Sunday, October 17, 2010

PERKHEMAHAN PERDANA DI FRIM

Pada hari Selasa (12/10) hingga Khamis (14/10) sekolah aku telah berjaya menganjurkan Perkhemahan Perdana yang melibatkan semua unit beruniform dan penyertaan terbuka kepada semua murid tahap 2. Peserta perkhemahan kali ini lebih kurang seramai 120 orang.
Kebiasaannya sambutan untuk aktiviti perkhemahan amat menggalakkan, sehingga memaksa kami hadkan setiap unit penyertaannya hanya 20 orang sahaja.

Menariknya tapak perkhemahan yang julung kali diadakan ini, dilengkapi dengan kemudahan seperti:
  • Keselamatan murid terjamin
  • Kemudahan bilik air
  • Kemudahan tempat memasak
  • Kemudahan tapak untuk mendirikan khemah
  • Kemudahan chalet untuk guru
  • Kemudahan dewan serba guna
Kawasan pesekitaran yang sungguh mendamaikan amat sesuai diadakan perkhemahan. Di samping dapat memberi pendedahan tentang hutan yang perlu dihargai oleh generasi akan datang.

Kem Perah Frim merupakan salah satu kem perkhemahan yang menjadi tarikan kepada sekolah-sekolah sekitar Daerah Gombak. Selain terdapat banyak kemudahan, kem ini juga terletak dalam kawasan yang boleh guru bertugas mengikut kelapangan.

Kerjasama daripada semua guru, bukti perkehmahan ini dapat berjalan dengan lancar. Hanya
beberapa orang guru sahaja yang terlibat secara full time. Selebihnya guru bertugas on-off, mengikut kelapangan mereka. Guru yang mengajar di sesi petang akan bertugas sebelah pagi dan begitu lah sebaliknya. Boleh dikatakan semua guru terlibat.

Gambar nie semua guru sesi petang, datang bertugas pada waktu pagi bagi menyediakan makan tengah hari kepada peserta. Petang mereka akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran seperti biasa.
AKu antara salah sorang guru yang bertugas secara on-off. Hari Selasa aku datang pukul 11.00 malam dan berkesempatan mengikuti aktiviti night walk. Aktiviti selama 1 jam setengah, betul-betul menguji ketahanan fizikal aku yang dah semakin kurang melakukan aktiviti bersenam.
Hari Rabu pagi aku mengajar seperti biasa. Sebelah petang aku bertugas untuk aktiviti stesen Pengakap sehingga jam 6.00 petang. Sebelah malam aku datang lagi lebih kurang pukul 10.00 malam dan balik umah pukul 12.30 pagi. Esok keja seperti biasa.
Penatnya hanya tuhan yang tahu. Tapi sebab aku minat. Ada aku kisah penat.

No comments:

Post a Comment