Tuesday, December 13, 2011

KE WISMA ANDALUSIA ( DAFTAR UMRAH )

Copy from tenet

Aktiviti aku hari nie... temankan kawan dan merangkap pemandu dia (sebab aku yang kena drive) ke Wisma Andalusi yang terletak di Taman Maluri, Kuala Lumpur. Ikutkan dia, nak ajak aku sekali buat Umrah... Tapi tu lah, aku memang nak ge... Insya Allah, kalau bukan dengan kawan nie pun dengan orang lain.

Malam tadi sempat aku search google map... nampak lah sikit bayangan lokasinya di mana... selebihnya aku belasah je... rupanya kawasan tu ada jalan one way... lama jugak lah pusing dalam kawasan Taman Maluri tu... akhirnya berjaya jugak jumpa tempat tu... Lain kali nak ke sana confirm dah tak sesat. Apa pun yang penting niat... Insya Allah akan dipermudahkan.

Insya Allah kawan aku nie nak pergi dengan keluarganya seramai 6 orang. Dia pilih time cuti sekolah bulan 6 nanti... mahal sikit lah... time cuti sekolah memang sambutannya luar biasa... so memang kena booking awal. Kalau lambat, alamaknya kena pergi tahun depan je lah.

Time tak sibuk, boleh lah tolong kekawan... Pagi esok nak temankan kawan ke Bukit Kayu Hitam selama 3 hari 2 malam... dia ada urusan penting di sana. Hari Isnin pulak, ada kawan minta tolong temankan dia ke Penjara Kajang... tempat aku tak pernah sampai... nak kena pakai google map lah gamaknya.

Pendek kata jadual aku memang padat... tu sebab aku minta maaf sangat kepada member yang di Johor tu... aku tak boleh ubah jadual... sebab program dah setting nanti lari yang lain pulak... So kita jumpa next year... Insya Allah kalau panjang umur.

No comments:

Post a Comment