Thursday, November 11, 2010

KEPUTUSAN UPSR MENGEMBIRAKAN

Hari nie aku sibuk dan kelam kabut.... maklum lah banyak keja yang perlu disiapkan sebelum cuti sekolah nie. Dari pagi memang malas nak layan perasaan yang berdebar-debar dek kerana keputusan yang nak kuar nie. Aku pulun kerja yang bertimbun bersama anak murid aku di bilik muzik. Sementara cikgu lain sibuk buat latihan penuh untuk hari anugerah esok.

Dalam pukul 10 member call.
"farid akak nak belanja ko makan" kedengaran suara kegembiraan ditalian.
"nak belanja saya makan untuk apa akak?" hairan jugak kan... tetiba je ada orang nak belanja makan nie.
"kan ari nie kuar UPSR, anak akak lulus"
"ya ke akak, dapat berapa?" bersemangat lah pulak aku mendengarnya.
"dapat 5C" dengan bangganya.

Dalam hati aku ingat dapat 5A ke nak belanja aku. Nak tergelak...tapi control. Hati kawan kena jaga. Dia sebenarnya bersyukur anaknya lulus. Sebelum nie memang teruk, terutamanya Bahasa Melayu. Last minute aku sempat lah buat kelas untuk anak kekawan nie. Kawan aku nie senang nak minta tolong. Aku memang banyak terhutang budi dengan dia. Sebenarnya, apa lah sangat pertolongan aku yang tak seberapa tu.

Dah alang-alang member aku nie call.... aku tanya sekali keputusan anak kekawan. Takutnya nak tanya result Balqis. Takut nanti keputusan mengecewakan. Sekali bila Kak Ita beritahu Balqis dapat 5A aku terus menjerit. Anak murid aku yang ada kat depan pun terkejut. Apa ke hal lah cikgu aku nie menjerit. Kebetulan pulak mama dia memang ada kat belakang aku... tengah mencari baju untuk persembahan terkejut dengar aku menjerit.

Aku terus past phone kepada Kak Nida. Time tu aku dah tak boleh cakap. Gembira sangat. Kak Nida terus menangis... kerana terlalu gembira... aku pun dengan sendiri menangis dan berpelukan kerana gembira sangat. Padahal aku nie, susah nak menangis. Hati batu. Tapi hari nie cair jugak.

Berbaloi dengan kepayahan, kesungguhan, tenaga dan kewangan yang dilaburkan untuk anak tunggalnya. Aku takut bukan apa, 3 tahun aku ajar tuisyen anaknya. Kalau tak dapat 5A rasa ralat sangat. Tapi bukan usaha aku sorang. Balqis jugak seorang murid yang rajin. Memang berkehendak. Murid yang dia berkehendak nak belajar... dia akan ikut apa yang kita suruh. Kita marah pun dia tak ambil hati.

Aku mengajar kalau kalau salah aku suruh buat lagi.... kalau karangan yang aku dah semak banyak kesalahan. Aku suruh salin lagi sekali. Kalau membebel tu, kena tahan telinga lah. Apa pun tahniah Balqis.

Pukul 11 lebih aku tengok phone aku punya banyak miss call. Tak dengar dah phone berdering. Time nie dah sibuk dengan anak murid Tahun 6. Rupanya parents yang aku tuisyen anaknya yang call. Nie lagi sorang aku takut nak dengar. Bukan apa dia bayar aku mahal. Sekali aku datang dia bayar RM160. Sebulan dia bayar aku sorang je untuk tuisyen anaknya RM640. Bayangkan setahun tu dia habis berapa untuk tuisyen anaknya. Baru aku seorang. Tak termasuk cikgu yang lain lagi.

Tu lah kan, ibu bapa nie bab untuk memberi yang terbaik kepada anaknya sanggup berhabisan. Aku ajar BM dan Matematik. Berkali-kali parents nie ucap terima kasih kerana anak dia dapat 4A, 1C...sayang C tu Bahasa Inggeris. Alhamdulillah syukur sangat. Anak dia lelaki. Tapi rajin, dan tak pernah merungut bila suruh buat. Sebenarnya faktor murid jugak, kalau gurunya hebat... tapi murid tidak berminat untuk belajar susah jugak nak ajar. Tahniah kepada Najmi.

Aku dapat satu lagi sms daripada jiran satu taman. Kebetulan anak dia memang tuisyen dengan aku. Tapi dah lewat. Bulan 7 baru dia start tuisyen. Dapat 2A untuk Bahasa Melayu dan Matematik dapat B. Ok lah tu. Tahniah kepada Siti.

Sebenarnya aku bukanlah seorang guru yang hebat. Kalau aku seorang guru yang hebat.... sepatutnya kelas hujung yang aku ajar tu lulus semua. Nie hanya separuh je lulus. Tu pun kalau lulus pemahaman, penulisannya pulak gagal... begitulah sebaliknya. Hanya 8 orang daripada 27 orang yang lulus kedua-duanya. Pemahaman lulus 17 orang dan penulisan 10 je yang lulus. Apa pun aku bangga gak le. Sebab mencapai target sekolah.

Aku dengar ceta, khabar-khabar angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa... aku dah tak mengajar subjek Bahasa Melayu tahun depan. Nak suruh aku ajar Matematik pulak. Suka hati hampa lah nak bagi ajar apa pun. Malas nak merayu-rayu... nak menangih sempati. Kalau itu yang dirasakan terbaik. Kita yang kat bawah nie, saya yang menurut perintah je.

Bab-bab macam nie dulu aku pernah bertekak dengan PK nie. Siapa kita nak memberi pandangan. Mereka yang berada di atas lebih arif. Kita hanya melaksana. Ikut je lah kan.

Sekali lagi tahniah kepada semua yang berjaya. Bagi mereka yang gagal, ini adalah permulaan yang baik untuk memperbaiki lagi pada peperiksaan akan datang.

Kegagalan adalah guru yang terbaik...
Kegagalan hari ini, tidak bererti kita akan gagal hari esok...

No comments:

Post a Comment