Thursday, November 18, 2010

GURU KERJAYAMU DISANJUNG

Tiba-tiba ari nie aku tergerak hati untuk menulis tentang kerjaya seorang guru, pendidik atau pun cikgu. Guru yang hanya mempunyai kelulusan Diploma Perguruan Malaysia, jawatannya dikenali Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD). Kini dikenali dengan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS). Mereka nie merupakan kumpulan perkhidmatan sokongan. Termasuk lah aku he he he.

Bercerita bab gaji je semua orang suka kan....Kalau ceta pasal gaji nie, tak ada orang akan cakap berpuas hati dengan gaji yang mereka dapat. Sebaliknya mereka sentiasa berusaha untuk meningkatkan gaji dan seterusnya memperbaiki taraf hidup. Tidak hairan lah, hari ini ramai antara kita berlumba-lumba menyambung pelajaran hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Saja-saja ke mereka tu sambung???? jawapandah tentu tidak. Mereka ingin mendapat kerjaya yang lebih baik dan seterusnya gaji yang lebih lumayan. Demi memenuhi perberlajaan semakin hari semakin meningkat.

Gred Gaji DGA 29
P1T1 RM1405.71 - P1T23 RM3036.21
P2T1 RM1494.95 - P2T23 RM3235.80
P3T1 RM1587.21 - P3T23 RM3441.59

Bagi mereka yang pernah mendapat PTK (IV,IV) dah tentu lah akan berubah tangga gaji P2 dan ada yang sudah berada di P3. Semuanya bergantung kerajinan mereka membaca buku PTK. Aku tak pernah lulus pun. Tu yang masih berada di P1. Sekiranya tidak diperkenalkan kenaikan pangkat secara Time-Based (KUP), bermakna aku berkhidmat 23 tahun je dah gaji mati. Bayangkan aku akan berkhidmat selama 34 tahun dan akan mendapat gaji statik selama 11 tahun. Rasanya motivasi diri mesti down kan. Buat kerja separuh nak mati pun, gaji macam tu jugak.

Gred Gaji DGA32
P1T1 RM2416.06 - P1T11 RM3399.16
P2T1 RM2626.30 - P2T11 RM3700.20

Nasib baik lah diperkenalkan time based. Hanya 10 tahun berkhidmat di DGA29, guru berkenaan layak naik gred gaji DGA32 dengan beberapa syarat. Antaranya prestasi sepanjang tempoh tiga tahun mesti lah baik. Seterusnya jika mempunyai peluang... dapat naik DGA34 dan DGA38. Kalau tak setakat tu je lah.

Gred DGA34
P1T1 RM3005.94 - P1T7 RM3595.80
P2T1 RM3216.18 - P2T7 RM3860.52

Gred DGA38
P1T1 RM3058.88 - P1T11 RM4497.26
P2T1 RM3269.12 - P2T11 RM4969.15

Cerita bab gaji seronok je kan... nie senarai tugas yang patut dilaksanakan oleh guru akademik.

  • Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) mata pelajaran yang ditetapkan untuk 22 hingga 30 waktu seminggu.
  • Memiliki, memahami dan boleh mentafsirkan serta menghuraikan kandungan sukatan pelajaran dan huraian mata pelajaran yang berkenaan.
  • Memahami dan mematuhi pekeliling dan arahan yang berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai, iaitu dari segi pengetahuan, kebolehan dan kemahiran yang harus dicapai di akhir penggal bagi tiap tingkatan.
  • Mengemaskini Buku Rekod Mengajar dan menyerahkan kepada Pengetua pada masa yang ditetapkan.
  • Menyediakan Rancangan Pelajaran bagi mata pelajaran yang diajar dengan lengkap untuk tempoh setahun/ sepenggal/ seminggu/ harian.
  • Menyedia dan memberikan kerja latihan yang cukup, memeriksa buku latihan pelajar serta menyerahkannya kepada Pengetua untuk semakan (apabila diperlukan).
  • Menjalankan Ujian Bulanan dan penilaian kepada pelajar serta merekodkan soalan-soalan dan keputusan ujian dalam Buku Rekod Mengajar.
  • Mengesan kelemahan pelajar dan menjalankan kelas pemulihan/bimbingan.
  • Menjadi ahli dalam Panitia Mata Pelajaran, menghadiri serta mematuhi dan melaksanakan keputusan mesyuarat Panitia.
  • Melaporkan kepada Guru Kanan Mata Pelajaran tentang masalah pengajaran dan pembelajaran untuk tindakan selanjutnya.
  • Memastikan keselamatan pelajar di makmal/ bengkel serta mengawasi penggunaan peralatan.
  • Mengadakan sudut-sudut mata pelajaran berkenaan dalam kelas-kelas yang diajar.
  • Membantu menguruskan Bank Soalan.
  • Menjalankan tugas sebagai seorang Kaunselor dan Guru Disiplin.
  • Menghadiri mesyuarat/taklimat mengenai mata pelajaran yang dikendalikan oleh Kementerian, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah.
  • Pengendalian aktiviti ko-kurikulum.
  • Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.
Nie yang ada dalam senarai yang aku dapat daripada PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2007. Belum lagi tugas-tugas perkeranian yang tidak tersenarai dalam nie.... tapi termasuk dalam senarai tugas terakhir. Lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

Termasuk lah menyediakan kertas kerja untuk aktiviti yang bakal dilaksanakan, menyiapkan laporan setiap aktiviti untuk dokumentasi. Semua tugasan ini perlu disiapkan diluar waktu pengajaran dan pembelajaran. Jadi jika ada yang beranggapan waktu kerja guru bermula 7.30 a.m hingga 1.30 p.m, betul. Waktu kerja rasmi. Tetapi kadang kala mereka perlu peruntukkan banyak masa di luar waktu pengajaran dan pembelajaran untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Guru ibarat lilin membakar diri...
Menerangi orang lain...

Korbankan masa bersama keluarga..
Demi mendidik anak bangsa...

No comments:

Post a Comment