Monday, July 4, 2011

HILANG SABAR, ATAU BARU SEDAR

Setiap hari ada saja masalah yang menimpa, kalau tak diri sendiri, ahli keluarga... tak pun rakan taulan. Minggu lepas datang sorang rakan aku nie mengadu masalahnya... aku seperti biasa lah... bab rumah tangga nie aku tak nak komen lebih-lebih... aku sendiri pun tak punya rumah tangga nak komen masalah orang pulak... cukup lah sekadar menjadi pendengar yang baik. Bagi aku sekurang-kurangnya dia ada tempat untuk mengadu masalah yang dihadapi.

Berbelas tahun dia hidup berkeluarga... semua urusan perbelanjaan diuruskan oleh suaminya... dia langsung tak ambil tahu... berapa perbelanjaan sebulan... berapa baki wang yang tinggal... cuma yang dia tahu bila nak pergi kerja... pasti suaminya menghulurkan wang untuk perbelanjaan seharian. Nak beli itu, ini kena mintak dengan suami.

Betul lah orang kata, makan gaji dengan kerajaan nie... gajinya sikit, tapi setiap tahun gaji tetap akan naik... walaupun RM60. Bila gaji diuruskan oleh orang nie... dah tentulah kuasa membeli agak terhad... nak beli apa pun terpaksa kena tanya suami... padahal duit gaji sendiri... ada ketikanya, kita nak jugak beli apa yang kita nak... ya lah penat-penat kerja... tapi kita tak mampu nak milikinya... bukan tidak berduit... tapi duit tak ada kat tangan.

Sebelum nie ada jugak dia bercerita... tapi aku dengar je lah luahannya... bukan apa, sejak kebelakangan nie... darah tingginya semakin meningkat.. aku risau jugak.. sekurang-kurangnya, ada juga orang mendengar masalahnya... lega sikit.

Lepas nie dia bertekad nak uruskan gajinya sendiri... dia nak belajar berdikari... tak nak lagi harapkan kepada suaminya 100% bab urusan kewangan... dalam pada tu sempat lagi dia minta tolong aku ajar tu.. ajar nie... Insya Allah aku akan bantu setakat yang termampu.

Pernah dulu ada sorang kawan aku nie... serahkan kad bank gaji dia setahun kepada aku... aku uruskan gajinya... hari keluar gaji je... aku settlekan kad kredit, pinjaman perumahan, bayar kereta, bayar bil tu dan nie... baki baru aku serahkan kepadanya... padahal dia ada suami... tapi tu lah, bila suruh suami dia uruskan setiap bulan ada je bil yang sangkut... masa tu kawan aku nie ada anak kecil so... susah nak ke bank. Aku tolong lah... lagi pun setiap bulan aku pun akan ke bank jugak. Sekarang nie je, banyak urusan bayaran bil aku di maybank2u.

Moral of the story, gaji kita... sepatutnya kita yang uruskan sendiri... bukan tak boleh suruh suami yang uruskan... tapi jangan lah serah kad tu bulat-bulat. Sampai tak tahu ke mana duit tu dibelanjakan. Aku bersetuju kalau dapat duit gaji... campurkan semua... settlekan segala bil... kemudian bakinya dibahagi sama rata. Rasanya macam nie baru lah keduanya tahu ke mana duit berkenaan dibelanjakan. Tak salah kita percayakan suami, tapi yang selalu timbul masalah... adalah mereka yang percaya kepada suami 100%.

Dalam berumah tangga nie, suami isteri perlu tahu kedudukan kewangan keluarga... jadi tak lah timbul masalah kesuntukan wang di hujung bulan... berbelanja lah mengikut keperluan dan mengikut kewangan yang kita ada.

AKu nie bukan pandai pun bab pengurusan kewangan... tapi berusaha untuk tidak menyusahkan orang lain dengan masalah kewangan. Aku pun pernah susah... hidup di KL nie... aku pernah makan maggi berhari-hari... malu nak pinjam duit dengan kekawan. Pengalaman nie mengajar aku supaya lebih berjimat cermat dalam berbelanja... takut cerita 10 tahun yang lalu berulang kembali.

Aku tak mintak jadi kaya...
Cukup lah sekadar mudah berbelanja...

2 comments:

  1. setuju, kena banyak berhemah dlm berbelanja. ada masa perlu berkomunikasi agar kedua2 pihak tau kemana duit pergi.

    ReplyDelete
  2. Tu lah kan... komunikasi dalam keluarga sangat penting..

    ReplyDelete