Wednesday, August 11, 2010

RINDU ITU TERLALU INDAH UNTUK DIKENANG

Kita boleh tipu semua orang... tapi kita tak boleh tipu diri sendiri. Aku memang ego, mulut kata dah tak nak tegur, dah tak nak sms, fb dia aku nak remove, phone dia aku nak delete... tapi baru tiga hari sepi daripada semua tu... aku rasa hidup nie dah suram....

Selalunya dia lah teman aku berchating... dia lah teman aku bersms hingga lewat pagi. dia lah teman aku berborak di phone. Walau pun kami jauh... tetapi terasa dia sentiasa di sisi. Terima kasih kerana selama ini menjadi temanku.

Semalam aku buang jauh2 egoku...aku call dia. Aku rasa mcm nak menanggis... dapat bercakap dengan kawan yang dah beberapa hari tak bercakap. Berkat bulan mulia. Rupanya dia pun sama mcm aku.... sentiasa dok teringat. Cuma takut nak call.

Jauh di sudut hatinya, dia terkilan kerana apa yang terjadi cuma salah faham. Rupanya dia hasrat untuk datang memujuk aku...terharunya.... walau pun hakikatnya umah aku sekarang pun.... dia tak pernah datang. Sekurang2nya aku tahu dia memang sayang persahabatan kami... begitu juga dengan aku. Terima kasih kerana memahami situasi aku.

Belajar memahami sikap seseorang...
Menjadikan kita lebih mesra...


3 comments:

  1. salam...

    semoga ramdhan ini memberi seribu keberkatan buat anda, amin...

    ReplyDelete
  2. Salam Ramadan eeeda..rindu lak dah ni..teringat seseorang ka?..

    ReplyDelete
  3. bluecity:
    Insya allah.

    Relevan:
    Ya salam Ramadhan. Tu lah, bila ada tak hargai. Bila tak ada rindu lah pulak.

    ReplyDelete