Saturday, November 6, 2010

AKAN DATANG TRIP TO BANDUNG

Percutian ke Bandung merupakan percutian pertama bagi aku ke tempat yang menjadi bualan rakyat negara kita. Bandung menjadi pilihan pelancong kerana terkenal dengan tempat yang menarik dan tempat untuk membeli-belah.

Terima kasih kepada Kak Ita dan Abg Saini kerana sudi membawa aku dan kekawan melancong ke sana. Ikutkan perancangan awal kami akan pergi seramai 11 orang. Tapi last minute seorang rakan kami tak dapat join sebab namanya tersenarai dalam majlis Konvokesyen Oum ke-9. So tinggal lah kami 10 orang je. Padahal member yang tak dapat join nie yang beriya-iya nak pe....tak ada rezeki dia kali nie... mungkin lain kali.

Penginapan dan pengangkutan di sana akan diuruskan oleh kawan aku yang kerap berulang-alik ke sana kerana urusan kerja. Terima kasih Tuan Haji kerana bersusah payah bagi memastikan perjalanan percutian kami berjalan dengan lancar.

Dua minggu lepas member aku sorang nie sibuk menguruskan pasportnya yang hilang. Terpaksa fax tiket penerbangan ke imigresen sebagai bukti yang kita perlu kelulusan segera pasport berkenaan. Leceh jugak... kalau pasport hilang nie.

Tangkuban Parahu antara tempat yang perlu dilawati.... seronoknya. Tak sabar nak menunggu 20 Nov 2010 nanti. Kami akan berada di sana 3 hari 2 malam. Harap semua berjalan dengan lancar.

Cihampelas Walk sangat terkenal sebagai pusat membeli-belah, terutamanya seluar jeans. So ke sana tak perlu bawa seluar jeans... beli je kat sana nanti.

Jika mempunyai kesempatan kami akan melawat tempat-tempat lain seperti :
  • Kawasan Dago, yang terkenal dengan kawasan Factory Outlet-nya
  • Kawah Putih dan Situ (Tasik) Patengan
  • Institut Teknologi Bandung
  • Rumah Mode di Sukajadi
  • Taman Bunga Cihideung
  • Ciwidey
  • Lembang
  • Jalan Braga, dan lainnya

2 comments:

  1. waaa..besnye..besnye..lain kali kalo nk plan p mana2 habaq kat aku sama la.. huaaaaa

    ReplyDelete
  2. baru meriah kan...ramai2 join. Next time kita plan ke Australia ke... hang pandai ckp...aku tak boleh pe... org ckp aku tak faham...aku cakap lagi orang tak faham.

    ReplyDelete