Hari last day (Jumaat), aku tukar sesi... member minta tolong sebab dia nak balik kampung awal... insya allah kalau aku tak ada halangan...aku akan tolong. Bila tukar sesi, so aku tak berkesempatan lah nak minta maaf dengan kekawan sesi pagi. Kepada mereka yang membaca blog aku nie.... aku nak minta maaf banyak sekiranya selama ini aku ada menyakit hati hampa semua.
Nie hamper raya yang anak murid tuisyen aku bagi... malu jugak aku, dah le hari sebelum tu bagi duit raya...(apa pun terima kasih kak Lini). Aku baru ajar dia dua bulan... dia menunjukkan minat untuk belajar... mengajar nie yang penting murid tu ada minat... baru lah cikgunya seronok nak mengajar. Selalunya dia memang mintak aku ajar lebih masa.... selalunya murid lagi mintak nak cepat balik...nie tak.
"cikgu ari nie lama sikit boleh tak?" memang nie lah ayat dia.
Aku tak kisah... sebab ari2 aku balik pukul 4.30 petang. Janji murid berminat nak belajar.

Asalamualaikum Eeeda,
ReplyDeleteAduh, sebak pula akak membaca catatan di laman sanggar ini. Emosi spontan yang hadir dek naluri menghargai "bakti seorang bergelar guru" khasnya buat guru yang mendidik anak akak, Nurul Afrina.
Tidak dapat dilafazkan dengan kata-kata sebenarnya nilai pengorbanan "guru"...mendidik dengan penuh sabar. Bakti tidak diminta untuk dibalas. Cukup sekadar "anak didik" gigih berusaha...menunjukkan kesungguhan menimba ilmu tanpa rasa jemu.
Ibu Nurul Afrina sendiri tidak punya nilai kesabaran mendidik anaknya...lalu diamanahkan tanggungjawab memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada seorang "guru" (Eeda nama timangannya).
Terima kasih Eeda kerana dengan penuh sabar mendidik Nurul Afrina. Tugas yang ibunya sendiri pun tidak bisa laksanakan dengan penuh sabar. Hanya Allah yang dapat membalas budi baik Eeda. Halalkan segala ilmu yang dicurah kepada Nurul Afrina. Mohon doakan kejayaannya =)
SALAM LEBARAN...MAAF ZAHIR DAN BATIN =)