Thursday, September 16, 2010

SYAWAL TAHUN NIE YANG TERAKHIR

"Syawal tahun ini merupakan yang terakhir beraya secara solo"

Beberapa hari sebelum raya aku dapat sms daripada rakan2 yang bakal menamatkan zaman bujang... mungkin tahun nie dan mungkin jugak tahun hadapan iaitu sebelum menjelang hari raya. Tahniah kepada rakan2 yang aku kira sudah mempunyai calon yang sesuai.... hanya menunggu hari untuk disatukan.

Aku pun boleh cakap ayat yang sama.... kalau sudah mempunyai calon... masalahnya eng gak lagi kutemui.... masih berusaha dah terus berusaha... selagi tidak berjaya... usaha perlu diteruskan.

Kita selalu dengar, orang tua2 cakap jangan bermadu...sebab takut timbul banyak masalah kemudian hari... walaupun ada yang aman bahagia dengan bermadu.. tapi bilangannya amat sedikit....jika nak dibandingkan dengan yang mengalami masalah selepas itu.

Ayah aku selalu cakap jangan mak anak...maksudnya jangan ambil mak dan anak-anak2nya.... lebih kurang lah maksudnya dengan bermadu. Orang tua nie pandai je pusing perkataan. Apalah salahnya straight to word... kan mudah orang nak faham.

Hari raya pertama aku pergi umah mak cik aku.... dia tanya bila lagi aku nak berdua.... dengan selambernya aku jawab le... tengah mencari, ada tu nanti.... mak cik aku siap pesan. Jangan berlapik sudah le....berlapik nie sama lah maksudnya ada pertama, kedua dan mungkin ketiga....aku faham maksud dia.... supaya jangan bermadu. Bagus jugak pe beraya umah orang2 tua nie... ada je perkataan yang jarang kita guna... tapi depa guna. Tambah perbendaharaan kata....he he he he..

Aku klu nak bermadu dah lama... ada sorang kawan baik aku nie... pernah ajak aku bermadu dengan dia. Tak sampai hati aku... sebab dia terlalu baik. Aku tak pernah jumpa orang yang sebaik dia. Tak pernah bermasam muka, apatah lagi nak berbunyi suara....

Mak aku selalu pesan, kita jangan mintak nanti jadi betul.... sebab tu aku selalu mintak di jauhkan. Mintak yang baik2 je...

Menghormati hak orang yang berhak...
Bukan senang, tetapi tidak susah bagi mereka yang bertimbang rasa....

3 comments:

  1. madu jerantut memang bagus..nak pulak kalau tualang punya.

    ReplyDelete
  2. nak bermadu bukan tak bole.. tapi masalahnye ramai orang tau nak bermadu aje..tapi tak reti bahagi sama adil.. keADILan tak terlaksana..maka madu itu dirasakan pahit.. cuba kalau pengamal madu tu adil dan saksama.. tentu takde masalah

    apa pon selamat mencari la my pren..mmg susah nk cari lelaki sejati zaman sekarang... umpama mencari jarum peniti di dalam buntilan rumput kering...susah tuu..

    ReplyDelete
  3. Ada tu, cuma belum jumpa je lagi...

    ReplyDelete