Tuesday, March 22, 2011

KISAH SEMALAM JADIKAN SEMPADAN

Sejak kebelakangan ini, aku sering dihujani dengan masalah rumah tangga mereka yang berada di sekeliling aku. Aku rasa perlu untuk diterjemahkan dalam bentuk tulisan agar menjadi panduan kepada mereka yang berada di luar sana.

Aku langsung tidak berniat untuk mendedahkan siapa pemilik kepada cerita berkenaan. Cukuplah sekadar perkongsian yang boleh diguna pakai... jika ianya berkaitan dengan diri pembaca... dan dibiarkan bersawang sekiranya langsung tidak bermanfaat.

Aku rasa rugi sekiranya, pengalaman yang kita ada hasil perkongsian seseorang tetapi tidak dikongsikan kepada orang lain. Pengalaman semalam, adalah guru yang terbaik untuk membina kehidupan yang lebih sempurna dalam erti kata mendapat keberkatan daripadaNYA.

Hidup kita nie bukannya lama... kita cuma diberi sedikit ruang untuk saling memberi agar orang yang diberi akan merasa kebahagiaannya. Dan mereka yang memberi juga sudah pasti akan mendapat balasanNYA.

2 comments:

  1. ye betul. Sy pun ada juga mjadi tempat meluahkan mslh2 rmh tangga ni.. Yg mampu sy tolong, bsabar la mhadapinya dan bsedia melengkapkan diri kita jgn smpai teraniaya. Apa pun minta le petunjuk dari Allah swt..

    ReplyDelete
  2. Betul tu... dalam apa pun keadaan kita kena berfikiran secara rasional.

    ReplyDelete