Tahniah kepada semua kekawan yang berjaya menganjurkan majlis yang ku kira dapat merapatkan ahli keluarga sesama rakan sekerja. Majlis sebegini julung kali diadakan. Majlis Apresiasi & Mahabbah Guru-guru Tahun 6 adalah merupakan idea murni rakan-rakan. Tahun depan buat kat umah den pun boleh.
Tak sangka pulak tarikh yang ditetapkan, bertembung dengan piala Malaysia. Wah, lagi meriah lah...dengan sorakkan penyokong Negeri Sembilan dan penyokong Kelantan. Siap pasang skrin tu... bola punya pasal. Kena pasang gak... kalau tak depa nie nak pe tengok kat kedai mamak. Habis makanan yang banyak tu, siapa nak makan.
Depa nie, program santai-santai pun ada kad jemputan tu.
Hari tu, aku memang kepenatan. Lepas mesyuarat aku berkejar ke Subang Permata...and than balik Saujana ambil perencah kat umah Cikgu Andy.... than hantar ke Sungai Buloh. Aku tolong lah apa yang patut... tak kan nak balik terus. Selesai semua keja dah pukul 5.00 petang. Aku ingat nak balik dulu.... nak rehat kat umah kejap.... pukul 8.00 kan baru datang.
Kena marah pulak dengan kakak-kakan nie... depa risau kalau aku balik nanti dah tak datang terus. Aku nie kalau badan penat.... tidur memang tak ingat dunia. Orang biasa tidur tak ada orang kacau nie lain. So, tak balik lah aku. Habis majlis pukul 12.00 malam baru aku balik.
Makanan yang bakar-bakar malam tu... ada kambing, udang, kepak ayam, sosej dan otak-otak pun ada. Pendek kata mewah lah makan malam tu. Nak termuntah aku makan kambing. Selalu asyik tak cukup je sekeping. Nie sampai tak termakan.
Perencah untuk perap cikgu Andy yang buat. Sos untuk cecah cikgu Rozamruni yang sediakan. Bagus betul lah kan....semua cikgu lelaki yang sediakan. Ringan sikit keja cikgu perempuan. Apa yang penting kerjasama.
Cikgu yang berbaju biru nie tukang buat pencecah sos dan black paper... memang sedap. Selain makanan bakar-bakar ada puding krimer, nasi lemak, mee goreng dan ada kek disponser oleh suami kawan nie. Sekarang dia sedang berkursus peralihan sebelum pencen tentera. Dia memang ambil kursus buat kek.. kebetulan hari nie ada PK Hem kami yang menyambut hari lahirnya ke 52 tahun. Selamat Ulang Tahun Pn. Sumiah Abdul Rahman semoga panjang umur, murah rezeki.
Kak Gee, temuramah... jangan tak temuramah. Dia tu pemalu sikit. Kesudian seseorang untuk hadir dalam majlis nie amat aku hargai. Lagi pun aku faham kejanya yang sentiasa sibuk membataskan pergaulan sehariannya.
Gambar ehsan daripada kak Wan yang tag kat fb aku.... he he he...Nie lah kakak-kakak aku, dengan siapa aku berkawan... dengan siapa aku kuar semuanya ambil tahu. Masak mamat tu nak menjawab macam-macam soalan. Nasib lah kan.

No comments:
Post a Comment