Tuesday, June 22, 2010

KALAU DAH KAKI JALAN

Aku nie memang minat betul bejalan... klu sorang pun aku layan... ini kan pulak ada gengs yang sekepala.... tak dapat pe jauh pun tak pe lah... janji dapat jugak pe jalan2 cuci mata. Nak jalan jauh2 kena buget banyak so... utk kali nie kami ambil kesempatan ke PD. Sebenarnya dah lama jugak aku tak ke PD nie.... Hujung minggu ada je aktiviti... tak kira yang rasmi mahu pun yang poyo2.

Bergambar kenangan di Seremban Prade.... saja cuci mata... tempat nie, masa kami belajar baru je buka... tapi tak selalu gak ke situ. Si As nie rupanya kepala giler2 gak.... aku ingat skema. Patutlah si Aishah kata nasib baik aku kenal sekarang... kalau aku kenal dulu agaknya lagi giler2 lah aku... Anis nie tak usah ceta lah... dari dulu hingga kini mcm nie lah kami.... pantang ada masa mesti ronda2..

Sampai ke senja kami berada di PD... sempat lah makan 2-3 kali kat PD nak tunggu petang... aku ingat aku je minat tengok mata hari terbenam.. sunset. Rupanya member sorang nie pun suka gak. Aku memang simpan gambar sunset buat koleksi kat blog. Keindahan yang memberi seribu ketenangan.

Jenis aku...tak harap org drive keta... pegi balik aku drive pun tak pe.... aku lagi penat klu aku duduk sebelah... sebab apa selalu dok tekan break.... selalu berdebar2 bila orang conner...selalu rasa cuak bila orang memotong.

Lepas nie kalau diberi peluang dan kesempatan aku ingin ke pulau... rehatkan minda, baca buku, menulis blog.... tapi tak moh le pe sehari dua... kalau boleh nak pe dalam seminggu ke.... mesti seronokkan... mungkin juga boleh muhasabah diri. Supaya dapat memperbaiki diri kearah kebaikan dan dapat memberi sumbangan kepada orang yang berada di sekeliling.

Dulu aku memang tak suka bergambar.... tapi sekarang aku rasa perlu mengabadikan gambar di setiap tempat yang banyak memberi kenangan kepada kita. Sekiranya suatu hari nanti aku telah tiada... mungkin ketika itu orang baru menghargai kita... baru nak ambil tahu minat kita... kesukaan kita....perasaan kita.... kegemaran kita.

Aku bukan lah seorang hipokrit...ini lah diri aku yang sebenar....dan aku cukup selesa dengan penampilan aku sekarang.... kalau orang tak suka kita nak buat mcm mana... aku ada identiti aku sendiri. Sempoi itu lah aku.

Kenapa aku suka melihat keindahan lautan yang terbentang luas....
Pertama, aku selalu anggap perjalanan aku masih jauh....dan aku tak boleh leka dengan sekeliling kadang kala boleh membuatkan kita lupa diri.

Kedua, lautan yang luas cukup tenang pada waktu2 tertentu... dan akan menakutkan pada cuaca yang tak menentu... begitulah diri kita.

Wednesday, June 16, 2010

REUNION INTAKE 22 ( JULAI 1996 - 7 JAN 1997) STU IPOH

Sebarang pertanyaan...boleh buka facebook Intake 22 dengan mengklik pada logo di atas.


Aku copy senarai nama daripada Bro Niezam untuk kekawan yang lain....

"Oleh kerana terlalu ramai yang selalu bertanyakan berapa ramai yang datang reunion ni....? sapa lagi yang datang reunion ni....? jadi saya tuliskan disini untuk perhatian semua..

sebenarnya pada saya, jangan ditanyakan berapa ramai dan siapa uang akan datang... anda lah yang patut berusaha untuk turut sama hadir ke majlis itu nanti...

MEREKA YANG AKAN MENGHADIRI MAJLIS INI

FROM P.U SUBANG

1. SJN U HAIRULNIZAM
2. LT KHAIRUDDIN TUDM
3. SJN U NORAZURA
4. SJN U MOHD FAZLEE
5. SJN U ILHAM
6. SJN U MARINA
7. FSJN HO JU TI
8. SJN U MOHD RAZI
9. SJN U GARRY
10. FSJN SHARIFF
11. SJN ZULHAFIZAL
12. SJN U MOHAMAD
13. SJN U FADZILLAH
14.SJN U ASRIN
15. SJN U MOHD RIZAL
16. SJN U ROFAIZAH
17. SJN U HALIJAH
18. FSJN RAMLI
19. SJN U SHAMSUL ANNUAR
20. SJN U SAMSOOL
21. SJN SHARUL
22. SJN AYE
23. SJN U ZAIREIN IKMAL

FROM P.U KUANTAN

1. SJN U SOFE
2. SJN U ZUZAINI
3. SJN U NURBAYA
4. SJN U U AHMAD SHAIFUDDIN
5. SJN U RUDIMAN
6. SJN U ROSLINA
7. SJN U KASSIM
8. SJN U SHAHEFULLAH
9. SJN U HASELISA
10. SJN U ZULFADLI

FROM P.U BUTTERWORTH

1. SJN U FUAT
2. KAPT SHUKOQ TUDM
3. SJN U LINDA GHAZALI
4. SJN U ZUL ABG
5. KPL U MAHADHIR
6. SJN U LEMAN CONGKUIH
7. SJN U AC
8. SJN U NORASFAWATI
9. SJN U B.J

FROM P.U LABUAN

1. SJN U BLACK AZROL
2. SJN U RASHID SYAM

FROM P.U KUCHING

1. SJN U SAIFUL ISMAIL
2. SJN U YUSRI LUNGKAI

P.U GONG KEDAK

1. SJN U MASREE

P.U KUALA LUMPUR

1. FSJN NORHAN
2. SJN U HAIRIZAM
3. SJN U FARAH
4. FSJN HAMIZI
5. SJN U HAIRUL ALLOY
6. SJN U SHEFULL EZHAN
7. SJN U FAIEZY BURN

MINDEF

1. SJN U HAMBALY

AWAM

1. CIKGU SALLEH
2. CIKGU FARIDAH MAJID
3. CIV ZAM ZAMRI
4. CIV SHAREL NORDIN
5. CIV AZROL ALLON
6. CIV HAZARIL ( MAT YEN)
7. CIV FAZLI ( LAN PET2)
8. CIV LINDA LYNN ( LINDA AIRFORCE)

Tuesday, June 15, 2010

SEHARIAN DI PORT DICKSON PART2

Jalan sakan sungguh aku ari nie....sempat lagi singgah di Port Dickson Ostrich Farm... Aku ke PD bertiga... yang sorang nie keja dia tido je.... sebab sakit perut... biasalah orang perempuan punya hal... dah nak tido sangat, aku lock keta.... aku dgn member nie je pe.... dia langsung tak sedar.....

Ostrich : "hati2 jalan tu...tengok dah tersepak tempat air aku...."
Aku: "sory lah...aku teruja nie...kali pertama aku tengok spesis ko secara live"

Aku: "tengok aku dah dapat sijil keberanian....sebab berani menunggang spesis ko"
Ostrich: "Alah aku tak cayalah ko berani"


Ostrich: "Mana nak tengok....betul ke ko nie...entah2 kertas kosong. Ya lah...ko memang berani lah....aku tahu ko cikgu...kwn aku cakap...cikgu kan serba boleh"
Aku: "akhirnya ko percaya jugak kat aku kan....betul cakap ko tu...cikgu mesti serba boleh ma...."

Ostrich: "kalau ko datang PD...jangan lupa singgah... ajak kawan2 ko....dan suruh kawan2 ko ajak kawan2nya...baru meriah sikit tempat aku nie.."
Aku: "Ok. nanti aku promosikan kat blog aku...biar satu dunia tahu tempat ko"

SEHARI DI PORT DICKSON

Hari nie, aku and the gengs ke Seremban..... ke mana lagi, klu tak ke Seremban Parade.... bukan nak shopping pun... just cuci mata, yg dah lama tak cuci nie....sambil mengimbau kenangan lama masa belajar kat sana....

Lepas tu kami gerak ke PD... niatnya nak tengok sunset... sampai awal, konon2 nak pe melawat Muzium Tentera....tutup lah pulak ari nie.... buka ari Rabu dan Khamis... tak dapat le nak posing kat situ.... so kami meneruskan perjalanan yg tiada tujuan nie.... sesat entah ke mana....tengok papan tanda lagi 30 km ke Melaka...

Aku sempat je bergambar kat jeti berhampiran Hutan Lipur Pasir Panjang... jeti baru siap nie...

Kami singgah di Kompleks Bersejarah....Keramat Sungai Udang Port Dickson, Negeri Sembilan. Kompleks ini menempatkan Makam Syeikh Ahmad Majnun dan Batu Megalit, Pengkalan Kempas. Syeikh Ahmad Manjun merupakan seorang pendakwah menyebarkan syiar Islam di Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Semasa dalam perjalanan, beliau meninggal dunia dan dimakamkan di sini. Makam Syeikh Ahmad Majnun dianggap salah sebuah makam Islam yang tertua di Malaysia. Ini berdasarkan kepada Inskripsi Batu Bersurat yang terukir tahun 1467-1468 dipercayai tarikh Syeikh Ahmad Majnun meninggal dunia. Beliau dianggap oleh pengikutnya sebagai seorang wali.

Batu Megalit atan lebih dikenali oleh penduduk tempatan sebagai batu hidup. Dipercayai batu megalit telah wujud sejak abad ke2 dan ke3.

Sempat lagi kami singgah di jeti kedua yang terletak berdekatan dengan Akademi Imigresen...belakang tempat aku posing nie terdapat jeti lama.... dibina menggunakan kayu....sekarang semua pakai simen... apa pun aku suka tempat mcm nie...

Pe singgah pulak kat Pantai Tanjung Tuan....masa nie panas terik... tu yang bergambar bawah pokok... sebab pakai baju hitam....sat lagi menyerap haba... lagi kepanasan lah aku.....

PEMANDANGAN DI WAKTU SENJA

Serenity view...

Sunset at Saujana Beach, Port Dickson....scenic.

Almost Dusk...

Incompareble God's creation....

Mesmerize...... hypnotize......

Tuesday, June 8, 2010

AKTIVITI CUTI SEKOLAH

Cuti sekolah dah mula...bagi sesetengah pendidik ...ini lah masa yang ditunggu-tunggu. Begitu jugak dengan aku. Wah seronoknya...... sekurang2nya dapat le bangun lambat sikit....sikit je... pukul 7 pagi dah kena kuar....Kelas tambahan mula pukul 8.00 pagi... Kelas tambahan mula hari Isnin sampai Khamis.... Hari Jumaat ingat nak settlekan fail kat Pusat Sumber....so cuti seminggu dihabiskan di sekolah je le nampak gayanya....

Hari Ahad petang nak bertolak ke Kuantan selama 3 hari. Program 3 dalam satu... nama je cuti-cuti Malaysia, tapi tak mcm cuti....nak pe umah kawan... dah kenal 4 tahun tapi tak pernah kenal lagi mak dia... selalu mak dia dok kirim salam... dan yang ketiga memenuhi jemputan seseorang... yang terlalu harap aku datang...siapa tu, biarlah rahsia.

Hari Selasa aku bertolak ke Jerantut... dah lama betul tak balik kg... last balik pun ari tu, ambil cuti sambilan...Nie pun tak tahu lagi berapa hari berada di kampung... yang pasti sebelum Jumaat malam mesti kena balik KL.. penuhnya program...habis 2 minggu terisi dengan pelbagai aktiviti.

Cuti kali nie hanya satu je jemputan kenduri yang aku terima....itu pun kenduri kawin sepupu ....Kenduri sebelah perempuan ari Khamis dan umah sepupu ari Sabtu, nasib baik sekampung....kalau jauh, selang tak banyak ari nie...jenuh jugak....Hujung tahun nie...yang dah tahu ada dua tiga orang yang nak kawin....kalau semua tu dijemput....parah kalau tak buat buget awal nie....kalau dekat tak pe lagi...kalau jauh....sendiri kena ingat le...

Monday, June 7, 2010

LUCKY LAKI

Kredit daripada hasil keja Baha SMJ ( Pemandangan Waktu Senja di Putrajaya)

Masih Merapu
Lelaki-lelaki dari yang bertie hingga ke mati kutu
Masih merayu
Kau menarik aku tertarik
Padahal apa yang kau mahu semua pun tahu

Aku bukan tuan puteri
Yang cuma duduk di istana menanti
Sang putera datang menyelamatkan diri
Aku srikandi muslimah abad ini, Yang sentiasa berpijak di alam realiti

Nah kamu, kalau mahu aku mesti lebih daripada itu
Setakat pujuk rayu tak senang tertipu
Tidak mahu kereta dan wang
Jika iman orangnya senipis kulit bawang
Tidak mahu material dan glamor, Kerana semua itu tak kekal lama
Dan ya… Mana bekalanmu tiba saatnya meninggalkan dunia

Aku mengimpi lelaki sejati
Yang akhlaknya luhur berbudi pekerti
Yang matanya awas, pandangannya berhati-hati
Yang takutkan Tuhan ke mana saja dia pergi

Aku mengimpikan lelaki sejati
Yang rasional akalnya berpandukan hukum illahi
Yang perancangan hidupnya punya strategi
Dunia dan akhirat mahu dibolot

Aku mahu lelaki itu
Iktikadnya jitu, Setianya pada yang Satu
Tangannya memberi tak siapa pernah tahu
Sentiasa berfikir, “Bagaimana dia melihat diriku”

Dan bila dia beristeri (-kan aku)
Tidak akan dihadiahkan aku penyapu
Tetapi menyusun jadual membantu
Bahagia muafakat hingga ke anak cucu

Seorang lelaki yang lucky
Sentiasa ingat akhirat menanti
Berjanji dan mengiringi
Sampaikan jumpaku di syurga nanti

Hasil Nukilan Samwan Pensyarah UiTM Shah Alam