Saturday, November 19, 2011

TANGGAL 11/11/2011 MENJADI SEJARAH

Tarikh yang menjadi rebutan dan kegilaan masyarakat kita... tanggal 11/11/11. Tentunya setiap orang mempunyai cerita tersendiri mengenai tarikh berkenaan. Aku ingatkan... orang yang paling sibuk pada hari tersebut ialah juru nikah. Masing-masing nak akad nikah pada tarikh berkenaan. Kebetulan pulak tarikh tersebut jatuh pada hari Jumaat penghulu segala hari.

Aku juga tidak terkecuali... tarikh 11/11/11 akan aku ingat sampai bila-bila.

Pertama aku telah memilih tarikh berkenaan untuk mengadakan Majlis Bacaan Yassin di rumah aku di Seri Pristana. Setelah 2 tahun aku tinggal di rumah nie... baru kali nie berkesempatan menjemput Kelab Nur Yassin Sksb ke rumah. Terima kasih kepada kekawan yang sudi datang. Semoga majlis tersebut mendapat keberkatan daripadaNYA.

Kedua, pada hari berkenaan... takala aku sedang sibuk melayan kekawan yang datang... tetiba aku mendapat panggilan telefon daripada seseorang.

"Assalamualaikum... boleh saya bercakap dengan cikgu faridah?"
"Ya, saya cikgu faridah... boleh saya tahu.. dengan siapa saya sedang bercakap nie??"
Biasalah lah aku... bercakap kena formal... mana tahu Datin ke yang call... parent ke yang call... tak rugi pun berbudi bahasa... sebab orang yang call aku tu sangat berbudi bahasa.

"Saya Puan N.... isteri kepada Hj...., cikgu sibuk ke??? boleh saya bercakap sekejap"
Siap perkenalkan diri dengan nama penuh lagi. Tak payah susah-susah aku nak tanya.

"Kalau penting, boleh sekejap... tak jadi masalah"
Lama jugak aku bersembang dengannya... banyak jugak lah persoalan yang bermain difikirannya yang diutarakan kepada aku.

Sempat lah aku tanya daripada mana Pn dapat nombor phone saya dan semua cerita nie... rupanya Pn N nie dapat daripada rakan sekerja aku... dan merupakan kawan baik aku suatu ketika dulu. Ada lah beberapa mesej yang kawan aku hantar kepada Pn. N... yang menceritakan perihal aku dan difowardkan semula kepada aku oleh Pn. N... dan beberapa mesej yang Pn. N hantar kepada kawan aku.

Dalam dunia nie, sukar untuk kita mempercayai seseorang. Mungkin pada mulanya kita akan beri kepercayaan... tapi bila sekali terkena... kepercayaan tu akan hilang begitu saja. Contohnya macam nie lah. Pernah tinggal serumah, tidur sebantal... makan sepinggan... apa dia buat pada aku. Memang aku tak pernah terfikir yang dia sanggup buat sampai macam nie sekali.

Sehingga hari nie aku masih tercari-cari... apa yang dia tak puas hati sangat dengan aku... sehingga kawan aku nie sanggup buat aku macam tu...

sedangkan, aku tak pernah nak usik dia...
ganggu hidup dia....
dan jauh sekali nak memburukannya...

Tapi apa yang dia buat kepada aku... memang tak boleh dimaafkan... sekali baca mesej yang dia hantar nak marah pun ada... dua kali baca macam orang yang mengalami tekanan perasaan yang menulis pun ya... bagi aku kalau kita layan orang macam nie... sama lah kita pun akan jadi macam dia dan dia pun semakin menjadi-jadi.

Insya Allah jika aku diberi kekuatan... aku akan bersemuka dengannya... aku nak tanya dari hati ke hati... apa yang tak puas hati sangat tu. Mesej terakhir aku hantar kepadanya... aku minta tolong sangat-sangat... jangan ganggu aku, jangan ganggu Pn. N dan jangan ganggu Hj... kalau dia buat lagi... aku tak teragak-agak untuk foward semua mesej mengarutnya... kepada suaminya. Itu jalan terakhir. Siapa lagi yang boleh nasihatkannya... kalau tak suaminya sendiri.

Kalau ikutkan kawan aku... dia suruh ge maxis center block je nombor dia. So tak payah aku nak pening kepala fikir pasal mesej mengarut dia tu.

Pernah sorang kawan aku nie cakap... siapa pun dia... apa pun status dia... dia cuma manusia biasa... tidak terkecuali daripada diuji... mungkin ini ujian Allah s.w.t untuknya... mana kita tahu. Betul jugak.

Alhamdulillah, Allah s.w.t masih memberi kekuatan dan pertimbangan akal yang waras kepada Pn. N untuk menerima semua ini. Pn boleh menilai sendiri. Dia hantar mesej kepada Pn N memburukan aku... dia hantar mesej kepada aku memburukan Pn N dan suami.

Kepada kawan aku nie... kalau dia membaca blog nie... atau pun ada kekawan dia yang baca dan mungkin boleh sampaikan kepadanya. Cukup-cukup lah buat orang lain tertekan... cukup-cukup lah ganggu orang. Tak payah lah buat kerja giler... sampai datang pejabat orang... datang rumah orang... Aku tak heran kalau Pn N terpaksa buat report polis dengan gangguan-gangguannya tu.

No comments:

Post a Comment