Gambar di atas merupakan kebun sawit milik ayah aku... aku ingat lagi, pokok sawit nie mula di tanam pada tahun 1996... masa tu aku mula masuk Maktab.... tak banyak yang dapat aku bantu ayah aku di kebun. Cuma sekali-sekala setiap kali balik kampung aku akan ambil peluang jengah ke kebun... jengah je lah, pusing-pusing dengan motor... kekadang tak turun pun daripada atas motor.
Aku masuk maktab selama tiga tahun... sawit pun sama, dapat mengeluarkan hasil selepas tiga tahun... kira 2 dalam 1 lah ayah aku dapat hasil... he he he ... daripada aku bukan dapat hasil... kalau aku hulur setiap bulan tu baru dikira dapat hasil ... cuma ayah aku terlepas lah beban menanggung anak belajar... walaupun aku belajar dapat elaun... kekadang tak cukup jugak... elaun selepas ditolak itu ini tinggal lah dalam RM180. Masa tu besar jugak nilainya... kalau mintak pun tak banyak.
Aku tamat belajar pada tahun 2000... ini bermakna sudah 14 tahun aku bekerja sebagai seorang guru... sawit ayah aku pun sama sudah mengeluarkan hasil selama 14 tahun... kalau tengok pokok sawit nie masih rendah lagi... lama lagi boleh mengeluarkan hasil... paling cepat pun 4 tahun lagi... tak pun 6 tahun lagi.
Dari awal penanaman hingga kini, kerja-kerja meracun dilakukan sendiri... ayah aku memang tak buat kerja lain... kerja kebun je semata-mata. Ayah aku berkerja tak sama dengan orang lain kerja... dia meracun sehari dalam 1-2 pam racun je... orang tua... umur pun dah 75 tahun... patutnya dah lama bersara kalau keja gomen... tapi, dah kerja sendiri... tak larat buat banyak buat sikit... itu prinsip ayah aku... kebun dia tak pernah semak.
Kerja tuai buah dan membaja diserahkan sepenuhnya kepada tauke cina nie... dari dulu hingga kini... ayah aku jual hasil kepada sorang tauke nie je... orang lain ada jugak beralih angin... tapi ayah aku nie setia betul. Membaja dan baja diserahkan kepada tauke tu... apa baja yang dibeli... itu lah baja yang digunakan. Berapa harga sekampit pun kekadang ayah aku tak tahu... yang dia tahu, setiap kali tuai buah tolak baja RM1000... tiga kali bayar baru selesai untuk sekali pusingan membaja.
Sebenarnya, buat apa pun kena ada ilmu... kalau tak ada ilmu memang kita akan ditipu dan terus ditipu. Kita tuan kebun... untung dapat sikit... sedangkan orang lain mengaut keuntungan dengan cara yang paling mudah. Kos baja besar... sekali pusingan mencecah RM3000... tapi pulangan sedikit... sebab???? baja yang digunakan tidak berkualiti.... harga mahal sebab tauke tu ambil untung banyak berlipat ganda. Kebun nie susah nak cecah 8 tan ke atas sekali tuai... dok main 4-5 tan... pernah dapat 2-3 tan je sekali tuai... sedangkan luas kebun nie 9 ekar... ada 450 batang... aku yang tak ada kebun pun pelik.
Sampai satu tahap aku kena bantu ayah aku... macam mana aku nak bantu??? nanti aku sambung dalam episod akan datang.. he he he bersiri lah pulak.
Kos membaja kalau ikutkan lebih kurang:
Kebun ada 450 batang....
Sepokok memerlukan 2.5 kg....
Sebeg 25kg = RM45
Setahun 3 kali
Mari kita tengok berapa kos sekali membaja..
450 x 2.5 = 1125 kg
Kita hanya memerlukan 45 beg baja x RM45 = RM2025
Sedangkan ayah aku bayar RM3000... memang lah hutang. Masalahnya bukan tak ada duit nak beli baja cash... cuma tak tahu nak beli kat mana... tak tahu baja apa yang berkualiti. Itu je.
Sekali pusingan je... kita boleh jimat dalam RM975... darab dengan 3 kali, lebih kurang RM2925...
Kita yang kerja makan gaji kalau dapat bonus macam tu melompat tak sangat... tapi orang tua tak nampak... berapa banyak dah orang untung atas angin.
0 ulasan:
Post a Comment