Thursday, September 2, 2010

BERSAHUR DI PUTRAJAYA

Semalam sekolah aku ada mengadakan Majlis berbuka puasa dan solat hajat. Pada dasarnya memang aku tak nak datang. Dalam senarai kehadiran pun memang aku tanda tak hadir. Tapi aku tak sampai hati pulak bila member sms...

Sms 1 "Oh adiku, datang ke idak mlm ni? Mai le tolong akak ambil gambar...atau nak duduk sja" (biasalah jadi juru gambar amatur nie, pendek kata ke mana pe pun kamera sentiasa ada dlm beg)

Sms 2 "Datang lah, tak ada sebab farid tak datang. Guru Besar dah banyak memuji farid. Jangan sampai dia kecil hati" (Bila dpt sms nie aku fikir balik....mcm mana bertahun2 aku tak tegur GB...konon nak tunjuk protes dgn boss)

Sms 3 " Mai ya"
(Dalam hati nie dah sms ketiga... kena datang. Tak sampai hati nak hampakan harapan orang.

Pukul 4.30 p.m aku start keta balik umah untuk tukar baju.... dalam pada tu sempat lagi call member kat Putrajaya... saja nak confirm sama ada malam nie dia free ke tak.... aku nak jumpa dengannya sebelum dia berpindah ke Melaka. Nama je duduk dekat, tapi tak berkesempatan nak jumpa. Ada je halangannya. Alhamdulillah dia tak ada masalah dan bersetuju nak jumpa aku. Aku call pulak member sorang lagi nie... kot..kot lah dia free so nak ajak dia join sekali... Rezeki kawan nie free.. so tak adalah aku keseorangan dari Sg. Buloh ke Putrajaya. Apis nie sebenarnya on je kalau dia tak ada hal.

So lepas je berbuka,aku ambil gambar sekitar majlis berbuka...ting tong...ting tong... pukul 8.45 p.m aku gerak ke Putrajaya... sampai sana dah pukul 9.30 p.m. Member aku nie duduk persint 9...alah flet hijau yang glamor itu....bagi aku bukan susah pun nak cari tempat tu.... janji orang yg memberi arahan tu pandai... so tak jadi masalah.

Aku jemput member nie pe minum kat medan selera persint 9 tu je... apa yang penting, dapat luangkan masa bersama member nie untuk berborak. Terperanjat jugak temgok member aku... kurusnya macam zaman muda2 dulu gak... walaupun sekarang dah ada 3 orang anak. Hampir 2 tahun aku tak jumpa kawan nie.... last jumpa masa dia baru lepas berpantang anak ketiga... masa tu kat Maydin Subang Jaya....

Borak punyak borak...maklum lah si apis nie dah lama tak jumpa dengan along.... 17 tahun tak jumpa... banyak tu ceta, yang nak di story kan....daripada ceta zaman sekolah.... sampai lah zaman berkeluarga dan akhirnya zaman single balik..... bukan pendek ceta tu.....sedar tak sedar dah pukul 12 malam.... kedai tempat kami lepak pun dah nak tutup... ceta tak habis lagi...

Kami sambung sembang kat kedai mamak, kawasan area tu jugak..... story untuk 17 tahun dan 3 orang punya ceta... mahu tak sampai 4.30 pagi... nasib baik lah aku keja sesi petang ari nie... itu pun kebetulan member mintak tukar sesi.... memang rezeki aku, nak beri peluang aku jumpa dengan along....kalau tak mahu tak jaga aku ari nie ...

Aku rasa bertuah sangat kerana mempunyai seorang kawan, yang sentiasa ingat kawannya..... walaupun sekarang telah berjaya... Sesetengah kawan bila berjaya sikit, mula lah lupa kawan yg keja bawah nie..... tapi tak bagi along.... daripada tak bekerja, sekarang dah jadi penolong pengarah di KKM, tapi perangai masih lagi sama macam dulu... aku suka sikapnya yang sangat matang dalam banyak perkara. Di samping itu, mempunyai sikap ikhlas dalam memberi pandangan.


Punya lah leka bercerita...mata langsung tak mengantuk... sebenarnya dah lama aku tak buat keja lepak kat kedai mamak sembang sampai pagi nie... maklumlah, sekarang dah duduk jauh.... kawan pun tak ada area sini... kalau sembang pun terhad sebelum pukul 11 dah kena balik...

Berjam-jam berborak... mahu tak kering tekak.... along siap belasah 3 gelas air. Kami terus je bersahur kat situ....aku bersahur dengan roti canai... aku oder air kurang sikit lah daripada along....aku 2 gelas je... Ikutkan along, dia suruh aku tido kat umah dia je....esok pagi2 balik... dalam hati nak tido apa..dah pagi pun masa tu.... kalau tido pun, sempat lah sejam kot.... lebih baik balik terus je. Aku boleh cover kat umah.... kan pukul 10.00 baru bangun...

Berkongsi pengalaman boleh mematangkan diri...

Keterbukaan dalam berbicara, diri disenangi...


No comments:

Post a Comment