Setiap orang mempunyai impian, maklamat dan perancangan untuk masa depan. Pelbagai cara dilakukan demi mencapai impian tersebut. Begitu juga dengan aku. Sejak awal lagi aku suka berangan. Mungkin ada sesetengah orang tidak akan bersetuju dengan cara yang aku lakukan.
Pada tahun 2004, aku telah membeli sebuah rumah pangsapuri di Lestari Perdana dengan harga RM50k. Sebab rasa macam rugi lah pulak kalau aku menyewa... sedangkan aku memang bercadang untuk tinggal di kawasan tersebut. Sejak hari itu, aku rajin membuka ruangan iklan rumah di surat khabar. Suatu hari aku terbaca ruangan iklan yang kecik... ada orang nak jual rumah. Aku call owner, dan membuat temujanji untuk melihat rumah berkenaan.
Owner tu, seorang pesara RTM dan ketika itu dia bekerja memandu teksi. Rumah berkenaan tidak pernah duduk sejak beli. Atas rasa kepercayaan aku membeli rumah tanpa menukar nama... masa tu hutang di bank RM35k... so aku perlu bayar by cash RM15k. Setelah surat perjanjian siap... aku membuat bayaran dan bakinya aku sambung bayar. Surat perjanjian 2 helai je. Kalau orang nak tipu pun aku tak tahu. Tapi rezeki aku... pak cik tu seorang yang jujur.
Pada tahun 2008, aku dihubungi oleh Pak cik berkenan untuk membuat pertukaran nama. Masa tu baru aku tahu bertapa susahnya untuk membuat urusan kerana rumah berkenaan atas nama anak dan menantunya. Pasangan berkenaan telah bercerai. Salah seorang tidak mahu memberi kerjasama. Jadi urusan berkenaan memakan masa yang agak lama.
Tapi akhirnya, selesai jugak. Rupanya beli rumah second hand nie banyak urusan... berbanding dengan beli rumah yang baru. Masa tu lah aku banyak belajar berurusan dengan syarikat yang menawarkan perkhidmatan menilai bangunan dan hartanah... berurusan dengan pihak bank dan berurusan dengan pihak peguan yang pelbagai ragam.
Pengalaman adalah guru yang terbaik. Pengalaman membeli rumah dan kereta second hand telah mengajar aku agar lebih berhati-hati. Aku beli kereta 9 tahun pakai tanpa tukar nama... akhirnya aku jual baru tukar nama kepada owner baru. Alhamdulillah sepanjang tempoh tu, aku tidak memberi sebarang masalah kepada owner lama.
http://eeeda-damak.blogspot.com/2013/01/rumah-untuk-disewa-part2.html
http://eeeda-damak.blogspot.com/2013/01/rumah-untuk-disewa-part2.html
Rumah nie, sekarang ada orang sewa...
- Penyewa pertama kakak aku.. 2004-2006
- Penyewa kedua adik aku.. 2006-2008
- Penyewa ketiga sepupu aku.. 2008-2012
- Penyewa keempat baru orang luar... 2013-sekarang.
Jika bertindak hendaklah bijak...
Jangan sampai dilanyak dipijak...
0 ulasan:
Post a Comment