Nasib baik lah kat Saujana ada Bank Islam. Senang sikit aku. Kalau tak, kena pe Selayang atau pun di Shah Alam. A ku call member aku kat Melaka... nasib baik dia beri arahan senang aku nak faham. Rupanya Bank Islam tu kat Anjung parcel E je.... kalau area tu aku tahu lah.... sebab selalu ke Kementerian Pendidikan. Terima kasih Along. Member aku nie dulu keja kat KKM area situ je. Tu yang dia tahu.. sekarang dah pindah Melaka.
Kalau dah beli DSLR pun kamera yang bersaiz kecil mesti kena ada. Senang nak bawa ke mana-mana. Tak kan nak usung yang besar tu. Jenuh jugak. Ari tu aku berkesempatan ronda-ronda... meninjau kamera DSLR di Low Yat. Aku berkenan betul Canon model D1000 tu..... kalau ada duit memang aku sambar dah. Kalau nak beli pun nak cari yang buget dalam RM2K cukup lah. Esok dah mahir upgrate lah.... bukan nak jadi photografer profesional pun... habis tinggi pun juru gambar program sekolah je.
Kebolehan dalam bidang seni nie... anugerah yang tak ternilai dan perlu diberi penghargaan. Di negara kita masyarakat belum lagi boleh menerima yang seni ini merupakan satu cabang kerjaya yang memberi pulangan yang lumayan. Kebanyakkan mereka yang terlibat dengan seni ini secara part time sahaja.
0 ulasan:
Post a Comment