Biar pun berjauhan, tapi sentiasa dekat di hati.
Bukan senang nak kumpul rakan-rakan nie.. pertamanya tuntutan masa... maklumlah semua dah berkeluarga... ada program sendiri... aktiviti sendiri...
Plan punya plan... call sana sini... semua dah setuju aktiviti makan-makan tu akan diadakan pada 24 November 2012... tut tut terpaksa ubah esoknya 25 November 2012 gara-gara aku last minute jadi pulak terbang ke Vietnam.
Alhamdulillah semua yang dirancang berjalan dengan lancar. Makan-makan nie khas untuk meraikan perpindahan Kak Ita ke Kuala Kangsar.
Terima kasih kepada Kak Mala, Kak Sidah dan Kak Azlina kerana sudi meluangkan masa. Ingat hujung tahun nie nak plan untuk aktiviti keluarga pulak... bawa anak-anak bercuti.... plannya ke Sabah.
No comments:
Post a Comment