Thursday, May 26, 2011

JEMPUTAN KAHWIN MENJELANG CUTI SEKOLAH

Esok last sekolah... masing-masing dok merancang perjalanan balik kampung... pergi bercuti dan ada juga dok merancang untuk memenuhi jemputan kenduri kahwin saudara mara serta sahabat handai.

Aku pun tak terkecuali dalam membuat perancangan tersebut... setakat nie aku ada menerima 6 jemputan kenduri kahwin.

Paling hampir, hujung minggu nie... kawan sama belajar di Raja Melewar... Noorliza Rahaman, majlisnya pada 29 Mei nie... Insya Allah, aku akan cuba hadiri... mungkin lewat sikit... sebab paginya aku ada kerja.

Tarikh yang sama juga, ada jemputan rakan sekerja... kenduri kahwin adiknya di Kuang.

Pada 5 Jun kenduri kahwin member sama sekolah pertama aku posting... kenduri kahwin Cikgu Salwa di Padang Piol. Insya Allah aku akan hadir... kebetulan si dia nak datang ke rumah orang tua di kampung... so sekali jalan. Kalau ikutkan tarikh nie dah dikosongkan. Harap semuanya berjalan dengan lancar. Esok sampai Ahad dah tentu ke Indonesia.

Pada 11 Jun nie, sepupu aku di kampung kahwin. Sekiranya ada kelapangan dan kesihatan yang baik insya allah sampai. Setiap minggu balik, macam orang kaya lah pulak kan.... nasib baik lah kampung aku nie dekat... boleh balik ari je. Kos pun tak ada lah mahal sangat.

Tarikh yang sama juga... ada satu lagi jemputan rakan sekerja di Kuang.. kenduri kahwin anak sulungnya.

Hadiah belum diusahakan lagi... masih ada masa kan... yang dekat belum beli lagi... yang member nak kahwin bulan Julai aku dah berkira-kira tentang hadiahnya. Satu lagi jemputan di Klang... aku tak ingat lah pulak tarikhnya.

No comments:

Post a Comment