Pada ari Ahad baru nie, aku dah plan dalam kepala nak mendobi pakaian lah... nak cuci keta lah... macam-macam keja lah yang pakai air nie.... tut..tut..tut.. air tak ada lah pulak. Kecewa. Ingatkan satu taman tak ada air. Rupanya umah aku je tak ada. Check kat sinki ada... pili kat belakang ada... sah nie. Mesti tangki air aku yang bermasalah. Baru aku teringat, dah lama aku tak dengar air tangki masuk.
Hari Ahad call lah plumbing nie.... melayu, suruh dia datang ari Isnin.... last minute tak boleh datang. Dia nak datang ari Selasa. Tunggu lah aku, dari balik sekolah sampai ke petang tak datang-datang. Tu lah melayu kan... janji melayu tak boleh pakai. Ingat nak tolong melayu.
Dah nak maghrib aku call nombor phone yang kawan aku bagi. Aku call En. Nazrul, dan..dan.. tu dia nak datang. " En. Nazrul, saya nak minta buat esok dalam pukul 3" Dia setuju. Hu hu hu lega aku. Harap-harap yang nie tak janji melayu.... macam yang pertama tu.
Hari nie, sambil nak tunggu tukang plumbing nie datang.... aku layan mata jap. Tak sangka pulak tidur mati. Empat kali dia datang hon keta aku tak sedar. Nak jadi kan ceta line DIGI ari nie lah pulak problem orang call tak masuk.
Pukul 5.30 baru dia datang... itu pun jenuh jiran aku jerit. Pintu bawah aku tak kunci... kunci grill je. Sebab aku dah bangun tu boleh dengar. Latih dah dok buka paip air kat luar setiap kali nak guna.
Rupanya rosak injap pelampung je tak berfungsi. Biasalah pemaju nak untung guna cap ayam. Tukar benda tu je. Kalau rendah memang boleh suruh kawan je tolong. Nie tinggi, nak kena ada tangga yang boleh laras baru boleh panjat kat atas tu.
"Upahnya RM70 termasuk dengan minyak 4 kali datang" sambil melawak. Boleh lah kan... nak buat sendiri pun bukannya senang, nak kena panjat lagi.
Tiga hari aku terpaksa guna air dari luar. Tapi ok lah, daripada tak ada air.... kan lagi bermasalah. Sejak duduk nie, api dan air tak pernah bayar lagi. Belanjawan ari tu dah umumkan... nampak gaya lagi setahun lah aku tak bayar bil elektrik he he he he.
Aku memang mengamalkan sikap berjimat cermat. Nak jimat elektrik, tak payah pakai barangan elektrik... tapi laptop, radio, tv mesti ada... yang lain tak pe tak ada. Bukan untuk selamanya ...untuk masa sekarang boleh lagi tak ada semua tu.

No comments:
Post a Comment