Monday, November 8, 2010

PERANCANGAN STRATEGIK PERIBADI



Pernah satu ketika warga sksb demam kerana memikirkan plan perancangan strategik untuk jangka masa 5 tahun. Kita asyik dok fikir plan perancangan di tempat kerja... pernah ke kita fikir plan perancangan peribadi??? mungkin akan ada jawapan ya... dan mungkin ramai yang akan beri jawapan tak pernah. Ikut je apa yang tuhan tentukan....

Secara peribadi aku pernah buat plan perancangan jangka panjang...kita perlu ingat, kita hanya merancang dan tuhan yang menentukan segalanya. Sekurang-kurangnya kita berusaha untuk mencapai apa yang dirancang. Sekirannya tidak berjaya... kita akan berasa puas, sebab kita dah cuba buat yang terbaik.

Pernah sekali aku diperlekehkan oleh seorang rakan.... dek kerana plan perancangan aku yang di anggapnya tak masuk akal dan mustahil untuk dicapai. Bagi aku tidak mustahil untuk mencapainya jika kita berusaha. Di samping kita berusaha, jangan lupa berdoa.

Plan yang telah ku capai dan akan cuba ku capai :
  • 1996 -1999 - Belajar di Peringkat Diploma
  • 2000-2005 - Bergelar Guru Bukan Siswazah Gred DGA29 (menimba pengalaman dengan pelbagai jawatan yang diberi.... semuanya aku terima dengan tangan terbuka. Saya yang menurut perintah)
  • 2006-2010 - Belajar di Peingkat Ijazah Sarjana Muda (alhamdulillah rezeki Time Based DG32 on the way. So nanti gaji DG41 besar sikit. Aku antara salah sorang yang bertuah, mendapat degree tepat pada masanya.)
  • 2011 -........ - Insya Allah akan bergelar Guru Siswazah Gred DG41
  • 2012 - 2013 -Ingin sambung belajar di Peringkat Sarjana Matematik di UPSI (sekarang dalam usaha mencari info yang berkaitan)
  • 2014 - 2016 - Projek khas ikut murid. Menggunakan Penyelidikan Tindakan.... aku akan bawa murid nie hingga UPSR. Tahun tersebut merupakan tahun terakhir UPSR, aku ingin buat rekod peribadi untuk subjek yang aku ajar lulus 100%.
  • 2017 - ....... - Bergelar Guru Pakar Matematik dengan Gred DG44
Sejak akhir-akhir nie aku begitu bersemangat untuk buat yang terbaik dalam kerjaya aku. Mungkin kebelakangan ini pihak pentadbir memberi kepercayaan kepada aku untuk menjawat beberapa jawatan yang penting. Mereka melihat aku mampu melaksanakan jawatan yang diberi... tapi ada ketikanya aku merasakan tidak mampu untuk buat yang terbaik.

Contohnya, hari nie kekawan masing-masing inform kat aku... mereka nak ajar tu... tak nak ajar subjek nie... nak ajar kelas nie... tak nak ajar kelas tu.... dalam hati siapa aku nak tentu kan semua nie. Aku belum pun menerima jawatan tersebut. Mampu ke aku ingin memenuhi permintaan rakan-rakan yang mempunyai 1001 ragam nie. Kalau fikir balik dah macam PK lah pulak... nak kena fikir semua tu. Tapi ok jugak kan.

Pengalaman tak boleh dijual beli....
Pengalaman perlu dicari...
Kalau perlu...
Pengalaman perlu dikejar...

2 comments:

  1. cikgu2 memang macam tu kak...nak ngajar tulah...ang nilah...taknak kelas tu lah...nak kelas ni lah...tiap2 tahun ada jer ngendeng nagn saya utk tak ngajar satu2 subjek...walaupun saya bukan PK tapi saya buat jadual waktu...PK kekadang dengar gak cakap saya...

    ReplyDelete
  2. Tu lah kan... depa nie tak fikir yang nak membuat jadual waktu peningnya dia tak tahu... tak tido malam lah.

    ReplyDelete