Saturday, September 18, 2010

BAYAR BIL BROKE BENG

Sekolah aku ari Jumaat baru start sekolah...wah tahun nie memang mewah betul kami cuti berhari raya...tapi jangan tak caya ada kawan aku ari Selasa dah start sekolah....yang geli hatinya, guru lebih ramai daripada murid. Nak buat macam mana dapat gb yang tak nak ambil cuti... he he he sekolah mana tu....?

Aku bersemangat ari Jumaat semalam...bawak laptop dgn broke beng... sebab lepas sekolah dah janji dengan anak murid nak buat tuisyen...anak muridnya sorang je... mahu tak mengantuk kalau 2 jam dok mengadap dia buat latihan je, ....kalau ramai boleh gak membebel....tu pentingnya laptop.... hilang sikit mengantuk. Pendek kata sepajang tuisyen lah cerah mata aku.

Dari awal pagi sampai tengah hari aku dok try connect tenet....sampai sudah tak dapat.... siap suruh fasilitator aku buka broke beng dia... kot2 lah yang dia tarik line lebih.... pada hal tak ada kena mengena pun.... selama nie 2-3 broke guna sekali ok je... akhir sekali member suruh call Celcom center... aku tak terfikir kena sekat sebab sebelum raya aku dah bayar. Hendak tak hendak...aku call jugak le.. mana boleh hidup tak ada broke beng... terputus aku dengan dunia luar.

Aku pinjam phone ustaz, sebab dia pakai line celcom....dulu phone Aishah lah yg jadi mangsa....call punya call.. terkejut beruk jugak aku apabila pihak celcom memaklumkan aku belum menjelaskan bil broke beng yang tertunggak RM126.15...Pada hal 3 Sept 2010, sebelum raya ari tu aku dah buat pembayaran di Pos Mini Saujana Utama...punya lah nak settle kan segala bil takut time cuti nanti jalan tak ingat dunia....

Balik sekolah aku terus mengeladah sana sini cari bil lama.... dah jumpa aku berkejar ke Pos Mini.... hampeh, tutup lah pulak.... tengok tarikh... ari nie baru buka... Pagi2 tadi sebelum Pos Mini buka aku dah terpacak kat sana.... punya lah bersemangat nak tanya apa sal.... celcom tak terima bayaran.... pekerja tu maklumkan dia dah jelaskan kepada celcom... tak pe lah lega dengan jawapannya. Ini kali pertama aku bayar bil di Pos Mini Saujana Utama dan mungkin yang terakhir... serik aku. Sebelum nie aku bayar melalui Maybank2u...

Tindakan aku yang seterusnya, fax kan bil berkenaan ke Celcom center.... nasib baik lah doket Saujana Utama nie ada satu kedai photostat yang menawarkan perkhidmatan untuk fax kan dokumen....dah selesai fax nak kena call lah pulak suruh buka sekatan.... letih betul lah.... tapi segala usaha berbaloi....lepas setengah jam line tenet aku dah boleh guna.... ha ha baru seronok sikit...

Payah gak tak ada broke beng nie... nak update program2 yang coming soo dengan kekawan... sekarang nie aku tengah sibuk uruskan percutian dengan geng SMJ ke Pulau Pangkor pertengahan Oktober nie... dan diikuti dengan reunion MPRM pulak... he he he tahun nie... tahun berjalan je...

Tak kena kita tak tahu....
Dah terkena, tak tahu pun kena jugak buat2 tahu....

Thursday, September 16, 2010

SYAWAL TAHUN NIE YANG TERAKHIR

"Syawal tahun ini merupakan yang terakhir beraya secara solo"

Beberapa hari sebelum raya aku dapat sms daripada rakan2 yang bakal menamatkan zaman bujang... mungkin tahun nie dan mungkin jugak tahun hadapan iaitu sebelum menjelang hari raya. Tahniah kepada rakan2 yang aku kira sudah mempunyai calon yang sesuai.... hanya menunggu hari untuk disatukan.

Aku pun boleh cakap ayat yang sama.... kalau sudah mempunyai calon... masalahnya eng gak lagi kutemui.... masih berusaha dah terus berusaha... selagi tidak berjaya... usaha perlu diteruskan.

Kita selalu dengar, orang tua2 cakap jangan bermadu...sebab takut timbul banyak masalah kemudian hari... walaupun ada yang aman bahagia dengan bermadu.. tapi bilangannya amat sedikit....jika nak dibandingkan dengan yang mengalami masalah selepas itu.

Ayah aku selalu cakap jangan mak anak...maksudnya jangan ambil mak dan anak-anak2nya.... lebih kurang lah maksudnya dengan bermadu. Orang tua nie pandai je pusing perkataan. Apalah salahnya straight to word... kan mudah orang nak faham.

Hari raya pertama aku pergi umah mak cik aku.... dia tanya bila lagi aku nak berdua.... dengan selambernya aku jawab le... tengah mencari, ada tu nanti.... mak cik aku siap pesan. Jangan berlapik sudah le....berlapik nie sama lah maksudnya ada pertama, kedua dan mungkin ketiga....aku faham maksud dia.... supaya jangan bermadu. Bagus jugak pe beraya umah orang2 tua nie... ada je perkataan yang jarang kita guna... tapi depa guna. Tambah perbendaharaan kata....he he he he..

Aku klu nak bermadu dah lama... ada sorang kawan baik aku nie... pernah ajak aku bermadu dengan dia. Tak sampai hati aku... sebab dia terlalu baik. Aku tak pernah jumpa orang yang sebaik dia. Tak pernah bermasam muka, apatah lagi nak berbunyi suara....

Mak aku selalu pesan, kita jangan mintak nanti jadi betul.... sebab tu aku selalu mintak di jauhkan. Mintak yang baik2 je...

Menghormati hak orang yang berhak...
Bukan senang, tetapi tidak susah bagi mereka yang bertimbang rasa....

Wednesday, September 15, 2010

OPERASI KEMASKINI BIL

Agak lama aku tidak mengemaskini segala macam bil... sejak pindah ke umah baru nie, semua bil aku longgok dalam satu kotak khas... kebetulan cuti awal tapi tak balik kampung lagi... aku ambil kesempatan untuk susun apa yang patut...

Kalau tengok kat atas tu, bil2 yang aku susun ikut jenisnya... lepas nie aku akan punch dan masukkan dalam fail... bukan apa bila nak rujuk senang, nak cari senang... ini pun klu nak ikutkan belum bersistematik... sebab klu orang nak cari susah gak... aku je pandai cari.... klu sistematik, sesiapa pun boleh cari...

Ket sekolah setiap panitia mesti ada 13 fail.... siap ada no rujukan... aku tak do de mcm tu.... aku sumbat dalam satu fail tapi asingkan dengan kertas warna.... masih lagi senang nak cari cukup le... dalam perancangan... mungkin azam tahun baru nanti nak buet sistem mcm ket sekolah... supaya senang orang lain pun boleh cari.... persediaan kalau kita dah tak ada nanti..... senang orang nak cari dokumen2 penting.... yang penting dokumen yang perlu tindakan segera....ada fail:
  • Bil telefon DIGI
  • Bil elektrik & Air
  • Bil Broke beng
  • Cukai pintu
  • Kad Kredit
  • Insuran
  • Koperasi
  • Bil Penyelengaraan (umah flet)
Pendek kata mcm2 fail lah... kalau ikutkan aku nie buat sekadar ada.... kalau tengok adik aku punya fail utiliti dia mak ai.... memang mcm fail kat opis tu....tak terbuet aku. Aku tiru sikit2 je...

Ambil masa sekarang untuk buat sesuatu yg kita rasa buang masa....
Tapi tidak buang masa untuk jangka masa yg lebih panjang...

Tuesday, September 14, 2010

SAHABAT YANG SENTIASA DIHATI

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Aku beruntung dapat kenal dengan sorang sahabat nie... ini pun secara kebetulan je. Aku begitu menghormatinya. Rezeki dia, boleh dikatakan setiap tahun akan mengejakan umrah.

Begitu jugak tahun nie, kawan aku pergi ke sana pada 3 Sept 2010 kalau tak salah hari Jumaat. Mungkin dia sibuk, tu tak sempat nak bagi tahu... aku tahu dia akan ke sana dalam bulan puasa. Tapi tarikh sebenar aku tak tahu. Hari Sabtu malam dia call untuk memaklumkan yang dia dah selamat sampai di tanah suci. Dia call time dok tunggu waktu berbuka puasa.... waktu kat tempat kita dah pukul 11 malam. Time tu aku dah tertido pun dek kerana kepenatan.

Nak jadikan ceta, ari tu aku beli nasi ayam dan air soya untuk berbuka. Aku berbuka minum air dan sebiji kurma je... lepas tu naik atas mandi, solat dan konon2 nak rehat kejap je...sudahnya terlena. Kawan call, sembang jap dalam mamai2 tu...lepas tu terlena... rupanya aku terlupa nak kunci... sedar2 je dah pukul 6.00 a.m. Aku puasa dengan tak bersahur ari tu....tapi alhamdulillah berkat bulan puasa.

Semalam pukul 11.26 a.m kawan aku call.. rupanya dah sampai di KLIA...dah selamat kawan aku kembali ke tanah air selepas seminggu lebih berada di sana. Petangnya dia call lagi... sebab tadi tak sempat nak bercerita.... seronok dengar dia bercerita pengalaman berada di sana. Setiap tahun tu lah, balik je dari umrah dia akan bercerita...

Dah berapa kali kawan aku nie ajak pe umrah... aku kata banyak hutang... dia kata semua orang ada hutang... hutang keta, hutang umah... sebenarnya niat tu ada nak ke sana... cuma masa je tak tahu bila... dapat pergi ke sana.

Hargailah kawan yang ada...
Kerana bukan semua orang bertuah dapat jumpa dengan kawan yang baik...

WAKTU MALAM DI DATARAN MERDEKA

Sebenarnya, sudah agak lama aku tak meluangkan masa bersantai di dataran. Beginilah panorama di dataran merdeka pada malam hari raya kedua. Siapa kata KL sunyi sepi bila tiba musim perayaan. Tapi malam tersebut KL masih sesak dengan kenderaan.... terdapat juga lokasi yang jem.

Saja mengambil kesempatan untuk meronda sekitar ibu kota... aku juga berfikiran seperti orang lain...KL mesti clear. Tapi tanggapan aku sama sekali meleset. Tapi apa pun, masih cukup selesa lagi pusing2... jika nak dibandingkan pada hujung minggu atau pun hari biasa.

Kalau lambat sikit je aku alih keta... confirm kena saman... nasib baik sempat. Biasalah, ingat dah dekat pukul 12.00 tak ada lagi DBKL nak meronda.... tapi dah nama keja dia... pukul berapa pun dia datang.

Cantik panorama di sekitar dataran. Ingat nak snap gambar mahkamah. Malam nie tak pasang lampu lah pulak. Kalau tak mesti cantik. Jalan nie selalunya waktu malam akan ditutup untuk memberi peluang kepada warga kota beriadah bersama ahli keluarga. So tak hairanlah kalau ada warga kota membawa anak2 mereka bermain di sini.

Kalau kita tengok kat depan tu menara DBKL... gambar 1 Malaysia tu akan bertukar.... sebenarnya ada lagi beberapa gambar lain yang dihasilkan menggunakan cahaya lampu.. sungguh menarik. Aku paling tak suka, bila mat rempit nie membuat bising dengan bunyi enjin motor mereka.... Sedih tengok sikap anak2 muda sekarang. Ada dengan pasangannya.... pakaian tak usah cakap lah... bukan menjolok mata lagi... nak tengok pun malu.

HARI RAYA SETAHUN SEKALI

Hari Isnin, kalau ikutkan perancangan awal aku nak ke Putrajaya dulu... baru nak beraya umah kekawan kat Seremban. Bukan apa buat kat Putrajaya boleh siap dalam sehari je. Ingat nak tukar alamat kad pengenalan..buat alamat sg. buloh dengan harapan dapat mengundi pada penggal yang akan datang nie. Sebab tahun2 sebelum nie aku tak berpeluang nak memangkah... yo oo je...kata siapa yang jaga pusat mengundi dapat mengundi secara cara pos... hampeh, tak ada pun.

Malam tu aku tak berapa sihat... so makan ubat lena sampai ke pagi....sedar pagi tu... punya lah byk miss call member aku nie... aku janji nak confirmkan awal kalau jadi. So tak adalah kelam kabut sangat. Aku sedar dah 7.30 pagi...tak larat aku nak balik sg. buloh ambil dokumen.... bukan dekat tu dari Cheras ke sana... so kami ubah plan pe beraya je... Putrajaya lain kali.... dah berapa banyak lain kali da....asyik tak jadi je. Orang jenis simple macam aku nie kejap je bersiap.... tut..tut.. pukul 9.30 dah sampai depan IPBA.

Selalu kami akan jumpa kat sini.... and than gerak pakai satu keta je... parking kat IPBA tu bukan apa...aku dah kenal dengan pak guard dia... dia pun tak kisah. Alah parking kat luar tu je... tak jejas apa pun kan... kekawan jangan heran lah klu nampak keta aku ada kat situ tu.... tapi tuannya entah ke mana2... keta ada bukan bermakna tuannya ada... aku ambil kawan aku dah teruskan perjalanan untuk berhari raya.

Kalau tahun lepas kami bertiga dari KL... tapi tahun nie aku dan anis je... berapa ramai tak penting... yang penting dapat berhari raya bersama kekawan maktab. Bukan selalu dapat jumpa mereka nie.... setahun sekali je. Hari semalam H/way memang clear... tak banyak kenderaan menghala ke Selatan. Mungkin sesetengah daripada kita dah mula bekerja. Hari Ahad memang jem... tu sebab aku tak kuar umah.

Rumah Pertama (Kawan Rahsia)

Aku keluar Tol Pedas/Linggi.. sebab dah janji dengan kawan nie... nak beraya dengan dia. Yo oo je...bukan main pesan kat aku....dah kuar nanti bagi tahu lah...apa lah... sampai kat umah dia... tak siap apa pun... baru lepas mandi. Tahun lepas aku datang tak ada orang... nasib baik daya ingatan aku kuat. Sekali datang dah boleh ingat. Umah orang bujang... tak macam raya pun. Kuih raya jauh sekali lah... dengan rumah tak berkemas... mula dia tak bagi aku masuk...ha ha ha tahu pun segan... lain kali kemas. Tunggu dia bersiap.. lepas tu kami pe pekena roti canai kat kedai mamak Rembau. Time raya nie, kedai mamak jugak yang kaya. Aku on je lah... sebab memang belum sarapan.

Rumah Kedua (umah Syamsul)

Lepas beraya kat kedai mamak yang kena bayar tu... aku meneruskan perjalanan ke umah yang kedua...Rembau ke Tampin bukan jauh pun... kalau ikutkan nie tahun kedua aku sampai beraya ke umah keluarganya. Emak dia memang peramah. Tak lama aku sampai...Liza pun sampai. Biasalah, selalu orang jauh yang sampai dulu. Sembang punya sembang.... mak dia pulak buat kuar hidangan makan tengah hari... aduh makan berat lagi. Sambil makan sempat lagi dok discuss ke mana destinasi seterusnya.... call sana...call sini... ada yang tak ada kat umah... ada yang on the way balik lah... mcm2... ingat nak ge beraya Segamat. Orang Segamat pulak phone habis bateri. Last sekali kami bersetuju beraya di Batu Pahat, Johor.

Kalau ikutkan perjalanan ambil masa 2 jam lebih. Kami masuk tol Simpang Empat dan kuar tol Air Hitam. Syamsul sorang je lelaki... kena buli habis dia ari tu... drive memang dia lah... kami kat belakang boleh sembang dengan senang hati dan menikmati pemandangan di sepanjang perjalanan.

Rumah Ketiga (umah Rohiza)

Keluar je tol Air Hitam kami ambil simpang ke kiri... jumpa je lampu isyarat kami masuk simpang ke Parit Botak... dah sampai sini lega.... lebih kurang setengah jam dari tol tadi perjalanan ke umah kawan nie.... Tapi tak akan sesat punya... drive je sepanjang parit tu.... Batu Pahat memang terkenal dengan parit... macam2 parit ada...sampai ke penghujung jalan nanti, ada satu taman perumahan di sebelah kanan. Kalau ikutkan, ini pun kali kedua aku sampai ke sini. Dua tahun lepas aku datang beraya dengan DIla anak beranak. Kalau dulu aku datang mereka berempat.. sekarang dah bertambah lagi ahli keluarga... dah berlima. Tak lama pun aku kat umah Iza kecik nie.... sebab nak meneruskan ke umah seterusnya.

Sambil tu... aku tak henti2 call Dila... mana lah tahu kot bateri dia dah cas ke... line dah ada ke?? tapi sampai ke sudah tak dapat... kami terjah je lah... dah alang2 ada kat BP.... datang setahun sekali. Iza sempat lagi beri arahan masuk sini... masuk sana.... masing2 dok kata aku peta bergerak... tu berkat doa kekawan gak.. Aku datang umah ayah dia yang baru nie... baru sekali... itu pun 2 tahun yang lepas. Kalau umah lama senang nak cari... sebab dah banyak kali sampai. Cuma aku ingat dekat pasaraya Carefour je...

Rumah Keempat (umah Fadzillah Hanom)

Pencarian kami yang pertama.... pasaraya Carefour dulu... aku main belasah je nie... sebab masa datang 2 tahun lepas kedai depan umah Dila belum siap... tu je aku ingat. Dan umah dia pulak tambah bahagian atas.... pusing punya pusing... cari bangunan baru.... mana nak jumpa ygan barunya... sebab dah guna... sesat je memanjang... bukan selalu kan.... setahun sekali je.. bila lagi nak berjalan-jalan... so nak buat macam mana kalau dah kata setahun sekali. Yang penat pemandu lah... layan je lah driver... setahun sekali.

Nie lah gambar yg sempat aku snap.... deretan kedai depan umah ayah Dila... dulu aku ingat lagi.. kat sini lah Aril parking keta. Umah dah jumpa... tapi berkunci lah pulak... panggil punya panggil, tak ada orang menyahut... yang ada keta JBY ayah Dila je... tak pe lah tak ada rezeki nak jumpa... rupanya minah nie beraya ke Banting... malam baru balik.

Dah tak ada destinasi lagi nak pe di Batu Pahat.... kami pun masuk H/way untuk balik ke Seremban.... masa nie dah 7.30 malam.

Rumah Kelima (umah Sharifah PI/KT)

Kami kuar tol Senawang dan terus ke umah minah nie....langkah kanan betul. Pak cik dia tengah bakar ikan dan daging kambing.... kesukaan aku tu. Makan dengan nasi lemak... peh... memang sedap. Dah la tu, macam makan kat tepi pantai lah pulak... sebab bersila kat parking keta, siap bentang tikar lagi. Bab makan kami tak pernah tolak. Pukul 10.00 mlm kami kena gerak ke umah member satu lagi...semua member maktab... masa maktab dulu tak kenal sangat pun akan kewujudannya... dah tua2 nie baru nak cari kawan lama.... salah satunya, mungkin kita dah ada kemudahan... dan sedikit kelapangan...tu yang memudahkan pergerakkan.

Rumah Keenam (umah Suraya Hanin)

Aku memang awal2 cakap nak datang lewat sikit... dia kata ok... so tak jadi masalah... ting tong...ting tong dah dekat pukul 10.30 malam baru sampai umah Sue di Taman Sri Pulai... ramai pulak lah orang kat umahnya.... keluarga mertua adiknya dan pak cik, mak ciknya... so tak boleh lah nak gelak sakan... wah masing2 control ayu... Tunggu punya tunggu si Arai nie tak sampai2.... rupanya dia malu nak masuk sebab orang ramai... dan lagi satu dia kata keta aku tak ada.... aku pun lupa nak bagi tahu... yang aku naik keta kelisa liza.... aku call, dia dah masuk H/way balik Nilai. Bertuah betul kawan aku nie... janji bukan main lagi. Nak datang beraya umah Sue sama-sama. Umah Sue kami di hidangkan dengan laksa penang.... memang sedap lah Sue masak.

Akhirnya tinggal kekami yang tak sedar diri nie je... orang lain dah balik. Kat umah Sue baru teringat nak bergambar.... kat tempat lain tak odo dah gambo kami.... dah lah setahun sekali jo. Sementara tuan umah bersiap2 nak pe beraya di Nilai. Kami pun apo lagi... posing sana sini le..

Rumah Ketujuh (umah Nordie Azrai )

Masa nie jam dah menunjukkan pukul 12.30 malam... setahun sekali kan... layan je lah. Orang yang hari nie bekerja pun on je... mungkin sebab setahun sekali kot.. Kami berlima satu keta gerak ke umah mak Arai di Nilai... first time aku lalu H/Way Lekas.... memang Lekas betul sampai... Arai siap pesan lagi... nak gerak bagi tahu sebab mak dia nak panaskan kuah Laksa.... makan je keja kami. Mula aku segan gak nak datang umah orang malam2 buka... ops bukan malam lagi dah... pepagi buta... bila tuan umah kata mak dia tak kisah.... aku pun tak kisah gak..

Seronok lah pulak dapat kekawan mak yang ok2 nie... tapi tak lama kami kat umah Arai.. sebab nak kena gerak ke Tampin... nak ambil keta aku tinggal kat umah Syamsul.


Gerak ke KL

Lebih kurang pukul 3.00 a.m aku gerak masuk tol Simpang Empat... Syamsul back up dari belakang hantar Liza balik Kota... Kesian... Liza dengan Anis mengajar tu ... apa boleh buat sebab setahun sekali je... oleh kerana pakai keta aku... sampai hentian Seremban aku dah tak mampu nak drive... mengantuk sangat.... lelap jap mata... klu ikutkan boleh je terus... sebab anis tak mengantuk pun... aku je.. tapi dia tak pandai bawak keta aku....

Nasib baik lah aku nie... bagi keta apa pun semua boleh bawak.... kalau tak jenuh... kalau semua keta tak boleh nak drive... jenis anis... keta mcm dia je, dia boleh drive.
Payah lagu nie...

Pukul 5.30 a.m baru gerak ke KL... jalan memang clear... jarang tau nak jumpa jalan clear mcm nie... pukul 6.00 a.m aku sampai umah kakak aku... apa lagi dapat tilam.. layan mata sampai pukul 9.00 pagi.

Catatan hari raya untuk tahun 2010 bersama dengan rakan2 maktab... 'Setahun sekali' ...
Anisah
Syamsul ( saintis)
Liza
Suraya Hanin
Sharifah Jepun
Nordie Azrai (Arai)

Tahun depan bertambah ahli kot... mungkin ada antara kami nie... tahun nie merupakan tahun terakhir beraya secara solo... he he he ... kita tunggu....................story raya tahun depan.

Lebih baik gagal setelah buat perancangan...
Daripada gagal untuk membuat perancangan....

Jika kita merancang...
Jangan mengharapkan kita berjaya dengan perancangan tersebut...

Tapi jika kita tidak merancang...
Itu jelas lagi nyata kita merancang untuk gagal....


Saturday, September 11, 2010

RAMADAN TELAH BERLALU

Hari ini, merupakan hari kedua kita berada di bulan Syawal. Begitu pantas masa berlalu meninggalkan semalam. Alhamdulilah tahun nie aku masih diberi kesempatan untuk menyambut hari raya bersama keluarga di kampung.

Seronok ramadan kali ini kerana diberi kesempatan berbuka lebih kerap di kampung.

Hari pertama Ramadan berbuka di kampung...
Pertengahan Ramadan dapat berbuka di kampung....
Hari terakhir Ramadan dapat berbuka di kampung...

Bukan semua orang diberi kesempatan seperti nie... untuk orang yang bekerja di perantauan seperti kita nie.... nasib baik lah kampung aku nie dekat. Aku balik kampung ari Rabu pukul 5 pagi... jalan memang clear, macam hujung minggu je. Sampai umah, keja dah menunggu.... mana nak kemas umah lah... mana nak meracun rumput sekeliling umah lah... aku tolong bab yang nie lepas le... bab memasak, jangan suruh kat aku.... paling tak suka. Sebab sat lagi aku tak makan yang aku masak..

Selalunyanya, kakak aku yg ambil tender masak memasak nie.... aku tolong sembang temankan dia boleh lah...tahun2 sebelum nie aku ambil part mencuci pinggan mangkuk...tapi tahun nie aku hadir umah mak aku sebagai tetamu je. Sebab berkejar nak beraya...balik beraya nie pun sementara mak ayah ada je.... esok kalau dia orang tak ada.... agaknya dah tak balik. Sekarang, dah tak boleh lama kat umah panas je punggung nie... kepala pun serabut kalau lama2 kat kampung...

Hari pertama Syawal, aku gunakan sepenuh waktu yang ada untuk berhari raya di rumah pak cik2 dan saudara mara yang terdekat. Sebelah petangnya, aku ke rumah rakan aku Suri dan Liza... memang berkejar masa tak sempat nak sembang banyak.... kami kalau jumpa selalunya bersembang berjam2... maklumlah bukan selalu dapat jumpa. Aku balik kg bukan selalu... dan kalau kerap pun tak sampai sehari dah balik KL....

Semalam pukul 1.00 pagi baru sampai umah.... sempat lah rehatkan badan sekejap... pukul 9.00 a.m ari nie dah kena gerak balik KL...Dalam perjalanan tadi... dapat sms daripada kaum kerabat dari Kedah On the way ke umah.... sampai kat H/way Karak member pulak call nak datang umah... kesian member tu dah dekat.... aku pulak tak ada.... petangnya pulak member sms nak datang umah....tak ada rezeki hampa nak jumpa aku.... Insya Allah tahun hadapan kalau panjang umur.

Kalau ikutkan umah aku hari nie ramai tetamu... pertama rombongan nak datang merisik dari Raub. Kedua, kaum kerabat dari Kedah datang 3 buah keta nak beraya kat kampung.