Penerbangan tambang murah pertama di Malaysia... telah memberi peluang kepada aku yang merupakan golongan sederhana untuk terbang ke destinasi yang menjadi pilihan. Terima kasih kepada Airasia keranamu aku mengenali dunia luar. Perkhidmatan yang ditawarkan amat memuaskan dengan harga yang sangat berbaloi-baloi.
Airasia telah memberi peluang kepada setiap genap lapisan masyarakat menggunakan perkhidmatannya dengan adanya pelbagai tawaran dari masa ke semasa... cuma aku je belum pernah dapat tiket yang free seats.
Baru-baru nie aku terima sms perubahan no pesawat... untuk penerbangan aku yang akan datang. Airasia memang cepat memaklumkan sebarang perubahan kepada pelanggannya... perubahan waktu penerbangan pernah jugak aku terima melalui sms dan panggilan telefon... so kita boleh rancang perjalanan dan membuat persediaan lebih awal.
Kali kedua dan seterusnya... semuanya aku uruskan sendiri... belajar daripada mereka yang berpengalaman... terima kasih Kak Ita.
Statistik Penerbangan yang aku gunakan sejak tahun 2009 hingga kini...
Tahun 2009 - 1 kali
Tahun 2010 - 2 kali
Tahun 2011 - 3 kali
Tahun 2012 - 6 kali
Tahun 2013 - 3 kali dah terbang...
- 2 kali akan terbang...
- akan dibooking he he he ke mana??? rahsia.
Tahun 2014 - 1 kali... yang dah dibooking.
Siapa pun mampu terbang bersama Airasia.
No comments:
Post a Comment