Friday, December 14, 2012

KENANGAN BERSAMAMU

Menyedut udara di Jeti Lumut

Terima kasih tak terhingga kepada rakanku As, sebab sudi mengajak aku untuk bersantai di Swiss Garden, Damai Laut Lumut secara percuma. Pakej lengkap dengan makan, penginapan dan siap tanggung minyak kereta serta tol. Percutian santai selama 3 hari 2 malam amat bermakna.

Aktiviti di sana lebih kepada bersantai di bilik dan makan-makan di sekitar bandar Lumut. Hari kedua, sempat lagi jumpa kawan lama. Terima kasih jugak buat Yusma, sebab sudi ajak kami ke rumahnya dan belanja minum di Aeon Manjung. Sebelah petangnya, minum petang di rumahnya.

Sekali sekala dapat jumpa kawan lama nie seronok... dapat berkongsi suka duka dan pengalaman masing-masing. Yusma sibuk dok bercerita pengalamannya bercuti ke Hatyai... aku rasa macam teringin lah pulak nak ke sana... kalau jumpa gengs sekepala boleh tu jalan-jalan ke Thailand.

Aku rasa untuk jalan-jalan ke Lumut merupakan aktiviti penutup tirai 2012. Sebab minggu depan dah sibuk dengan mesyuarat bagai dan membuat persiapan untuk sesi persekolahan akan datang. Tahun depan punya aktiviti, kita fikirkan tahun depan.

Ada pendirian muhasabah diri...
Berani mencuba boleh berdikari...

No comments:

Post a Comment