Monday, November 21, 2011

TERUBAT RINDUKU

Pada 6 November 2011 yang lepas mek aku selamat berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji. Pagi tadi 21 Disember 2011 jam 3.00 pagi mek aku dah pun selamat sampai di tanah air. Pukul 5 pagi baru lah aku dapat dengar suaranya melalui panggilan telefon yang dibuat oleh abang ipar aku.

Sepanjang mek aku berada di tanah suci... seingat aku ada sekali je dia call ayah aku di kampung... kami anak-anaknya langsung tak berpeluang bercakap dengannya. Pagi tadi aku dengar suaranya ceria sangat. Aku tahu mek aku tu banyak benda yang dia nak ceritakan sepanjang berada di sana. Alhamdulillah sepanjang berada di sana dia sihat... cuma sekali sekala je batuk... mungkin perubahan cuaca.

Hari nie aku difahamkan akan diadakan kenduri kesyukuran di rumah di kampung... tapi aku tak dapat turut serta atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Insya Allah hari Khamis aku akan balik kampung... itu pun tak lama... sebab minggu berikutnya aku akan terbang untuk bercuti selama 3 hari 2 malam... destinasinya biarlah menjadi rahsia.

Aku teringin untuk berada di suatu tempat yang orang lain tak tahu aku berada di situ. Aku nak mencari ketenangan dan cuba untuk muhasabah diri... tahun 2011 nie banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku. Betul-betul menguji kesabaran aku.

Terima kasih kepada keluarga yang banyak memberi sokongan... mek dengan ayah aku sentiasa mendoakan... adik-beradik aku... rakan-rakan terdekat yang sudi mendengar masalah aku dan memberi pandangan serta sokongan moral selama ini. Aku sayang you all.

Bukan mudah untuk mengecapi bahagia...
Perlu kesabaran dalam menghadapi semua ujianNYA...

No comments:

Post a Comment