Sehari dua nie aku sedih sangat, memikirkan anak didik yang malas membuat kerja sekolah... setiap kali aku beri kerja rumah mesti ada je murid yang tidak dapat menyiapkannya, walaupun diberi tempoh yang mencukupi... sedangkan latihan yang aku berikan bukan banyak pun... sepatutnya boleh siapkan hanya dalam beberapa jam sahaja.
MALAS tiada UBAT
MALAS = GAGAL
Tadi aku teringat satu kisah nie... so aku ceritakan kepada anak murid aku supaya mereka sedar dan berubah agar tidak terlambat. Aku takut nanti generasi kita merempat di negara sendiri kerana sikap MALAS.
Cerita 1:
Orang Indon datang ke negara kita bermula daripada tak ada apa-apa... tetapi kenapa mereka boleh berjaya???? sebab mereka rajin. Mereka bekerja bersungguh-sungguh... sebab mereka ada matlamat datang ke negara kita untuk mencari rezeki. Ada sorang anak murid aku nie, emak ayah dia asal orang seberang... sudah lama menetap di sini... sekarang dah pun mendapat taraf penduduk tetap. Sangat rajin bekerja... mereka beli kereta HONDA CITY ( hok nie pun aku minat gak) bayar tunai... bayangkan mereka boleh kumpul duit hampir RM100k untuk beli kereta... sebab mereka tahu... mereka susah untuk mendapatkan pinjaman.
Bukan nak cakap orang lain... aku sendiri pun tak terkumpul duit sebanyak tu... terdesak je, bank jugak yang aku cari... beli apa pun semua hutang... tak ada yang beli cash... kereta dah luyai.... hutang belum habis bayar lagi...
copy from abe google |
Terbaru aku dengar cerita mereka nak beli rumah... itu pun nak bayar cash... kejayaan mereka berbekalkan rajin berusaha dan sedikit kemahiran... kita pun boleh lebih maju daripada mereka... jika kita rajin berusaha.
copy from abe google |
Tapi bukan mudah untuk mengubah seseorang... jika aku mampu mengubah anak didik aku MALAS kepada RAJIN... itu merupakan kejayaan yang besar... kalau dah rajin Insya Allah kejayaan pasti akan ada.
Cerita 2:
Aku melihat apa yang berlaku di kampung aku... rata-rata orang kampung aku upah pekerja Indon mengutip buah kelapa sawit... termasuk lah ayah aku. Cuba kita bayangkan mereka hanya bekerja ambil upah... setan upahnya RM50 bersih.
Mereka kerja dari pagi sampai ke petang.... katakan lah sehari dia boleh mengambil buah sawit 5 tan, upahnya RM250 sehari..
Sebulan 30 hari x RM250 = RM7500.
Mungkin 5 tan tu banyak sangat... ok lah kita kira 3 tan...
Sebulan 30 hari x RM150 = RM4500.
Gaji mereka sama dengan gaji kakitangan kerajaan yang berkelulusan degree... kita kena cukai... mereka langsung tidak dikenakan cukai.
Setahun 12 bulan x RM4500 = RM54 000. Kata kan lah... tolak segala bagai... mereka boleh simpan setahun lebih kurang RM35k...
Tapi anak muda kita tak rebut peluang... alasan:
Tak ada standard...
Sama macam Indon... jadi buruh.... ada hati NAK JADI BOSS... tapi MALAS.
Lagi satu orang kita banyak iri hati... susah hati tengok orang berjaya... ayat nie selalu singgah di telinga aku...
"ko nie rajin cari duit... simpan duit... nak buat apa banyak-banyak duit...mati bukan boleh bawak pun "
Mungkin orang lain pun ada jugak terdengar ayat berkenaan... Kalau ada terdengar ayat nie... senyap je lebih baik.
No comments:
Post a Comment