Wednesday, July 25, 2018

CABARAN MEMANDU KE TEMPAT KERJA


Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang dan kesihatan yang baik untuk terus berkhidmat demi mendidik anak bangsa. Pada awal Julai aku dikejutkan dengan berita, mungkin gembira dan mungkin juga sedih kerana perlu berkhidmat di tempat lain atas alasan berlebihan guru. Aku terima berita berkenaan dengan hati yang terbuka. Mungkin ini adalah peluang untuk berhijrah. Penghijrahan itu sendiri sebenarnya bagus.

Allah S.W.T Maha Kaya, Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Melalui En. Rosli, aku digerakkan ke sekolah  yang baru. Cabaran tetap ada, di mana sahaja kita bertugas.


Di sini, cabaran paling besar ialah jarak perjalanan lebih kurang 46km sehala dengan laluan yang berbukit dan kawasan yang sangat berbahaya untuk kenderaan berat. Laluan berkenaan selalu berlaku lori muatan berat terundur ataupun terbalik. Perjalanan waktu pagi agak selamat kerana tiada kenderaan berat.


Waktu pulang cabarannya lori balak. Aku nie, bukan jiwa kental sangat nak memotong kenderaan panjang. Ikut lori muatan berat mendaki bukit paling menakutkan. 

No comments:

Post a Comment