni tak duduk sorang lagi la ye...apa pun akak doakan semoga eeeda sentiasa ceria dan bahagia selalu hendaknya...Take care sis!

eeeda said...

One Zaba: betul lah... sementara tak payah melapor nie senang nak bergerak ke mana2 pun..

eeeda said...

relevan: Ya.. kira umah baru lah... sebab baru duduk.. w.pun dah lama dapat kunci..

eeeda said...

piewahid: Harap2 berkatlah...

eeeda said...

K.yong:Doa2kan cepat berdua... he he he...

~Insan Biasa~ said...

sokong kak yong...n bila ko dah berdua tu nanti ,aku kenalah pulangkan kunci....heheh