Saturday, November 6, 2010

PERCUTIAN KE PULAU LABUAN PART 5

Hari kedua aku berada di Labuan... muka macam tonyot je kan....aku yang baru bangun tido... nasib baik lah sakit kepala aku tak berlarutan... lepas bangun dari tido dah ok... kami bersiap-siap untuk meneruskan misi seterusnya. Time nie dah pukul 4.30 petang. Pergerakan perlu pantas... maklumlah banyak lagi tempat yang perlu kami lawati.

Taman Botanikal nie adalah salah satu taman yang mempunyai landskap yang cukup menarik. Tapi sayang kami tak boleh lama berada di sini. Aku harus ke tempat seterusnya. Kalau lama duduk bergambar di taman nie mau tersangkut kat mamat tentera... Ramai orang berjogging di sini. Tracknya pun cantik dengan pokok kayu yang redup. Memang nyaman lah suasana di sini.

Nie dekat kawasan depan pintu je nie... kat belakang aku tu ada jambatan yang merentangi tasik di Taman Botanikal nie... tu pun kawan aku nie nak pe bergambar kat situ... tak sempat lah member...Sebenarnya taman-taman macam nie akan terjaga... jika diselenggara dengan baik. Kos penyelenggaraan sangat tinggi.

Pendek kata habis segala tempat aku pe... sampai kubur peringatan perang nie pun aku pe jugak... mula tu aku takut jugak nak masuk. Maklumlah kubur... sat lagi ikut aku balik kan payah pulak nak hantar. Orang tua-tua selalu pesan waktu petang jangan kuar umah takut hantu ikut... nie aku siap pe kubur lagi.

Setiap batu tu terdapat nama kelasi-kelasi yang terkorban semasa perang dunia kedua. Memang tersusun dengan rapi. Perkuburan ini diselenggara dengan baik.

Bersemadi lah para tentera yang terkorban di sini.
Kalau tengok betul-betul di belakang aku tu... terdapat tiang dan setiap tiang tersebut tersenarai nama mereka yang terkorban. Kira tiang tu buku pendaftaran lah.... senang ceta. Setiap tiang mempunyai nombor dan nama mereka. Berdasarkan buku pendaftaran tu... lagi mudah nak mencari di tapak perkebumian. Aku ceta macam lah waris tentera nie ada yang datang melawat...mungkin ada kot... kita mana tahu.

Cerita 65 tahun yang lalu... kalau ada pun anak-anak dan cucu-cucu mereka kot datang melawat. Bukannya lama sangat kan.... baru 65 tahun berlalu.

No comments:

Post a Comment