Bersemangat ari nie, banyaknya benda nak buat. Pertama nak siapkan kerja yang tak siap. Aku ke sekolah, sempat lah buat sikit... tu pun tak siap jugak... sambung ari Selasa lah... jangan marah ye my boss. Pukul 11 member call, dia dah sampai di taska. Misi kami ke Klang sebab nak tukar duit.... entah macam mana kami tersesat hingga ke pelabuhan utara.... tapi member aku nie, jenis macam aku jugak... ada ku kisah kalau sesat. Boleh kenal tempat baru.... nak harap sampai ke kawasan tu tak tahu bila...
Kami parking kereta di Mydin Klang... dan melintas ke perhentian bas Klang untuk mencari tempat money changer. Rupanya banyak kat kawasan tu... mungkin faktor kawasan tersebut menjadi tumpuan warga pendatang. So kami boleh membuat pilihan yang mana paling murah.
Kebanyakkan harganya berbeza, paling murah RM 353 = 1 Juta Rupiah. Ada yang RM354, RM355. Di Sungai Buloh aku tanya semalam RM357 dan tadi member aku tukar kat Low Yat RM356. Tak pernah aku merasa pegang duit berjuta-juta... tapi ari nie wah bunyi macam orang kaya je.... ada duit berjuta-juta. Kalau mata wang ringgit berjuta, aku dah berhenti kerja. Lepas nie boleh beri tumpuan terhadap kerja amal je.
Bagi mereka yang ingin keluar negara, terutamanya kaki tangan gomen jangan lupa mohon kelulusan ke luar negara. Permohonan diluluskan, baru lah boleh bercuti. Jangan buat kerja yang pada mulanya senang, tapi di akhirnya menyusahkan diri sendiri, dan orang di sekeliling. Tak berlaku perkara yang tidak diingini, ok... tak ada masalah. Orang tua selalu cakap beringat sebelum kena, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.
Bila permohonan diluluskan kita akan diberi Kad Insurans Travel Star - JPA... banyak faedahnya. Tak sempat lah nak cerita time nie. Salah satunya, urusan membawa pulang jenazah akan diuruskan sepenuhnya... takut je dengar kan. Doakan aku selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air.
Malam nie kena packing barang. Selalunya aku bab packing barang nie tak jadi masalah. Kejap je siap. Dokumen-dokumen penting tu, perlu pastikan tidak teringgal. Kalau ke luar negara nie dah tentu lah pasport dan lagi satu check betul-betul bila tamat tempohnya.... kurang 6 bulan... dah tak boleh ke luar negara tau. Aku nie baru kali kedua guna. Pada Julai 2012 depan dah tamat tempoh... he he he sempat lagi kot sekali dua ke luar negara. Insya Allah kalau di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Tiket AirAsia jangan lupa print. Nak selamat kena print lah. Self check in di LCCT tak ada tiket pun tak ada masalah... janji ingat booking number.. yang problemnya, kat Bandung nanti. So kita pilih jalan yang selamat.
Perkara yang perlu diberi perhatian bila nak bercuti :

- Pasport - kalau ke luar negara
- Print Tiket AirAsia
- Tukar Duit - mengikut keperluan... tak cukup nanti kena tinggal kat indon pulak... duit cukai kepala jangan lupa. Belanja tu kena beringat.
- Pakaian secukup rasa - Nanti pastikan ada ruang nak isi barang yang di shopping.
- Make up - aku bab nie.... bedak je. simple.
- Ubat - yang tak bermasalah kesihatan.
Diharap percutian kami seramai 10 orang dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Sepatutnya kami akan ke sana 11 orang.. tapi sorang kawan terpaksa menghadiri konvo.
Persiapan yang rapi...
Agar percutian berjalan dengan lancar....

macam mana nak buat permohonan ke luar negara....amik borang kat maner...JPN or PPD
ReplyDeleteCikgu, borang ke luar negara dah ada kat pejabat sekolah...isi dan hantar je... kalau boleh isi awal 3 bulan... biasa lah gomen kan prosesnya makan masa.
ReplyDelete