Tuesday, May 17, 2011

PERCUTIAN KE PULAU LANGKAWI PART 4

Lawatan kami seterusnya ke Taman Buaya... hanya kami bertiga je masuk... Asma tunggu kat dalam kereta je... sebab dia pening kepala.... alang-alang dah sampai kan... masuk je lah. Bayarannya RM15 seorang. Boleh tahan jugak mahalnya. Tapi kawasannya sangat luas... lenguh jugak lah kaki aku tawaf kawasan taman nie.

Rezeki kami, masa datang melawat... ada petugas sedang memberi makanan untuk Sang Buaya. Ngeri aku tengok budak tu... boleh dia masuk dalam kandang buaya yang banyak tu... aku ingat mahu beratus ekor. Buaya kat sini dah kenal kot tuannya... boleh nganga mulut je menunggu ikan dibaling ke dalam mulutnya.

Nak panggil buaya nie datang... petugas tu akan menggunakan wisel dan ditiup dengan bunyi tertentu untuk memanggil dan ditiup lagi sekali menandakan masa untuk memberi makanan dah tamat.

Binatang yang diajar setiap hari boleh faham... moral of the story... anak murid yang lemah sekali pun kalau diajar insya allah dia akan dapat. Apa yang penting guru perlu sabar dalam mendidik anak murid yang lemah.

Tempat berjalan kaki untuk meninjau ke kawasan buaya sangat cantik... gayat jugak aku tengok kat dalam tu... banyak sangat buaya..

Hanya bertiga saja... tak seronokkan kalau bertiga... berempat jugak yang seronok... masa nie kami memang dah kepenatan... dengan cuaca yang panas terik... tapi tu lah kata... peluang yang ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Nie pulak buaya yang digunakan untuk pertunjukkan sahaja... tapi time aku datang tak ada lah pulak pertunjukkan. Memang banyak buaya kat sini berbanding dengan taman buaya di Melaka..
.
Lepas taman buaya, kami meneruskan lawatan ke Bufflo Farm... aku yang beriya-iya nak minum susu kerbau segar.... last sekali aku je minum... yang lain semua tak nak.... tak sempat nak snap gambar... sebab sekejap je kami kat situ... ice krim sedap jugak... teringin sangat nak merasa... masa tu aku tengok rancangan Majalah 3.... so memang dah pasang angan-angan kalau ke sana memang nak pe tempat tu.

No comments:

Post a Comment