Friday, May 6, 2011

HASIL EDITING MENGGUNAKAN ADOBE PHOTOSHOP CS3

Bersemangat betul aku masa nak mengedit gambar pertunangan kawan aku anis... dah siap printing... member nie pulak sibuk... tak ambil-ambil lagi kat umah aku. Aku edit untuk 40 muka surat yang bersaiz 8" x 6". Bila kita buat editing sendiri baru kita tahu... rupanya bukan senang... dah tu memerlukan kreativiti untuk menyusun gambar supaya kelihatan menarik. Tapi aku edit biasa-biasa je... potong susun je.

Album yang aku sendiri tu... aku upah orang untuk edit... sekeping RM3. Tapi hasilnya puas hati dan menjadi pembakar semangat untuk aku belajar edit sendiri untuk mengurangkan kos. Bukan apa untuk cetak sahaja pun dah menelan belanja RM166. Mahal pun, tak pe janji puas hati... tengok gambar, macam tengok majalah.

Kulit album nie keras... siap ada bingkai besi lagi di tepinya.

Ini antara hasil editing aku he he he... belajar menggunakan cara cuba jaya... tak ada belajar secara formal... software nie pun kawan den Hafiz yang beri... belajar sendiri... tengok lah nanti ada masa nak masuk kelas jugak... nak cari kelas hujung minggu.

Hasil editing aku yang tak seberapa nie... first time buat editing untuk dicetak dalam bentuk Album Majalah yang bersaiz 8" x 6".

2 comments:

  1. amboi......!!!! membakor semangat aku supaya amik cepat ek? ekekekekek....

    ReplyDelete
  2. yo lah... mai lah ambil.. nak pe hantar aku tak ada kelapangan...

    ReplyDelete