
Baru bercita-cita nak jadi juru gambar je... jika aku memiliki kemera canggih tu. So senang, sebarang aktiviti tugas aku snap gambar. Sat lagi gambar aku sendiri pun tak ada. Kali nie ada lah beberapa keping gambar yang member aku tolong snap untuk kenangan. Pernah tu sepanjang aktiviti hari guru... langsung tak ada gambar aku. Aduh.. sedinya!.

Secara jujurnya, majlis hari ini berlangsung dengan lancar. Semua ketua diterajui oleh orang baru. Cikgu Zubaidah selaku ketuanya, dan dibantu oleh cikgu Izan. Manakala ketua hadiah tahun nie, cikgu lelaki. Akak tabik lah kat hang Andy.

Murid-murid yang comel-comel tu telah di make up oleh Nana, Kak Nida, Ilah dan Shahrul. Memang hebat-hebat cikgu sekolah nie. Masing-masing mempunyai kebolehan tersendiri. Kelebihan ini lah yang sukar dicari ditempat lain.
Hari tu my boss memang tersenyum lebar lah... kalau tak caya nanti aku upload banyak lagi gambar yang guna kamera canggih tu. Nie gambar dari kamera Samsung je.


Hari nie pulak antara yang paling ramai ibu bapa hadir. Pertama sekolah agama pun mengadakan hari anugerah pada hari yang sama. So, berbaloi ambil cuti untuk dua majlis bagi meraikan anak-anak yang berjaya. Selalunya murid yang cemerlang di sekolah kebangsaan... akan cemerlang jugak di sekolah agama.
Tahniah kepada semua warga sksb yang terlibat. Selalunya memang semua pun terlibat. Cuma antara tugas ringan atau pun berat je lah kan.... aku lah antara tugas ringan.
Kerja yang berat akan menjadi ringan jika ada kerjasama...
Guru yang cemerlang sentiasa memberi komiten dalam kerjayanya...
2 ulasan:
tak ckp pn sape yg wat back drop tuh..kecik ati
Aik, post lama dah nie... baru baca.
Sy nak tanya nie... akak ke yang buat. Rasanya tak salah kalau saya tak sebut nama.. buat ikhlaskan..
Post a Comment