Thursday, October 27, 2011

SEMINGGU HAMPIR BERLALU

Sekejap je masa berlalu... pejam celik, pejam celik dah nak habis pun cuti seminggu... rasanya tak ada aktiviti menarik yang aku lakukan sepanjang cuti nie... memang aku nak rehatkan diri sepuas-puasnya di rumah je pun... itu je yang terlintas dalam fikiran aku sejak dari awal cuti.

Cuma pada hari Rabu aku menghabiskan masa seharian bersama dengan teman di Klang... on the way ke rumahnya aku sarapan pagi di Kg Budiman, Meru... kali pertama aku sarapan... kat situ... boleh tahan jugak nasi lemaknya... sedap. Kalau minum petang tu ada jugak lah beberapa kali aku singgah.

Tengah hari kami keluar makan di Restoran Asam Pedas, Bukit Tinggi... restoran nie merupakan salah satu restoran yang menjadi kesukaan kami berdua... kalau teringin nak makan tengah hari masakan ala kampung... lepas tu kami singgah di Giant... member aku nie sibuk nak shopping barang dapur... ya lah dia memang suka masak... aku ingat dari aku kenal dia... dia memang dah pandai masak... aku tak tahu lah bila agaknya nak buat perkara yang sama... shopping barang dapur di hujung minggu. Memasak masakan kesukaan di hujung minggu... sebenarnya teringin jugak.

Ingat lepas solat Asar terus nak balik... tetiba datang member lama pulak... kebetulan aku pun dah lama tak jumpa dan berborak dengannya... lepas dia kahwin, baru nie ada kesempatan... Member aku nie sibuk pulak suruh balik lepas makan malam... layan makan lagi sekali... pukul 10.30 jugak lah sampai di rumah. Tak pe lah bukan selalu pun dapat jumpa kekawan lama-lama macam nie.

Hari Khamis semalam aku menghabiskan masa di sekolah... sempat lagi aku mengangkut 2 orang anak murid aku... Khairun Azwani dan Aisyah... aku nak minta tolong mereka susun buku SPBT mengikut bilangan... aku tinggal nak ikat je buku berkenaan...kalau aku nak susun dan nak ikat... jenuh jugak... nasib baik mereka sudi nak tolong... so senang sikit kerja aku... dalam minggu depan... settle je masalah pemulangan murid Tahun 5... aku dah boleh agihkan buku untuk Tahun 6... selesai jugak kerja aku semalam...

Terima kasih lah kepada mereka berdua tu... balik sampai rumah dah kepenatan... biasalah apa lagi layan mata... seronok tidur... tak ada orang nak ganggu... tidur lah selama mana nak pun... tak ada siapa nak marah... tapi tidur nie ada hadnya... terlebih tidur kan sakit kepala pulak.

Malam time cuti nie... aku tidur awal.. ambil peluang he he he...

Hari nie dah Jumaat... target nak siapkan kerja menanda kertas dan key in dalam sistem SAP... pepagi buta dah dapat sms... tak tahu siapa yang hantar... suruh masukkan markah... katanya pesanan daripada Setiausaha Peperiksaan. Masih berselimut di atas katil empuk... naik nombor sekolah... nak tak nak kena angkat jugak lah... mana tahu penting. PK call nak ingatkan Hari Isnin ada meeting sebelah petang.

Esok Hari Sabtu... dah plan dengan kekawan nak turun ke Johor Baharu... nak melawat kawan yang sedang bertarung sakit kanser di Hospital Besar JB... kami pergi balik hari je... ramai driver Insya Allah boleh... kalau dulu zaman muda remaja... selalu jugak buat balik ari je ke JB tu... walaupun drive sorang-sorang...

Doakan semoga perjalanan aku ke sana esok berjalan dengan lancar. Selamat pergi dan selamat balik.

No comments:

Post a Comment