Pukul 9.00 pagi kami harus check out. Penerbangan kami pukul 12.00. Jadi, kami kena berada di lapangan 2 jam awal sebelum berlepas. Semasa perjalanan ke Lapangan Terbang Husein Sastranegara, Bandung nanti kami akan singgah di Kartika Sari untuk membeli buah tangan. Aku beli jugak le kek lapis dan 2 loyang kuih yang kawan aku pesan.
Kat kedai nie memang terkenal dengan segala macam kuih. Kami diberi masa 10 minit je. Itu pun dah tinggal 1 jam 30 minit je. Semua kena cepat. Kan kalau lambat tertinggal kapal terbang. Jenuh jugak. Aku serik bab tak boleh check in nie. Sebab pernah kena kan.
Bergambar kenangan di sekitar Hotel Edelwess. Percutian Budget kami nie menelan belanja:

- Tiket = RM 240 ( tu booking bulan April lagi)
- Penginapan & pengangkutan = RM 200
- Makan tanggung sendiri = RM 80
- Jumlah = RM 520
Duit untuk belanja, bergantung kepada orang tu... apa dia nak beli di Bandung nie. Kalau bawak Rp. 3 juta tu pun aku sebenarnya dah banyak boleh beli. Tapi kalau beli yang mahal. Tak dapat banyak lah barang. Aku teringat member nie beli telekung sembahyang Rp. 1 juta. Terkejut aku.... macam mana kain dengan harga gitu. Aku beli gak, tapi reganya baru Rp. 70 000 je.
Pasangan suami isteri nie lah yang bertanggungjawab membawa aku dan kekawan ke Bandung. Bapak Saini dan Ibu Anita memang sering ke sana. Terima kasih bapak dan ibu. Nanti kita ke sana lagi ye. Nak kumpul duit dulu. Dalam kepala nie macam-macam nak beli.
Aku dah pesan kat member nie, print tiket Airasia... member nie degil tak nak print. Rupanya masa nak check in mereka minta tiket tu... baru mereka lepas.... aduh dah le lambat... nak ke pe print lah pulak. Menunggu orang ramai pulak. Aku mula tension, sebab beg aku tu nak kena check in kargo. Sat lagi tak dapat masuk jenuh aku.... nak pikul 2 beg yang berat tu. Ingat. Lain kali print. Bukan berat pun nak bawa.
Jangan lupa simpan Rp. 75 000 untuk cukai kepala yang perlu dibayar di lapangan terbang. Kan tak ada duit tak balik nanti.
Bapak Saini dan Ibu Anita sibuk nak menunggu di ruang menunggu VIP. Kalau nak menunggu di sini kita perlu membayar Rp. 50 000. Masa nie aku memang dah kering. Ibu Anita belanja. Terima kasih bu..
Kat sini selesa sangat. Ada kemudahan internet dan siap ada tandas.
Apa yang lebih penting, di sini makan lah apa saja dan sebanyak mana. Kalau malas nak ambil sendiri.... beritahu dia akan buat. Tu aku cakap, kalau kat Malaysia tak merasa nak dilayan macam nie.... kerana kita perlu membayar dengan bayaran yang agak tinggi. Tapi di sini segalanya kita mampu.
So naik kapal terbang, boleh tidur je. Tak payah nak fikir pasal makan lagi. Penerbangan dari Bandung ke LCCT mengambil masa 1 jam 50 minit je. Nak ke Labuan lagi jauh.
Pengalaman bercuti ke Bandung...
Satu pengalaman yang cukup bernilai....

Terima kasih kerana info yg menarik tentang trip ni. Saya mencari blog yg lengkap tentang percutian ke Bandung, terjumpa disini.
ReplyDelete