Sunday, January 30, 2011

ANAK JIRAN TETANGGA

Anak murid patah tumbuh hilang berganti... tak sunyi lah umah aku nie.... Kalau sebelum nie Balqis peneman yang setia.... dia akan datang 2 kali seminggu... ada jugak kawan. Kalau tak sesorang je le... layan laptop kesayangan. Tahniah kepada Balqis kerana berjaya menempatkan diri di tempat yang menjadi rebutan ramai. Insya Allah lepas raya cina nie dia akan melapor diri di MRSM Lenggong, Perak.

Nie anak jiran aku.... 4 orang akan ambil UPSR dan seorang tu darjah 5. Aku ajar subjek Matematik dan Bahasa Melayu je.... yang lain tak mampu den. Sebab, 2 subjek tu... bidang aku...boleh lah taran lagi. Mereka nie pun datang seminggu 2 kali jugak.... Selasa dan Khamis. Meriah sikit umah aku.

Sorang bersekolah di SK Saujana Utama dan yang lain tu SK Seri Pristana. Kesian kat anak murid aku nie... punya lah susahnya nak cari guru tuisyen Bahasa Inggeris. Kat pusat tuisyen memang ada.... tapi, kalau boleh nak yang belajar yang pergi ke rumah cikgu. Salah satunya, bilangan murid tak ramai. So, cikgu boleh beri tumpuan sikit.

Member tumpuan semasa belajar...
Lebih penting daripada kekerapan belajar...

2 comments:

  1. Salam puan...sy mencari guru tuition utk anak sy subjek bm..harap dapat hubungi puan...sy di su1..no phone 0123113088. Pn muzaimah

    ReplyDelete
  2. Wasalam puan.. nanti saya akan hubungi Pn. Muzaimah.

    ReplyDelete