Friday, April 19, 2013

NAK BERJAYA PERLU KESABARAN

Tanam kelapa sawit merupakan tanaman yang menjadi pilihan utama pekebun kecil pada hari ini... ada banyak faktor: 

Pertamanya, senang nak urus dan jangka masa untuk mengeluarkan hasil lebih singkat. Dalam tempoh 3 tahun sudah mula mengeluarkan hasil. Berbanding getah, 6 tahun baru boleh ditoreh... jika penoreh tidak mahir menoreh... getah akan cepat rosak. Dalam masa 10 tahun dah kena tebang. Sedangkan kelapa sawit boleh ambil hasil hingga 18-20 tahun. 

Keduanya, upah mengambil buah sawit setan lebih kurang RM50... berbanding getah terpaksa bahagi 2 dengan penoreh. Sedangkan pemilik perlu menanggung semua kos membaja dan meracun. Kalau dihitung kasar penoreh lebih untung daripada pemilik kebun... sebab penoreh dapat hasil bersih. Kalau tanam getah, nak menoreh sendiri, memang untung.

Sebagai contoh:
Tanaman Getah :
Hasil jualan RM600... dengan harga getah sekarang... menoreh seminggu je nie. Bahagi 2, pemilik kebun dapat RM300. RM300 tu, nak tolak racun dah baja lagi. Penoreh dapat bersih RM300. 

Tanaman Kelapa Sawit :
Sekali potong buah lebih kurang 6 tan... setan harga sekarang RM350... kita upah pekerja baru RM50 x 6 = RM300. Pekebun dapat dalam RM1800... tolak racun dan baja pun... masih banyak lagi yang pekebun dapat. Dalam masa 2 bulan hanya 3 kali tuai buah. Kalau kerja sendiri pun... banyak kerja lain lagi boleh buat.

Dari dulu lagi mak aku suruh beli tanah, tanam getah ke... kelapa sawit ke... tapi aku kurang berminat... sebab utamannya pengurusan... kita duduk jauh. Bukan senang nak uruskan. Aku lebih berminat kepada rumah sewa. Rumah sewa pun... sebenarnya modal besar jugak. 

Sejak akhir-akhir nie, terbuka pintu hati nak buat kebun... itu pun aku cuma ada syer je... kalau kebun sendiri kaya aku. Semua orang yang uruskan... tapi kena ambil tahu jugak... tak boleh lepas tangan.

Anak sawit baru tanam sebulan
Tanaman sawit fasa pertama telah pun selesai ditanam pada bulan Feb yang lalu... kami telah mengeluarkan modal yang besar untuk memasang pagar elektrik... pagar nie boleh mengelak musuh yang utama iaitu babi. Masalah babi kami dapat atasi... selain babi, musuh kelapa sawit iaitu kumbang dan juga landak. 

Bulan Mac baru nie landak telah masuk ke kebun... hampir berbelas pokok kelapa sawit dimakannya. Landak nie, time hujan je ia akan masuk... semalaman ia boleh makan pangkal sawit berbelas pokok. Alhamdulillah masalah nie dah pun  diatasi... kami tahan perangkap. Alhamdulillah dapat. Seekor je pun. 

Sawit berusia 2 1/2
Tanaman sawit fasa kedua... pengambil alih daripada tuan kebun untuk dijaga dan diselenggara pada awal Mac yang lalu... Kebun berkenaan terbiar hampir setahun. Jadi kami mula meracun secara keseluluhan supaya terang dan memudahkan kami membaja. Selepas meracun... hampir sebulan kemarau... pada 03 April kami dikejutkan dengan berita yang menyedihkan.

Punca kebakaran telah pun dikenalpasti... berpunca daripada alat yang digunakan oleh pengambil madu lebah. Hampir 100 pokok kelapa sawit hangus dijilat api... api marak dengan cepat disebabkan rumput kering yang tebal dan cuaca panas berserta dengan angin. Kejadian berlaku lebih kurang pukul 5.00 petang.

Tapi alhamdulillah, minggu lepas sempat aku melawat ke kebun, pokok yang terbakar sudah mula mengeluarkan pucuk baru. Mungkin ada sepohon 2 je yang mati terus... terutamanya pokok yang baru sulam. Sebab pokok berkenaan masih kecil.

Buat kebun nie perlu banyak bersabar... nak berjaya dalam sesuatu bidang bukan sekelip mata... kalau senang nak berjaya... dah ramai orang yang berjaya dalam hidup. Apa yang penting sekarang jangan mudah putus asa... kami perlu terus berusaha memajukan apa yang telah dilaksanakan.

Allah s.w.t duga kita dengan sedikit ujian agar kita lebih sabar. Mungkin juga Allah s.w.t nak beri yang lebih baik lagi. Bersangka baik lah dengan Allah s.w.t. Sesungguhnya DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umatnya yang sabar.

No comments:

Post a Comment