Tuesday, March 15, 2011

PROGRAM SEMINGGU CUTI

Pejam celik... pejam celik ari nie dah hari Rabu... sekejapnya masa berlalu... hanya berbaki 4 hari je lagi. Apa yang aku buat 4 hari yang sudah berlalu tu...

Hari Sabtu
Ada program di sekolah untuk murid Tahun 6 bersama dengan siswa dan siswi UiTM Shah Alam. Memang lah aku tak buat apa pun mereka yang handle dari awal hingga akhir. Tapi cikgu pun perlu ada sama gak kan... program selesai sampai pukul 1 lebih. Petang biasalah tidur, kerana kepenatan. Malam ke Sungai Buloh lagi... Sampai umah dah pukul 1.00 pagi.

Hari Ahad
Bangun awal macam biasa... sebab nak kemas umah, bukan kemas apa pun... lipat kain yang tak berlipat... dah menimbun... basuh kain baju... mop lantai yang dah sekian lama tak sempat nak buat... last basuh kereta. Sekarang kereta aku basuh sendiri... sebab air tak kena bayar kan...

Bersiap-siap untuk ke Puchong. Selalunya, aku pergi pagi ke Puchong... saja nak tukar angin... hu hu hu dah pagi buat keja sakan... petang aku dah mengantuk... tak boleh jadi nie.. kena pergi pagi jugak lain kali. Lepas tu aku bergerak ke Klang. Last sekali tidur sana.

Hari Isnin

Bangun lambat, sebab malam tu layan tenet tak ingat dunia... dalam pukul 10 kami bergerak ke Pantai Morib... member dok cerita je... tempat tu dah menarik, tak macam beberapa tahun lepas...dah diupgrade katanya... so alang-alang dah cuti... dan memang dah ada di Klang... apa pe lagi... jom ke sana cuci mata... aku berdua nie memang suka tengok mata hari terbenam... hari tu pagi tak ada maknanya matahari terbenam...

Sambil dok menghirup angin Selat Melaka... member call...
"farid, ko kat mana?? tak datang kelas tambahan ari nie"

Terkejut den... aku tak pernah skip kerja sesuka hati... adus, tersilap time table ke nie... Mungkin mereka ubah jadual... aku mintak Sabtu dan Selasa... dalam kepala nie dah set hari tu... tut..tut.. tut depa beri ari Isnin... lupa pulak nak setting yang baru...

"Akak, saya kat Morib nie... tengah dating"
Dalam hati habis lah aku kena hentam buka sekolah nanti. Kekawan kat sekolah percaya je kalau aku cakap duduk kat mana... sebab aku nie memang kaki jalan... sekejap kat sana.. sekejap kat sini tu biasa.

Malam sepatutnya aku ada kerja di Sungai Buloh... tapi terpaksa tukar ke pagi esoknya... sebab teruja nak edit gambar pertunangan member nie.

Hari Selasa

Seawal pagi ke luar ke Sungai Buloh... sebab ada kerja yang ganti semalamnya tu... tengah hari sampai umah aku pulun mengedit gambar sampai ke petang tanpa berganjak... sehari semalam langsung tak naik ke tingkat atas. Bahaya jugak kan... kalau dah minat sangat nie.

Malam ada tuisyen, anak-anak jiran... mula pukul 8.00 sampai 10.30 p.m. Saja lajak sikit sebab cuti sekolah... sekurang-kurangnya dapat cover yang terkurang-kurang tu.

Layan blog sekejap dan berfacebook... tidur.

Hari Rabu
Bangun macam biasa lah... niat nak siapkan edit gambar... tak sabar nak hantar printing minggu depan... tuannya datang umah Sabtu nie, boleh tengok mana yang berkenan... yang reject tu tak payah nak printing. Membazir je, nak tengok pun tak seronok.

Petang nak kena pe sekolah, semalam madu call minta tolong printkan borang yang dia hendak daftar hujung minggu nie... jangan salah faham k... I tak guna harta sekolah... printer we all letak kat sekolah... ink sendiri beli... tenet sendiri... pakai brokebeng... nie time aku lah pulak tolong madu... dulu masa aku belajar dia yang banyak tolong... anak sikecil tu tak nak pulak dengan aku... kalau tak boleh je aku jaga... tak pe lah, aku tolong menaip kerja kursusnya.

Malam pulak ada kerja di Bukit Rahman Putra... alamaknya, sampai umah pukul 10.30 p.m. Itu pun kalau tak mengeteh...

Hari Khamis

Aku terpaksa ke Setia Alam, lepas tu ingat nak ronda-ronda Shah Alam... nak cari barang sikit... Malamnya pulak macam biasalah ada anak-anak jiran datang belajar.

Hari Jumaat
Aku nak ke Taman Tun Dr. Ismail... lepas tu kalau member nie tak datang... ingat nak gerak awal ke Lumut... tidur semalam kat sana. Kalau member dari Segamat tu datang... nak kena jemput dia dulu di Hentian Serdang... esok lah baru bergerak ke sana.

Hari Sabtu
Seharian dah tentu dalam perjalanan dan di Lumut... menghadiri majlis perkahwinan kawan sama tempat belajar... masa belajar aku tak kenal pun... dah kerja... dah umur makin meningkat nie lah pulak rapat... rezeki kan. Siapa tahu.

Hari Ahad

Kembali lagi rutin aku ke Puchong... lepas tu ke Cheras... kakak aku balik kampung hujung minggu lepas.. so aku suruh dia beli madu lebah dengan mak aku... tu nak kena pe ambil. Madu lebah kena minum baik untuk kesihatan. Malam aku balik umah... selalunya sampai umah dah pukul 10.00 malam. Tak sempat buat apa pun dah lena.

Seminggu cuti masa aku full dengan aktiviti... tu sebab kalau kekawan nak datang melepak umah aku... bukan tak bagi, datang lah... tapi aku jarang ada kat umah... balik hanya untuk rehat seketika... lepas tu keluar lagi.

Dalam hidup,
Kita nie terlalu berkira pasal masa...
Kita nie terlalu berkira pasal duit...

Kenapa ya.????? adakah anda tergolong dalam kedua-dua kategori di atas...

No comments:

Post a Comment