Monday, May 30, 2011

CUTI SEKOLAH BERMULA

Hari nie, aku lalui seperti biasa... biar pun orang sibuk bercakap mengenai cuti sekolah... ya lah kan cikgu dah mula bercuti... tapi bagi aku, cuti sekolah atau pun tak sama sahaja... tiada bezanya. Cuma mungkin ada sedikit kelainan dari segi bangun pagi je... boleh dilewatkan sedikit daripada kebiasaan. Walaupun tiada jadual persekolahan formal.. tapi kerja-kerja sekolah banyak perlu disiapkan.

Pagi tadi, aku bersiap-siap untuk ke kelas tambahan... hari nie badan kurang sihat... gagah jugak lah... tak boleh nak manjakan sangat diri nie... kalau manjakan... tak makan aku... siapa nak tolong pe belikan makanan. Dah lewat tengah hari aku dapat call daripada sorang kawan nie... dia memaklumkan akan turun ke KL ari nie... atas urusan berkursus selama 4 bulan di KL. Aku cukup risau kalau dia cakap nak turun ke KL... dalam kepala nie dah mula serabut...

Balik sekolah tadi... aku terus lena... tekak sakit sangat... semalam melayan anak member makan ais krim... aku pun belasah sekali... natijahnya batuk sampai perit tekak... sekali sedar dari tidur ada miss call member nie.... tut, tut, tut... aku tengok ada sms dia..
"call jap"
Dalam hati banyak cantik muka ko... suruh aku call... tu yang aku tak suka dengan perangai dia... sms je suruh aku call... kredit memanjang tak ada... tak pe lah... aku dah kelam kabut nak keluar... malam tadi aku call tanya kenapa???.... rupanya nak suruh aku jemput dia keluar... boring duduk tempat kursus tu... dalam hati suka hati ko je... ingat aku nie kekasih ko... bini ko... sempat lagi tu minta tolong aku top up phone dia.

Dia tak tahu aku sibuk... ada sehari je dalam seminggu yang free petang... tu pun dah diperuntukan untuk si dia... so memang tak ada waktu free untuk awak ok... aku cakap terus terang.... ko punya peil, ajak aku kuar... tapi semua aku yang kena keluar belanja... memanjang tak ada duit... pening kepala aku macam nie... belum bab nak meminjam duit lagi... aku pelik, semua orang ingat aku banyak duit... sampai ada seorang kenalan blogger aku... nak pinjam duit RM2k... aku cakap tak ada duit... tak percaya... sampai merajuk dengan aku.

Aku pantang ada duit cash kat tangan... mesti aku beli barang apa-apa yang tak ada lagi kat umah aku nie... tak pun pe berjalan... atau makan-makan... so jangan mengharapkan aku ada simpanan cash... aku serik beri pinjam kat orang... masa nak pinjam bukan main lagi janjinya... sekejap je nak pinjam... dah dapat, punya liat nak pulangkan balik... aku sms tak balas... aku phone tak angkat.. sedangkan kita perlu duit tu... sebab dia janji sekejap je... tu yang kita beri... akhirnya kita pulak yang dapat susah.

Bagi aku, ada duit cash lagi susah...
Lepas daripada peristiwa tu... aku cuma simpan duit cash untuk kecemasan diri sendiri je... so duit nie memang sesiapa nak pinjam pun aku tak kan bagi.

Friday, May 27, 2011

PERSEMBAHAN HARI GURU SKSB

Setiap kali sambutan hari guru pastinya murid-murid sksb akan terhibur dengan persembahan guru-guru mereka. Bila lagi masanya guru nak tunjuk bakat mereka kan... alah nak seronok-seronok... setahun sekali je pun.

Kasut warna kuning tu sendirian berhad... sepasang RM20 tu... lepas nie boleh guna untuk sukan... maklum lah padang kami... ala-ala bendang gitu kan... memang berguna lah kasut tu.

Nie persembahan guru-guru sesi pagi... aku pun tak tahu berapa lama mereka buat latihan... yang pasti latihannya selepas sesi pengajaran dan pembelajaran...

Melopong anak murid sksb... tengok cikgunya menari ala tendang menendang tu.... aku tengok gambar je lah...

Kalau hang pa tengok mesti gelak kan... main bola jaring pakai kain batik dengan kain pelekat... siap dengan helmet tu... memang memenuhi ciri-ciri keselamatan betul... boleh pulak nak kumpul helmet sebanyak tu... aku rasa tahun nie sukaneka yang paling meriah.

Campur guru lelaki dengan guru perempuan....

Group mana nie... tengah pasang strategi tu...

Guru bergembira di Hari Guru...

Persembahan guru-guru sesi petang... boria dari mana nie...

Bersemangat betul cikgu-cikgu nie... ustazah pun join sama... tak menari pun... tapi tukang pusing payung je... tapi yang nie paling penat... tanpa henti.

Semua nie tak kan jadi... kalau tak ada kerjasama... cikgu-cikgu sksb memang sporting lah.

Gambar nie aku ambil daripada fb member.... saja masuk kat blog nie... mana tahu esok bila teringat kekawan... boleh tengok kan...

Thursday, May 26, 2011

JEMPUTAN KAHWIN MENJELANG CUTI SEKOLAH

Esok last sekolah... masing-masing dok merancang perjalanan balik kampung... pergi bercuti dan ada juga dok merancang untuk memenuhi jemputan kenduri kahwin saudara mara serta sahabat handai.

Aku pun tak terkecuali dalam membuat perancangan tersebut... setakat nie aku ada menerima 6 jemputan kenduri kahwin.

Paling hampir, hujung minggu nie... kawan sama belajar di Raja Melewar... Noorliza Rahaman, majlisnya pada 29 Mei nie... Insya Allah, aku akan cuba hadiri... mungkin lewat sikit... sebab paginya aku ada kerja.

Tarikh yang sama juga, ada jemputan rakan sekerja... kenduri kahwin adiknya di Kuang.

Pada 5 Jun kenduri kahwin member sama sekolah pertama aku posting... kenduri kahwin Cikgu Salwa di Padang Piol. Insya Allah aku akan hadir... kebetulan si dia nak datang ke rumah orang tua di kampung... so sekali jalan. Kalau ikutkan tarikh nie dah dikosongkan. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Esok sampai Ahad dah tentu ke Indonesia.

Pada 11 Jun nie, sepupu aku di kampung kahwin. Sekiranya ada kelapangan dan kesihatan yang baik insya allah sampai. Setiap minggu balik, macam orang kaya lah pulak kan.... nasib baik lah kampung aku nie dekat... boleh balik ari je. Kos pun tak ada lah mahal sangat.

Tarikh yang sama juga... ada satu lagi jemputan rakan sekerja di Kuang.. kenduri kahwin anak sulungnya.

Hadiah belum diusahakan lagi... masih ada masa kan... yang dekat belum beli lagi... yang member nak kahwin bulan Julai aku dah berkira-kira tentang hadiahnya. Satu lagi jemputan di Klang... aku tak ingat lah pulak tarikhnya.

Tuesday, May 24, 2011

DAH START MENONTON WAYANG

Hujung minggu baru nie menonton mid night cerita Pirates of Caribbean di TGV Cinema, Kepong... seronok lah pulak... selalu aku kalau menonton mid night nie tido je... kali nie boleh layan tu. Kalau sorang bahaya menonton malam-malam nie... balik lewat malam.... nie pun sebab ramai... tu yang berani.

Esok tak ada aktiviti kokurikulum... so aku dan sorang kawan nie dah merancang nak menonton Filem Nur Kasih di TGV One Utama. Lepas sekolah je... settle segala bill... dan boleh layan filem di pawagam... dulu masa orang lain sibuk dok menonton drama Nur Kasih... aku langsung tak ambil kisah... kali nie aku tak nak lepaskan peluang.

Monday, May 23, 2011

JADUAL MINGGU NIE

Boleh dikatakan setiap minggu aku sibuk... dengan pelbagai hal yang perlu diselesaikan. Jadual minggu nie dah disusun... jadual nie akan berubah sekiranya ada perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

  • Hari Isnin... sudah berlalu...
  • Hari Selasa... petang aku akan berada di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur... on the way balik kena singgah ambil pakain di kedai dobi... pakaian pun dah tak sempat basuh.. sekarang hantar dobi je... masak memang dah lama masak kat kedai.
  • Hari Rabu... nak settlekan cukai tanah umah di Johor... nak settlekan segala bayaran bil yang perlu berurusan di bank. Sebab Rabu nie tak ada Ko-kurikulum. Malam perlu berada di Sungai Buloh.
  • Hari Khamis... lepas sekolah perlu ke Setia Alam... kalau si dia free boleh minum petang sama... Meru je port yang paling strategik... adil dari segi jarak.
  • Hari Jumaat ... lepas sekolah ke Alamanda nak jumpa dengan kawan yang dah setahun tak jumpa.... setakat nie dah 2 orang mengesahkan nak datang. Petang nak ke Seremban, tolong kawan setakat yang termampu... malam tak tahu pukul berapa boleh sampai di Pristana... so mid night kena tunda ke minggu lain.
  • Hari Sabtu ... dah start kelas tambahan tahun 6... Petang perlu berada di Puncak Alam.... dan sebelah malam perlu berada di Sungai Buloh.
  • Hari Ahad... ke Puchong dan lepas tu perlu bersiap untuk ke Seremban... sebab ada jemputan kenduri kawan sama belajar di maktab...
  • Hari Isnin... kelas tambahan.... petang ke Sri Damansara dan sebelah malam ke Serremas.
Begitu lah rutin aku setiap hari setiap minggu... sampai tak sempat nak edit gambar.... kawan dah sibuk tanya... bila nak dapat gambar... cuti sekolah nie rasanya baru ada masa nak edit. Gambar sendiri tu.. lambat lah rasanya... kena siapkan gambar orang dulu... kalau tak jenuh nak menjawabnya.

Sunday, May 22, 2011

CENDERAHATI UNTUK TETAMU

Sebenarnya cenderahati nie, bukan untuk majlis aku.. tapi aku nak sponser kepada sepupu yang akan melangsungkan perkahwinannya pada pertengahan Jun nie... bukan aku buat sendiri...kalau aku buat sendiri... hebat tu. Tak ada masa aku nak buat semua nie... kakak aku yang tolong buat... aku cuma keluarkan modal je pun.

Memang jimat lah, kalau buat sendiri... boleh lah nanti dia beri kepada kekawan yang rapat kan... aku seponser bukan banyak pun... untuk 100 je. Kalau nak beri kepada semua tetamu masak lah kan... kalau kat kampung aku... kami masih lagi guna telur rebus untuk tetamu yang hadir. Paper beg tu.. selalunya untuk kekawan pengantin je. Tapi kalau modal besar boleh je beri kepada semua tetamu yang hadir.

Warna merah hati nie sebab ikut tema majlis sepupu tu.. aku harap dia suka lah kan.... Insya Allah awal bulan Jun nie aku balik kampung... sebab ada kenduri kahwin kawan di Padang Piol..So boleh lah hantar terus ke umah dia je.

PACKING BARANG TIME BERCUTI

Aku memang tak suka bawa banyak beg... kalau boleh satu beg je... senang nak usung ke mana-mana... tambah pula kalau terpaksa menggunakan pengangkutan awam. So, nie je beg aku bawa... segalanya aku sumbat di dalam tu. Apa barang yang aku sumbat... jom kita tengok... ada lagi yang tak berapa sesuai dipaparkan... aku dah asingkan... kira ada lagi lah benda boleh sumbat nie.

Aku gunakan pengalaman masa askar wataniah dulu... nak packing kain baju mesti guna getah ikat... jangan tak percaya... aku memang beli getah untuk ikat kain baju nie... kain batik yang aku baru beli... seluar baju yang aku dah guna... semua aku ikat... so nasib lah kan bercampur tu... nanti basuh lah... bukan rosak pun. Kalau buat macam nie... memang boleh muat banyak satu beg tu... siapa yang belum pernah cuba tu... boleh cuba lepas nie.

Nie pun aku sumbat dalam beg yang sama... lagi pun aku tak beli banyak... untuk anak buah je...

Aku pantang jumpa mug yang belum ada dalam koleksi... mesti beli. Kali nie aku sambar tiga biji sekali tu... minat punya pasal kan...

Berat boleh tahan jugak nak mengusung tu... dah le kena panjat tangga di stesen komuter lagi... berjalan jauh jugak masa kat LCCT tu.

Saturday, May 21, 2011

TERHARUNYA

Hari nie, aku bangun seperti biasa... biasa hujung minggu lah kan... pukul 6.30 a.m.. kalau hari biasa tentunya awal 1 jam. Bersiap-siap untuk menghadiri aktiviti sekolah yang di adakan di Hotel Crystal Crown, Kepong. Kalau majlis makan-makan je... rasanya malas nak turut serta... tapi disebabkan program wajib... so terpaksa lah hadir. Maklum lah minggu nie kerja 7 hari tu.

Macam biasalah, aku datang lewat pun pasti ada tempat duduk bersama kekawan yang lain... sebelum majlis bermula sempat lagi bersembang. Biasa lah janji melayu... kata je majlis bermula pukul 8.00 a.m... tapi pukul 8.30 a.m pun tak mula lagi.
Ada sorang member nie panggil... "kak kenapa muka ko nampak gelap je". Dia tak tahu aku mandi laut... kat Langkawi. Walau pun mandi basahkan separuh badan... kira mandi laut jugak kan.

Bila keluar cerita bercuti... seorang kawan aku nie menyampuk...
"farid akak berdoa malam tu... supaya tak ada berlaku perkara buruk kepada farid... bukan akak tak percayakan farid... tapi akak baca banyak cerita berlaku di Langkawi"

Aku dah mula pelik... kenapa kawan nie fikir sampai macam tu sekali... apa pun terima kasih lah kerana ambil berat tentang keselamatan aku. Rupanya member nie tak tahu... aku pergi bercuti dengan siapa... kalau dia tahu... tak ada lah risau macam tu.

Memang sekarang aku sedang mengenali hati budi seseorang... tapi rasanya tak adalah sampai nak pergi bercuti bersama dan buat kerja-kerja tak elok tu. Lebih baik kawin je kan... dah tentu segalanya halal dan tak perlu takut dengan sesiapa pun.

Lepas makan kat hotel aku terus balik... sebab lepas nie nak bergerak ke Puchong lah pulak... nak dating dengan si dia tu... bukan senang... hujung minggu bagi kami adalah hari yang terlalu sibuk... aku sibuk dengan kerja aku... dia sibuk dengan kerja dia.... seminggu hanya ada sehari je yang free... itu pun dalam sejam.. hingga sejam setengah je dapat jumpa. Nasib baik lah adanya alat komunikasi menghubungkan kami... semalam si dia ke Serikei... dan pagi tadi berada di Bintulu... minggu depan tak tahu lagi ke mana... petang nie baru balik.

Nasib lah kan... jatuh hati dengan orang yang sibuk memanjang.

Hargai lah detik-detik indah....
Supaya kau lebih mengenangnya apabila tiada lagi waktu untuk itu...

Thursday, May 19, 2011

PENGALAMAN MENGHADIRI TEMUDUGA SPP DG 41

Hari yang dinanti-nanti... ditunggu-tunggu tiba juga akhirnya. Seronok memang lah seronok. Pertama, lepas satu bebanan di kepala nie... lagi lambat, lagi terseksa.

Kedua, kalau ada rezeki... lulus dapat lah gaji baru. Naik tak banyak pun... sekurang-kurangnya naik jugak.

Aku nie, dari dulu lagi... suka buat kerja last minute... semalam aku sampai kat umah dah pukul 11 malam. Penat sangat... fail tak susun lagi... tak pe lah ingat bangun pepagi nanti susun... baca jangan ceta lah... langsung aku tak sempat... konon-konon nak cari jugak nama orang-orang penting dalam pendidikan... tut..tut...tut.. internet problem. Apa lagi aku tidur je lah.

Si dia tu... bukan main lagi janji nak call... kononnya nak tolong kejutkan... pukul 5. Walaupun tak kejutkan... tapi si dia selalu mendoakan setiap kali aku nak exam... paling tidak pun ada je kata-kata semangat darinya. Terima kasih.

Sudahnya, jam aku dah berbunyi pun tak kejut-kejut... nasib baik terjaga... bangun je, aku terus mencari fail... nak susun dokumen mengikut senarai semak yang diberi. Sekali, aku print satu je... sepatutnya 2 copy... tension dah masa tu... aku try on laptop... internet ok... lega... tapi printer lah pulak tak ada... tak pe lah... nanti aku nak print kat umah sebelah... aku mandi bersiap... aku call jiran... terpaksa lah kacau dia... nasib baik boleh print.. hu hu hu lega.. selesai satu masalah.

Pukul 6.15 a.m aku gerak... bukan apa, saja sampai awal boleh minum dulu. Pukul 7.00 aku dah sampai... sekali jumpa dengan kawan nie.. jenis tak sarapan lah pulak... dah tu jenis darah gemuruh. Dia macam-macam tahu... aku dah malas nak ambil tahu... sebab aku akan rasa lagi banya benda yang aku tak tahu.. tak pe lah... pukul 8.30 kami masuk.... duduk kat dalam tu punya lah lama.... last sekali giliran aku pukul 11 lebih... dekat satu jam jugak kat dalam tu.

Sebelum pergi, member aku dah pesan... penampilan tu penting... dari segi pakaian... kasut bertumit dan tertutup... aku siap beli kasut baru tu... dan paling mahal kasut yang pernah aku beli... temuduga punya pasal... sanggup. Alain Delon...lagi RM10 je dua ratus. Sekarang dah mampu... beli je lah kan... dulu tu mungkin belum berkemampuan. Tanda nama memang siap-siap aku masukkan dalam beg... jam tangan penting jugak... cikgu perlu menepati masa masuk ke kelas.... kalau tak ada jam susah jugak kan. So semua tips member beri nie aku ikut.

Rezeki aku, tak sempat nak baca apa yang kekawan sarankan... aku dok layan sembang dengan kekawan sesama belajar... ramai lah pulak jumpa. Sebenarnya nak hilangkan rasa gementar.

Tiba lah giliran aku dan 3 orang guru yang lain... masa nak masuk bukan main lagi tolak menolak... last sekali aku yang masuk dulu... tak pe lah aku tak kisah. Sekarang temuduga, sekali masuk 4 orang.... temuduga ala-ala Muet gitu. Kita yang pernah ambil Muet nie faham lah... so kena beri peluang kepada kekawan yang lain sama bercakap. Pergi mana pun... kita akan jumpa orang jenis self fish... tak kira lah dia tu cikgu ke??? apa ke??? janji diri dia je lepas.

Ada sorang cikgu nie... dia je nak bercakap... kalau boleh semua yang dia tahu... dia nak cakap... tak ada dia nak kisah yang lain dapat ke tak... aku fikir orang tua je... setiap kali isu yang diutarakan... aku adalah orang yang terakhir memberi pendapat... memang dah habis lah idea yang senang-senang... aku terpaksa fikir idea lain... sampai datuk mencelah cikgu nie bercakap supaya stop dan beri peluang kepada orang lain.

Isu pertama, aku memberi pendapat yang berlainan daripada orang lain... datuk dah mula tertarik dengan aku... he he he .... lepas tu... nama aku je lah dia sebut... apa pendapat faridah... bagaimana pula pandangan faridah... Datuk mengemukan isu dan minta kami memberi pandangan... memang tak ada langsung soalan yang perlu menghafal tu.... semuanya berkaitan dengan bidang tugas seorang guru..

Temuduga kali nie, memang rezeki aku dapat dengan orang yang ok dan mengemukakan soalan pendapat dan pandangan....

Moral of the story daripada pengalaman aku...
Pertama, buat lah persiapan awal.
Kedua, jangan pentingkan diri sendiri.. .beri peluang kepada kekawan lain bercakap sama.
Ketiga, bawa lah roti ke apa ke... memang lama untuk menunggu giliran.

PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI PART 9

Nie entry yang terakhir cerita sepanjang percutian aku dan kekawan di Pulau Langkawi... orang yang lahir bulan 3 nie memang minat berjalan... mengikut Dato Dr Fadillah Kamsah ciri-ciri orang bulan 3 nie... salah satunya suka melancong.

Seronok kan... kerja penat-penat... dari pagi hingga ke malam... lepas tu ada masa bercuti... kenal tempat orang... belajar budaya masyarakat setempat... merasai makanan yang tak ada di tempat kita... contohnya aiskrim daripada susu kerbau... memang sedap.

Kalau dulu... kali pertama naik kapal terbang memang nak kena ada orang yang biasa... sekarang rasa seronok dapat bawa kekawan bercuti menggunakan perkhidmatan pengangkutan tambang murah... tak pe lah murah pun... janji merasa jugak naik kapal terbang. Bukan semua orang berpeluang merasai pengalaman menggunakan pengangkutan udara.

Aku dulu pun tak pernah termimpi pun dapat naik kapal terbang.... tetiba aku teringat pulak kat adik aku... memang dulu kami rapat sangat... disebabkan perselisihan faham... hubungan menjadi jauh. Pernah masa dia SPM... kalau dapat 5A aku nak bawa dia merasai pengalaman naik kapal terbang. Sampai hari nie.. dia belum pernah naik lagi.... sedangkan aku berkali-kali. Ingat bukan tak ingat. Tapi biarlah keadaan menentukan segalanya.

Dalam perjalanan ke jeti... terdapat pulau yang mengalami hakisan yang sangat cantik.... sempat lagi aku snap untuk diabadikan dalam blog kesayangan aku nie... apa pun yang berlaku dan perjalanan hidup aku terakam di sini.

Dalam bersahabat... berkawan.... berteman... sebenarnya banyak menuntut kesabaran... saling bertolak ansur dan saling memahami... dan yang lebih penting bagi aku... jangan terlalu berkira... aku teringat sorang kawan nie... aku sampai je, sibuk dok tanya mana buah tangan dari Langkawi... aku tak kisah lah dia bergurau ke.... atau pun memang betul ke...bagi aku... aku memang tak suka orang mintak... biar aku ikhlas nak beri... pada asalnya aku nak beri pun dah jadi tawar hati.

Aku pun prinsip, biar semua orang dapat... aku bukan ada 5 orang je kawan.... kalau ke Jogja kawan yang nie dapat.... ke Langkawi mungkin aku beri ke kawan yang nie pulak.... yang belum dapat lagi tu... mungkin buah tangan dari tempat lain pulak... kita perlu faham.. kawan kita nie bukan gaji RM5k ok... gaji cukup bulan habis je. So kalau dapat coklat 2 biji seorang tu pun dah kira cukup baik.

Tapi memang betul... dalam berkawan nie kan... kita akan jumpa macam-macam jenis kawan... time kita je dia sibuk dok mintak ole-ole... time dia pe mana-mana... ada ke nak beli apa-apa yang boleh diletak atas meja... dapat merasa sorang sikit kan... korang pun mesti pernah jumpa orang macam nie. Orang macam nie selalunya jenis yang tak tahu malu.

Bila bercuti nie... kita kena tahu beberapa perkara... atau pun tips-tips bercuti... supaya perjalanan percutian tu lebih lancar. Ketepatan masa juga penting. Kalau bercuti dalam kumpulan yang bilangan ramai... mesti ada yang cepat dan yang lambat. Bukan apa, bila kita lambat akan menyebabkan kawan kita tak seronok dengan sikap kita. Sedikit sebanyak akan menjejaskan mood pada hari berkenaan.

So far... my friends semua ok... menepati masa. Kalau tak masa kan... kami boleh adakan trip yang kedua... kalau tak... dah tentu serik dengan trip yang pertama.

Memahami perasaan orang lain...
Beerti kita belajar meletakkan diri kita di tempat orang lain...

PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI PART 8

Underwater World Langkawi... memang antara tempat yang harus dilawati... Bayarannya boleh tahan jugak.... RM28 seorang. Tu lah kan.. yang jauh dah masuk... yang dekat KLCC pun aku tak masuk lagi... tu tak tahu lah bila... kat sini sekejap je... ingat dalam sejam je kot.

Boleh dikatakan ada je tempat yang menarik sikit... mesti ambil gambar... bagi aku peluang dan kesempatan macam nie buakan selalu dapat pun... Ini pun nak boleh sampai perancangan berbulan... dah tu... tersilap pulak tarikh... pe bercuti pada Hari Guru.... masak kena perli kat sekolah...

Tempat nie dalam Underwater World.... sudut landskap... memang cantik... siap ada air terjun lagi.... masa nie hujan renyai-renyai.... tapi bab bergambar... tak kisah.

Lepas makan... masa ada lagi... apa lagi Lapangan Terbang dekat dengan Beras Terbakar... so kami pe lagi sekali... malam tadi pe malam... so tempat nie tak pe... lah layan kat pasar malamnya je.... Bersemangat kawan aku.. last minute shopping lagi... aku sambar jugak lah kat sini kain pelekat 3 helai..

Memang cantik lah rumah nie... tapi sekarang memang kosnya dah tinggi...

Bergambar di atas tangga batu... tangga nie pun cantik... Hari Isnin tak ramai orang.... kat kawasan nie memang banyak gerai... kalau nak beli kain batik ke kat sini... member kat sekolah ada seorang orang Langkawi... dia yang maklumkan kat aku... kalau nak beli kain... beli kat sini.

Pukul 3 lebih... kami terus ke Lapangan Terbang... than lepak kat sana... member sorang nie dok risau coklat dia cair... maklum lah ari tu cuaca memang panas.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, sepanjang berada di Langkawi. Tentunya pengalaman bercuti berempat akan dikenang sampai bila-bila.

Kalau hang pa belum kawin tahun nie... kita buat trip ke tempat lain... sebenanrnya depa nie dah ada tarikh... 11.11.11 tapi calon je yang tak ada. Tapi kalau dapat suami... macam suami Asma... boleh je berjalan.

Wednesday, May 18, 2011

PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI PART 7

Hari pertama sampai... pukul 2.00 petang bersemangat aku and the gengs nak pergi hopping. Dalam perjalanan, minyak desel dalam tong di belakang tumpah... pemandunya memandu giler-giler.... mat salleh dah cemas... stop.. stop... stop... dalam kepala aku ingat terbakar je.... bahan mudah terbakarkan...

Kami semua dah tak nak naik van tu.... nie menunggu dia pe tukar van yang lain... boleh budak tu cakap apa... akak nak tahu... baru nie terbakar terus.... dalam hati hampeh betul budak nie... tu lah ko yang drive sesuka hati je...

Destinasi pertama ke Tasik Dayang Bunting... aku ingat dekat je... rupanya berjalan kaki boleh tahan jugak... kalau sesiapa yang teringin nak bawak orang tua tu kena fikir kesian... banyak anak tangga kena panjat. Lagi satu pakai lah kasut atau selipar yang bersesuaian.... mula tu aku bersemangat jugak nak mandi... lepas tu segan lah pulak orang ramai.... last sekali kawan aku sorang je yang mandi... kami jadi pemerhati... berbaloi sangat lah dengan bayaran RM25 seorang tu.

Berhati-hati kepada kekawan yang bercadang nak membawa bekal tu... bukan apa sampai je kat jeti di Pulau Dayang Bunting nie.... banyak peragut yang menanti mangsanya.... tengok dalam gambar tu.... monyet tu ragut makanan kami.... dah lah kami tak sempat makan tengah hari... konon-konon nak alas perut dengan biskut tu lah.... last sekali kami beli je kat sini... memang mahal sikit... tapi tak membahayakan diri.... time tu kawan aku yang bawa makanan.... tetiba aku dengar dia menjerit.... rupanya... dah diragut.

Tasik nie, memang orang tak pernah putus... siapa yang pandai berenang seronok lah.... aku tak pandai berenang... lepas tu malu lah nak mandi... time kami tu orang ramai...

Kalau tengok betul-betul...Jelas sangat gunung kat belakang gambar kami tu... orang yang sedang terbaring...

Seterusnya kami dibawa ke Pantai Beras Basah.... kat sini aku mandi... lepas gian nak mandi... sebenarnya dah lama aku tak mandi laut nie... last pun aku dah lupa bila aku mandi. Member aku yang sorang nie memang nak mandi laut masa pergi Pangkor lagi... tapi time tu memang kesuntukan masa. Kali nie memang dia tak lepaskan peluang... sorang pun dia layan. Memberang sorang lagi, laki dia dah pesan jangan mandi laut.

Dekat pukul 6 baru kami sampai ke jeti... habis dah... sehari di Langkawi... malam tu memang keluar makan dan bersiar-siar cari cenderahati di sepanjang jalan kawasan Pantai Cenang je... malam tu semua orang kepenatan... kaki lenguh.