Saturday, December 4, 2010

BALIK KAMPUNG DI DAMAK

Rasa macam tak percaya je... aku dah sampai ke Bandung.

Cuti sekolah sudah berminggu berlalu. Ari Jumaat semalam aku baru berkesempatan untuk balik ke kg ku di damak. Itu pun aku berada di kg 2 hari 1 malam. Mesti kekawan pelik kan... cuti sekolah punya lah lama.... kenapa sekejap je duduk kat kampung. Aku punya alasan tersendiri kenapa berbuat demikian. Perlu ke aku tulis di sini. Nanti orang kata aku lupa diri... lupa asal usul. Bukan aku takut dilabelkan sedemikian. Ada aku kisah. Orang yang tak tahu akan cakap ikut suka hati sesedap rasa dia je.

Aku mula tak senang duduk... bila ayah atau mak aku call atau aku call mereka tanya bila nak balik kg. Selagi dia tak tanya aku boleh lah buat bodoh je duduk kat sini. Tapi bila dah tanya tu... mula lah serba tak kena. Mula lah start keta aku balik kg. Kadang-kadang aku balik ari je. Janji balik. Untuk masa akan datang... rasanya aku balik kg.... balik ari je kot.

Ayah aku pagi-pagi buta pukul 5.30 a.m sebelum ke masjid... dia call kejut kan aku... suruh balik kg. Apa lagi, bila dah call tu kena balik. Nanti menyesal kan. So aku bangun bersiap-siap balik kampung. Pukul 10.00 pagi dah sampai di kampung halaman. Perjalanan yang hanya mengambil masa 2 jam 30 minit je.

Rupanya dia suruh aku balik sebab dia tak sabar nak membebel kat aku... he he he he.... membebel pasal apa tu??? Pertama aku pe Indonesia ari tu... dia punya lah risau.... kan pasal gunung merapi berapi dan ganyang Malaysia. Biasalah orang tua nie... dia cepat risau... nasib baik lah ayah aku tak ada darah tinggi je. Kalau tak.... mahu pengsan dengan perangai aku. Tapi bila aku balik bercerita pasal Bandung... dia mula faham... seronok pulak dia mendengar cerita pengalaman aku ke sana. Aku kan bab bercerita nie 2-3 jam tak pe....

Aku ingat dah reda lah bila aku bercerita pasal Bandung tu. Cerita aku lebih berkisar kepada budaya, tempatnya yang cantik, makanan yang murah dan barang-barang yang murah di sana. Sempat lagi aku cakap kalau ada peluang nak pergi lagi. Masa tu sempat lagi hulur kain pelekat yang aku beli kat sana... bodet tu.... takut kena marah punya pasal.

Tiba-tiba, ayah aku boleh tanya pulak...bila terima sijil?... aduh kantoi aku kali nie. Ingat pulak orang tu nie yang aku sepatutnya terima degree bulan 11. Jenuh pulak aku nak menerangkan. Sebenarnya, dia nak tengok gambar je... nak pergi dia tak mau tempat yang ramai orang. Sebab sepanjang belajar.... aku tak pernah menghadiri majlis konvokesyen.

Sempat lagi aku janji dengan dia... beri tempoh 2 tahun je lagi... aku nak sambung master... kali ini aku akan hadir majlis konvokesyen. Baru lah nak senyum sikit... kalau tak keja nya nak marah je... belajar penat-penat tak ge ambil sijil. Kebetulan orang depan umah aku kat kg tu... pe majlis konvo anak dia kat UUM baru-baru nie... tu yang ayah aku ingat tu. Kalau tak.. tak ada dia ingat nya. Selamat aku. Nie dah janji nak sambung kena sambung.

Orang tua punya pandangan....
Berdasarkan pengalaman....

Orang muda punya pandangan....
Mengikut emosi, kadang kala tidak berasas....

Orang berpelajaran punya pandangan...
Berasaskan buah fikiran yang waras...

No comments:

Post a Comment