Thursday, May 13, 2010

REUNION INTAKE 22 ( JULAI 1996 - 7 JAN 1997) STU IPOH

Setelah sekian lama aku nantikan peluang untuk jumpa dgn kekawan yang sama2 masa Sekolah Tentera Udara (STU) Ipoh.... tak sangka betul, sejak aada fb nie apa2 pun boleh jadi kan...kali nie aku tak akan lepaskan peluang.... aku akan pastikan jadual 30 Julai nie free.... kecuali lah atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan.

AKu memang tak sangka... ada yg masih ingat kat aku... yang selalu berhubung tu aku tak heran le.... yang lain.... paling aku tak sangka tu... ada yg siap tahu ceta pasal aku tu... tahu kononnya sebab dia pasang spy...masa isi maklumat kehadiran reunion....siap isi no tentera aku yg lama tu....5800605... sebut no nie baru depa tahu... yg cabut tu...

Aku terharu gak bila bro Nizam ajak aku pe meeting di Subang Perdana... klu aku tak ada tuisyen malam tu ingat nak join gak... tapi nak buat mcm mana... aku ikut je keputusan depa tu.... klu tengok persiapan depa nie... memang aku tabik spring lah.... siap email senarai nama kekawan yang lain... complete dengan tempat keja lagi... email minit mesyurat yang aku kira sangat lengkap...minit mesyuarat yg aku buat kat sekolah pun tak sehebat tu....ada yg datang dari p.pinang tu.... semata2 nak hadiri mesyuarat...

Nie pulak baju yang akan dipakai masa reunion nanti... aku belum berkesempatan ke TUDM Subang, untuk ambil ukuran baju.... lepas nie merasalah reunion kat kem....sebelum nie, reunion maktab kat Pizza Hut..... reunion 6 Wira di KFC.... seronok gak kan... ada kelainan.... geng2 masa sekolah rendah (SK Damak) tak nak buat reunion ke... ramai antara geng sekolah rendah yg duduk kat kg tu... boleh tolong handle... aku akan sokong dari jauh....

Masa nie lah nak eratkan lagi ikatan setia kawan. Biar ramai kawan... kalau tercampak kat mana di dalam Malaysia nie.... sekurang2nya kita ada kawan untuk sama2 dgn kita waktu tu....

SELAMAT HARI GURU....CIKGU......

Di kesempatan yang terhad ini, aku ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua guru2, pensyarah2 yang telah mendidik aku daripada tidak tahu apa2 sehinggalah ke tahap sekarang. Aku betul2 terhutang budi kepada mereka yang banyak mendidik dan membimbing aku selama ini.


Tak lupa, aku ingin mengucap selamat hari guru kepada rakan2 sekerja di sksb yang banyak memberi kerjasama dalam melaksanakan segala aktiviti dan tugas2 sebagai seorang guru di sekolah ini.

Selamat hari guru juga kepada rakan2 guru yang sama2 belajar di IPRM Seremban 96/99, rakan2 sama belajar KDP di I4P Pulau Pinang 2004, dan rakan2 guru sama2 belajar di OUM, Pusat IPBA Lembah Pantai 06/10.


Tidak dilupakan rakan2 yang sama belajar di SK Damak, yang sekarang ini bergelar guru.... Selamat Hari Guru....


Akhir sekali selamat Hari Guru kepada semua guru2 di seluruh negara.


"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

PERSIAPAN UTK SAMBUT HARI GURU

Hari KOKO semalam aktivitinya lebih kepada persiapan untuk menyambut hari guru....anak2 kami dah dok berlatih bagi mengisi acara sambutan hari guru yang akan disambut pada ari Isnin nie peringkat sekolah.....

Memang pecah perutlah semalam....mana taknya.... murid2 diberi peluang sepak bola masuk dalam gol mini..... yg aku tak boleh handle... ada member nie angkat gol.... ikut bola.... Kak gee memang lawak betul... siap dapat kad merah daripada afis lagi....mau pecah perut kami dibuatnya....

Sekolah nie.... aku cakap terus terang lah... aku sayang nak pindah sebab kawan2 semua ok... yg tak ok tu bilangan kecil sangat... tak menjejaskan pun.... kalau aktiviti koko tu mesti seronok lah...ditambah pulak dengan pelawak2 yg ada....kalau dulu aku dok merungut nak pindah sebab tak ngam dgn GB je.... sekarang keadaan dah pulih seperti sedia kala....

Ari nie sempat lagi aku ajar my boss mcm mana nak komen kat fb.... mcm mana nak upload gambar.... tapi sebelum tu aku dulu lah yang kena upload.... hari nie keja aku update blog pss... web sekolah pun tak sempat nak update....apa pun, janji gb aku seronok sebab dah tahu nak guna fb....

"faridah kenapa nama kamu tak ada dalam senarai"
"mana boleh add cikgu.. bahaya saya tengok rakan cikgu... semuanya GB2... pengetua2...nanti payah saya nak post yg bukan2"
Selamber je aku cakap....

Petang nie pulak, aku lepas tension dengan memekak kat siber didik.... aku sebenarnya tak pandai pun menyanyi... tapi aku belasah je.... jadi lepas tension.... nasib baik lah, Aishah, Ustaz dan En. Zul nie jenis buat bodoh je....menyanyi nie kebolehan semulajadi.... aku cakap betul lah.... suara aku memang out.... malu kalau nak menyanyi dikhalayak ramai.... biar lah mereka tu je yang tahu suara aku mcm mana.... he he he he....

Biarlah kami bertiga je tahu....

ADA JE KESEMPATAN

Walaupun dah berlainan tempat mengajar.... dan berlainan daerah, tapi jika ada kesempatan kami akan minum petang sama2.... ari nie aku bawak Sulia dan Aishah makan kat Kota Damansara.... tempat nie makanannya memang sedap.... terutamanya nasi ayam.... bagi aku tempat nie banyak meninggalkan kenangan.... hu hu hu kenangan tu....

First time aku mintak air kelapa... terkezut gak, depa tu hantar pakai kole...tapi rupanya kalau oder air kelapa memang mcm tu... jenuh aku nak perabis air tu.....pendek kata klu nak pe minum air kat situ kena pastikan tangki kosong dulu.....

Masa makan nie lah nak sembang2... nak dengar ceta pengalaman PK baru.... bila kita dengar kawan ceta benda2 yang mengembirakan.... kita pun turut gembira....aku rasa selagi dia berada sekitar sungai buloh nie... kami akan selalu jumpa....

Friday, May 7, 2010

BIAR KU MENJADI LILIN



biarku menjadi lilin,
memberikan cahaya,
terangi sekeliling,
dengan diri terbakar,
tak siapa yang sedar,
di saat kegelapan,
rela aku berkorban,
demi satu harapan...

biar masa berlari,
dan kau terus mendaki,
aku tenang disini,
dengan sabar menanti,
tanpa dendam dan benci,
andainya kau terjatuh,
terluka dan tersungkur,
ku rawat biar sembuh...

aku takkan bertanya,
apakah nanti balasannya,
setiap pengorbanan,
setiap pemberian,
demi satu ikatan...

keikhlasan di hati,
walaupun sering kau ragui,
pada suatu masa dan suatu ketika,
akan ketara jua...

biarku menjadi lilin,
memberikan cahaya,
saat kau kesepian,
saat kau kegelapan,
ku rela menerangkan,
aku senang begini,
dapat terus berbakti,
dengan cara sendiri...

Thursday, May 6, 2010

PENGORBANAN IBU



First time aku tengok youtube nie... sedih sangat... bertapa sibuknya anak2 zaman sekarang. Sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk bersama dengan ibu tersayang... nak jawab call pun tak boleh... apatah lagi nak balik kg yg jaraknya berbatu2 tu...

Harap2, kita yang berada jauh nie ada lah masa untuk keluarga... kalau pun tak sempat nak balik... ada masa tu call lah... sama2 lah kita ingat mengingat di antara satu sama lain... akan tanggungjawab kita sebagai seorang anak....

Di kesempatan nie, aku ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada... ibu aku ,Mekalthom bt. Awang.... "terima kasih mek atas segalanya..."

Selamat hari ibu jugak kepada kakak2 aku, yang semuanya dah bergelar ibu... jadi lah seorang ibu yang penyabar dalam mendidik anak... kepada rakan2 yang sudah bergelar ibu dan bakal bergelar ibu....

SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA

BILA DIRI DIKENAKAN

Lanskap di Taman Burung

Hari Selasa 3 Mei aku agak sibuk... mana nak call roti utk murid2 yg mengikuti lawatan... tempah sarapan pagi... nak tempah makanan utk makan tengah hari... dan macam2 hal yg perlu diuruskan... bagi orang yg biasa handle benda mcm nie tak jadi masalah.... tu pentingnya, pengalaman... bukan tempoh perkhidmatan, tetapi bila suruh semua tak tahu.... siapa yang susah.... mcm aku sekarang lah... terkial2.

Aku ingat lagi member2 yg kuar sksb, ge sekolah lain boring... sebab tak ada keja... nak buat keja pun cikgu2 sekolah tu tak bagi buat rajin2... pelik kan... klu aku biar lah org nak buat rajin... sebab org yang rajin tu akan menaikan nama sekolah... klu nak harap kan kita yg malas... alamaknya mundur sekolah tu.... tapi yg biasa selesa di sekolah lama.. datang sekolah nie ada yang tension... tu yg ada kes malas nak datang sekolah.

Berbalik kepada ceta asal....Naik rehat aku panggil murid yang mengikuti rombongan... nak beri taklimat ringkas ... tu pun aku bercakap sikit je... yang lain dihandle oleh adik manja aku... siapa lagi klu bukan Nana ... kebetulan minggu lepas dia dah pe...so ada sikit input yang berkaitan dengan tempat yang akan kami lawati...

Time aku dok sibuk2 uruskan budak2... cikgu Abdul Rahman pulak datang...
"cikgu faridah boleh beri nama guru yang terlibat dalam lawatan esok... nak buat relief" di tangan dia dah siap dgn pen nak ambil nama guru yang terlibat.
"Boleh" sambil tu dok mencari phone aku yg tiba2 berbunyi lah pulak.....

"Hello" phone aku yg line digi nie org tertentu je aku save kat situ..so tak tahu lah siapa yg call
"Boleh saya bercakap dengan cikgu faridah" suara mamat nie memang serius.. sampai aku tak cam.
"Ya saya bercakap"
"Saya dari Public Bank, keta Cikgu kan WKD dah 5 bulan tak bayar"
Masa tu mcm nak luruh jantung aku... aku ingat klu dah lima bulan... tu mesti orang nak tarik keta dah ada kat pagar sekolah.
"Kejap2 Encik.... mcm mana nama saya boleh ada dalam rekod bank nie...boleh saya tahu saya bercakap dengan siapa" aku dah mula rasa cuak... setahu aku, aku memang ada loan dgn Public Bank... tapi loan umah di Johor. Due pun lambat lagi... selalunya bank tak pernah lah pulak call... sebab aku tak pernah sangkut...

Lepas tu si mamat nie "Anda telah terkena, saya lah akak Hafiz"
Dan2 tu aku menjerit "bengong2 ....... Hafiz memang bengong..." depan2 cikgu Abdul Rahman, sampai PK aku pun naik pelik....

Hafiz lain kali jangan buat lagi... sakit jantung kakak hang nie...sebenarnya dia call aku nak tanya aku bawak tak dia pe rombongan.... tu lah gatal sangat... org ajak baik2 tak nak pe... tiba2 nak pe pulak... dah tempat tu dah past kat orang lain...Dia pulak ingatkan aku supaya save no.... klu tak nanti terkena lagi... Buat lah, kalu nak kena pelankong dgn akak, Hafiz.