Member aku call dalam pukul 9.30 a.m. Time tu aku masih bergulung dalam kain selimut. Malasnya nak bangun. Bila aku cakap malas nak pe kat member nie... dia terus past phone kat PK.
"Faridah pegi lah... sempat lagi nie, majlis tu pukul 10.30 a.m. Pakaian formal" siap pesan lagi.
"Alah, kan ari tu saya dah cakap... saya tak nak pergi" dalam mamai-mamai tu.
"Pergi lah.... ada Zaina Zain" punya lah nak pujuk aku.
Dalam hati kalau ada Eja ke... laju lah sikit aku. Tak payah suruh... aku offer diri lagi.
"Ya lah..ya lah... saya bersiap sekarang"
Semasa mendaftarkan diri, baru lah aku tahu rupanya majlis akan start pada pukul 11.00 a.m. Kalau ikutkan sempat lagi aku mengeteh kat Kafe hospital. Masalahnya dah naik sampai atas... malas dah nak turun. Nak jadikan ceta...tunggu punya tunggu...YB tiba pada jam 12.00 tengah hari. Laparnya... angin dah naik sampai ke kepala. Pukul 2.00 p.m baru majlis bersurai. Nasib baik disediakan makanan.
Habis majlis aku terus balik rumah. Terus pengsan. Sakit kepala sebab lambat makan. Malam baru aku kuar pe beli penadol dan makan malam. Lepas tu sambung lena.... dah pekena penadol 2 biji. Aku jarang makan ubat kalau sakit kepala. Sakit kali nie tak boleh tahan. Pukul 4.00 a.m baru jaga. Tak tahu apa nak buat.... tu yang menulis blog nie.
Tapi seronok gak datang.... dapat produk antabax satu beg lagi.... boleh buat stok untuk sebulan. Rezeki, sepatutnya orang lain yang datang... tut tut tut aku pulak yang kena paksa datang.
0 ulasan:
Post a Comment