Kali ini aku melihat dari sudut Power of Numbers & Its Energy, berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Mr. Oliver Tan. Bukan nak percaya, tapi sekurang-kurangnya kita boleh kenal pontensi diri yang boleh diketengahkan dan yang negatif perlu diperbaiki. Berdasarkan kajian ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu character, traits of individuals, sickness/ health problem dan suitable career.
Character:
Positif:
- Aktif dan berpandangan jauh. ( he he he ya ke berpandangan jauh)
- Seorang yang tahu dan faham apa yang dia kehendaki. (ya kot)
- Berkebolehan dalam membezakan perkara baik dan jahat. (mungkin kot)
- Mempunyai kebolehan dan berbakat. (aku tak nampak lagi bakat dalam apa)
- Boleh menjadi kaya dan berharta. (Insya Allah)
- Individu ini akan berjaya dalam masyarakat sebelum umur 30 tahun.
Negatif:
- Individu ini terlalu agrasif, tidak penyabar dan cepat panas baran. (sebab nak semua yang terbaik, dan seorang yang penyayang... bukan aku cakap... kaunselor yang cakap)
- Mengambil mudah sesuatu perkara dan adakala tidak tegas serta tidak munasabah.
- Suka berterus terang dalam kata-kata menyebabkan terdapat turun naik dalam perhubungan. ( yang nie ya.) Tu lah jika tidak dijaga dengan baik, ianya boleh menyebabkan keretakan dalam perhubungan.
Traits of Individuals:
- Bekerja sendiri untuk mencapai kejayaan dan kekayaan. (berdikari lah nie...)
- Mampu menarik penyokong. (wah ada aura jugak rupanya)
- Sibuk ke sana sini, banyak tekanan (yang nie memang betul... tekanan daripada masalah orang)
- Panas baran, sehingga melukakan perasaan orang lain tanpa disedari.
- Mempunyai peluang untuk berurusan dengan pegawai-pegawai tinggi kerajaan, hartawan, individu kaya (ya kot)
- Tetapi boleh juga memberi halangan kepada penyokong. (nie aku pun tak faham halangan yang macam mana)
- Penyokong anda akan memberi banyak tekanan, tetapi membawa kejayaan.
- Ramai penyokong lelaki.
- Tertekan dalam membuat perancangan tetapi tidak ada penyelesain di kemudian hari.
Sickness/ Health Problem:
- Penyakit nie tak yah le... nanti motivasi aku down pulak.. anggap lah kita nie akan sihat jika fizikal dan mental kita sihat.
Suitable Career:
- Pusat Sains dan Penyelidikan ( ya ke nie.. tak ada lah pulak yang berkaitan dengan pendidikan... ke lepas nie ada potensi bertukar kerjaya)
0 ulasan:
Post a Comment