Hari ketiga kami berada di bandar Miri. Tak banyak pun aktiviti yang sempat kami lakukan... pepagi buta kami bangun dan bersiap-siap untuk ke pasar tamu... sebelum gerak sempat lah tanya pekerja hotel tu...
"Dekat saja... depan sana saja... tak perlu naik kereta... boleh jalan kaki"
Ok lah.. kami pun jalan kaki... sampai dipertengahan jalan.. jumpa kedai makan... kami sarapan dulu... kat kedai tu dah kali ke tiga kami tanya orang... termasuk pekerja hotel tadi tu sorang... sebabnya kami dah berjalan jauh... tapi tak jumpa lagi. Aku ingat ada dalam 5 orang kami tanya... baru jumpa... jauhnya. Mungkin jugak terasa jauh sebab dah jarang berjalan kaki jauh-jauh.... tahu aku naik je kereta penat sewa mahal-mahal tak guna.
Akhirnya jumpa lah jugak pasar tamu.
Lepas tu, berpusing-pusing mencari Restoron Muara nak makan tengah hari nasi lelapan... ada kot dalam 1 jam lebih kami pusing merata tempat... padahal, tak jauh pun dari hotel yang kami menginap. Akhirnya merasa jugak lah makan nasi lelapan.
Lepas tu destinasi seterusnya mencari Muzium Petroleum... nie pun makan masa jugak... pusing merata tempat baru jumpa... rupanya terletak di atas bukit... tempatnya memang cantik... boleh nampak seluruh bandar Miri.
Kami ambil masa sikit kat sini... time kami sampai hanya kami bertiga je pelawatnya... apa lagi semua permainan kami main... kalah kanak-kanak riang. Ini pun hanya ruangan Dinasor je yang buka... ruangan pameran petroleum ditutup buat sementara waktu untuk kerja-kerja menaik taraf.... memang tak ada rezeki... ari tu ke Muzium Kota Kinabalu pun sama ditutup jugak.
Secara keseluruhnya, percutian kali ini memang seronok... dalam satu trip dapat pergi dua tempat. Untuk akan datang... dalam perancangan... kami nak buat trip ke Tawau dan balik ikut Sandakan... ini pun kalau kawan aku berdua laki bini nie nak join.... gagah sikit kalau ada kawan.... kalau aku sorang, tak berani jugak.
Serba sedikit kisah percutian redah je...
No comments:
Post a Comment