Pokok kelapa sawit berkenaan mula ditanam selapas Tahun Baru Cina yang lepas. Mengikut perkiraan kami baru berusia 4 bulan. Keadaan pokok sudah beransur pulih. Kalau sebelum nie keadaan daunnya kuning. Ambil masa untuk pulih. Kebetulan selepas tanam, kemarau lebih sebulan.
Sebelum tanam kami bubuh baja Biotech Compound untuk lubang supaya akar cepat menerima zat yang diperlukan disamping memulihkan tanah. Kawasan tanaman ini berbukit dan berbatu kelikir.
Pada awal bulan Mei kami menggunakan baja tahi ayam yang telah diproses. Ini kerana baja tahi ayam mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya:
- Kaya dengan unsur Nitrogen(N), Fosforus(P) dan Kalium(K).
- Bebas bahan kimia punca pencemaran.
- Menggalakkan kehadiran mikroorganisma baik penyumbang kesuburan tanah.
- Memperbaiki pH,tekstur dan pengudaraan tanah.
- Mengekalkan kesuburan dan kelempaban tanah.
- Selamat digunakan tanpa menjejaskan kesihatan pengguna.
- Sesuai untuk pembajaan bagi semua jenis tanah dan tanaman. (pokok bunga, sayur-sayuran , pokok buah-buah)
Pada mulanya aku ingin menggunakan baja tahi ayam yang belum diproses... tetapi memikirkan kebun yang berbukit menyukarkan untuk mengangkut baja yang masih basah tu... tak sanggup rasanya... walaupun aku tak buat kerja berkenaan... kalau aku tak sanggup... orang lain pun sama jugak tak sanggup... dengan baunya.
Jadi terpaksa lah aku mencari baja tahi ayam yang telah diproses. Jika ada yang berminat untuk dapatkan baja tahi ayam yang telah diproses boleh ke http://golden-rengat.blogspot.com . Baja berkenaan dipacking berat bersih 40kg. Ikutkan harga baja tahi ayam yang belum diproses lebih murah berbanding dengan yang telah diproses. Baja tahi ayam yang aku maksudkan terbukti berkesan... boleh dikatakan kebanyakkan nursery bunga menggunakan baja tersebut.
Ini lah hasil selepas pembajaan menggunakan baja tahi ayam. Keadaan tanah lebih lembap dan yang penting menggalakkan kehadiran mikroorganisma baik penyumbang kepada kesuburan tanah.
Baru 4 bulan... tanam bulan 2 hari tu... |
Pekebun yang masil kecil... bakal menjadi usahawan tani yang berjaya... |
Daun dah mula hijau... |
Anak pokok kayu mula tumbuh meliar... |
Dalam keadaan cuaca sekarang... kerja-kerja menebas tidak boleh dilakukan kerana dikhuatiri akan menyebabkan hakisan... ini pun ada 2-3 teres runtuh disebabkan hujan yang turun.... boleh dikatakan setiap hari hujan...selepas jerebu yang hari tu.
Mungkin kerja-kerja pembersihan kawasan akan dilakukan selepas hari raya nanti. Bukan apa, jika terlalu semak... akan timbul masalah lain... terutamanya musuh tanaman.
Berapa luas kebun..kelapa sawit harga tinggi sekarang..
ReplyDeleteTak lah luas sangat, dalam 500 pokok je boleh lah tambah duit poket nanti... Insya Allah kalau dah keluar hasil nanti.
ReplyDelete