Tuesday, April 30, 2013

CUKAI PENDAPATAN

Siapa sebenarnya yang perlu membayar cukai???... individu yang mempunyai pendapatan... siapa yang rasa dia ada pendapatan... dan sudah layak untuk dikenakan cukai... jangan ambil mudah... kena bayar. Untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut rajin-rajin layari lah lama web LHDN. 

Persoalannya, kalau tak bayar cukai boleh ke??? jawapannya boleh... mungkin anda BOLEH dikenakan tindakan undang-undang. Sebab tu lah jangan ambil mudah. Tak tahu, jangan segan... jangan malu... pergilah ke LHDN tanya.

Tahun nie aku merupakan insan yang terpilih untuk diaudit oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri... aku terima panggilan daripada pegawai dari unit audit Cawangan Petaling Jaya... terkejut jugak lah... aku diberi tempoh 14 hari untuk menyediakan semua dokumen yang berkaitan untuk tahun 2009, 2010 dan 2011. Setelah semua dokumen disediakan... aku terus ke LHDN dan berurusan dengan pegawai yang berkenaan. Ingat dah selesai... rupanya aku kena isi pulak borang untuk tahun 2007 dan 2008 secara menual... 

Nak tak nak... aku kena buat jugak... kalau tak lagi masalah akan datang... terutamanya nak pencen nanti... nanti lagi jenuh nak cari dokumen... so biar selesai sekarang... andai kata kena bayar... bayar je lah. 

Lagi satu, walaupun kita dah potong PCB... kita tetap jugak kena isi e-filling... potongan PCB hanyalah anggaran sahaja... sekiranya kita tidak dikenakan cukai semasa mengisi e-filling... duit potongan berkenaan akan dipulangkan semula... Ramai orang beranggapan, bila dah potong siap-siap... tak perlu isi lagi. Lagi satu  kena isi setiap tahun... jika kita gagal mengisi dalam tempoh masa yang ditetapkan... kita akan dikenakan panalti... iaitu denda.

So, untuk tahun nie... malam terakhir baru nak isi... akhirnya selesai jugak aku buat e-filling.. biasalah last minute punya kerja. Alhamdulillah belum dikenakan cukai... so dapat lah lebihan potongan. Lepas lah bayar minyak balik kampung.

Pendapatan RM26k dah layak buka fail LHDN... isi je e-filling... janji isi... kena atau tak, itu perkara kedua... daripada tak isi... dah tentu kena panalti. Tapi kalau banyak duit nak bayar panalti... tak jadi masalah. 

No comments:

Post a Comment