Tajuk entry kali nie, macam aku kerap sangat ke luar negara... sebenarnya aku ke negara jiran je pun... entry ini hanya sesuai dibaca oleh mereka yang kali pertama hendak ke luar negara dan tertanya-tanya apa yang perlu mereka tahu.
Aku bercerita pun berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa nie... dan ada juga perkongsian pengalaman kekawan yang pernah ke luar negara.
First time ke luar negara kawan bawa...
Second time ke luar negara kawan bawa...
Third time ke luar negara kawan bawa...
Lepas tu, aku pulak yang bawa kawan...
Ada peningkatan... sebab??? dah ada pengalaman. Dah macam balik kampung.
Kenapa aku cakap balik kampung???
Aku ke pasar di salah satu tempat di Indonesia... biasalah bila sering ke sana.. dah boleh ikut loghat mereka... seorang pekedai nie tanya???
"Ibu aslinya Indonesia??"
"Ngak, ibu aslinya Malaysia. Kenapa kamu ngak percaya??? mahu ditunjuknya pasport??"
Gelak budak yang menjual...
"Ibu sepertinya asli Indonesia"
Pulak dah... dikatanya aku orang Indon... hang pa rasa muka aku nie ada macam muka orang Indon ke???
Sebetulnya aku hanya pernah ke Indonesia saja.
PRINT TIKET NIE
Aku bercerita pun berdasarkan pengalaman aku yang tak seberapa nie... dan ada juga perkongsian pengalaman kekawan yang pernah ke luar negara.
First time ke luar negara kawan bawa...
Second time ke luar negara kawan bawa...
Third time ke luar negara kawan bawa...
Lepas tu, aku pulak yang bawa kawan...
Ada peningkatan... sebab??? dah ada pengalaman. Dah macam balik kampung.
Kenapa aku cakap balik kampung???
Aku ke pasar di salah satu tempat di Indonesia... biasalah bila sering ke sana.. dah boleh ikut loghat mereka... seorang pekedai nie tanya???
"Ibu aslinya Indonesia??"
"Ngak, ibu aslinya Malaysia. Kenapa kamu ngak percaya??? mahu ditunjuknya pasport??"
Gelak budak yang menjual...
"Ibu sepertinya asli Indonesia"
Pulak dah... dikatanya aku orang Indon... hang pa rasa muka aku nie ada macam muka orang Indon ke???
Sebetulnya aku hanya pernah ke Indonesia saja.
PRINT TIKET NIE
- Kalau penerbangan dalam negara, tak perlu print pun... just ambil no booking untuk self-check in. Nak senang buat je web check in... lepas tu print... itu lah boarding pass.. setakat nie aku belum cuba lagi web check in.
- Sebab apa di Indonesia kebanyakkan tempat kiosk self check berada di dalam.... maksudnya sebelum kita masuk mereka akan lihat dulu bukti seperti di atas tu. Tak susah pun nak print... lepas tu simpan je dalam handbeg tu.
- Pasport nie jangan ambil mudah. Pertama semak tarikh tamat tempoh... kurang sehari je 6 bulan... memang tak kan lepas nak keluar negara. Kawan dah ramai terkena, so aku dah memang beringat le. Tu sebelum ke luar negara cuti sekolah baru nie aku dah perbaharu... sepatutnya tamat tempoh bulan Julai 2012.
- Menyesal lah pulak aku buat 2 tahun je... lain kali kena buat 5 tahun.
- Sekiranya anda takut nak tukar duit dalam jumlah yang banyak... bagi kaki shopping le... bawalah kad bank yang tertera VISA.... dah banyak kad bank yang ada VISA... CIMB, Maybank, Bank Islam dll... apa yang penting ada duit lah di dalamnya.
- Pastikan sebelum bercuti, call bank berkenaan maklumkan kepada mereka yang anda akan menggunakan kad berkenaan di negara mana... dari tempoh sekian hingga sekian.
- Di sana nanti kita boleh keluarkan di mana-mana ATM yang tertera VISA... he he he he senang kan... nie pun sebab terjadi kepada kawan aku yang otak bisnes... bawa duit sikit je... sampai di sana banyak pulak benda yang boleh dibeli untuk berniaga... sudahnya call bank suruh buka akaun. Jangan risau bank dah convert siap-siap... kalau Maybank akan kenakan sikit bayaran perkhidmatan... rasanya semua bank akan kenakan bayaran perkhidmatan.... cuma bezanya jumlah sikit atau banyak.
- Ada kemudahan guna... selalunya kad kredit nie guna untuk bayar hotel je pun... dan untuk keperluan lain... aku selalunya sebelum ke sana memang akan call bank supaya buka untuk tempoh sepanjang berada di sana. Tu sebab aku suka kad kredit Bank Rakyat nie... nak booking tiket Airasia pun kena suruh bank buka dulu... so orang lain tak boleh curi-curi nak guna ye. Dah la tak ada yuran tahunan... cukai RM50 pun bank bayar... dapat point lagi.
Itu je rasanya perkongsian aku untuk kali ini dalam entry tips bercuti... sebab aku nie bercuti ke Indonesia tak pernah pakai agen... percutian main redah sendiri je... berbekalkan pengalaman kekawan dan juga abg google. Setakat nie semuanya berjalan dengan lancar.
Jalan-jalan tengok orang...
Ada yang lebih, ada yang kurang...
Jalan-jalan lihat pemandangan...
Beroleh ketenangan luas pandangan...
No comments:
Post a Comment