Sunday, September 19, 2010

KEHADIRAN YB DI SEKOLAH DEN

Hari Jumaat sekolah aku dah start persekolahan seperti biasa... boleh tahan gak meriahnya... pagi2 lagi kami berhimpun di kantin, kebetulan hari tu cuaca tidak mengizikan.. Hari Jumaat kebiasaannya kami akan mengadakan bacaan Yassin secara beramai-ramai. Aktiviti ini melibatkan semua guru dan murid.

Selepas bacaan Yassin, sementara menunggu ketibaan YB, ada beberapa guru menyampaikan pesanan kepada murid-murid.... terutamanya murid tahun 6 mengenai peperiksaan UPSR yang akan tiba hanya beberapa hari sahaja lagi.

Kehadiran YB kali ini adalah untuk menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk alat tulis kepada murid-murid tahun 6.

Dari kanan, Kak Gee, Kak As, Izan, Lucthmy dan Wani

Tengok....bukan murid je yang dapat... tapi semua guru yang mengajar tahun 6.... yang tak mengajar tu jangan jelous ye.... tahun depan jumpa gb... minta nak ajar tahun 6 kot dapat hadiah lagi besor no....kalau tunggu je...takut orang tak bagi...

Tengok kekawan aku... ceria sungguh... wajah2 mereka yang mengajar tahun 6.... siapa kata tension mengajar tahun 6.... mungkin lain oranga... lain pandangannya... gengs kami memang best lah....

Anak murid aku lagi soronok.... kalau dah cikgunya pun seronok.... ada macam2 colour tu... merah, hitam, biru... aku pilih hitam... hitam itu menawan. he he he.

Hebat tu penyelaras aku.... hidup cikgu Rozam... senyum bukan main lagi dapat alat tulis drpd YB...(baju putih) Kalau UPSR tak mansuh... tahun depan boleh jadi penyelaras lagi... kami sentiasa menyokong dari belakang... janji kami tak jadi penyelaras....

Tahniah kepada yang hadir pada hari tersebut.... mereka nie antara yang berjaya memujuk mak bapak balik awal... he he he.... tak salahkan kepada yang tak hadir.... mak ayah cuti lagi... dah lah balik kg setahun sekali... time nie lah nak duduk lama sikit kat kg kan.... Lain kali kena buat cuti bagi sama dgn orang yang keja...

Menghargai pemberian yg ikhlas lebih baik...
Daripada meminta-minta daripada mereka yang belum tentu ikhlasnya....

No comments:

Post a Comment