Wednesday, December 8, 2010

HA... MAGGI

Setelah sekian lama aku tak makan maggi... ari tu aku makan maggi... berada di tempat baru... sudah pasti agak terbatas untuk mencari tempat makan... so nak selamat, kami buat stok maggi kat bilik. Mana lah tahu... tetiba malam-malam buta lapar, ada gak makanan untuk alas perutnya.

Seingat aku zaman belajar dulu.... nie lah makanan kami. Punya lah nak jimat... dah tu sebungkus share lagi dengan kawan sebilik. Memang stok maggi tak pernah putus kat bilik. Dulu masa belajar aku budget RM3 je sehari untuk makan. Satu bungkus nasi tengah hari share dua orang... dan satu bungkus petang share dua orang. Malam kalau lapar maggi le jawabnya.

Rentitan dek kerana makan maggi ari tu... tiba-tiba tangan aku kedua belas merah macam udang kena bakar. Aku jadi pelik. Sedangkan ari tu aku makan nasi lauk yang biasa aku makan. Cuma yang luar biasanya makan maggi. Sebenarnya dah agak lama aku tak makan maggi.

Sebelum nie tangan aku tak ada masalah pun... makan lah udang ke... sotong ke... termasuk le daging kambing... ok je. Pendek kata sebelum nie bab makan aku memang tak ada pantang larang pun. Makan lah apa nak makan... tolak batu dengan kayu je.

Semalam aku beli maggi... aku nak cuba makan lagi sekali... tengok ada tak kesannya. Hampa tau tak apa kandungan dalam maggi???.... perencah dia ke yang memberi kesan tu????... mee tu aku rasa daripada tepung gandum biasa je. So tak ada masalah... selalu pun aku dok belasah roti canai tu pun daripada tepung gandum gak.

Bab makan nie kena jaga....
Jangan main belasah sesuka hati je....

Tuesday, December 7, 2010

AZAM TAHUN BARU

Keindahan pemandangan di pantai Labuan

Pejam celik...pejam celik hari nie dah 1 Muharram 1432H kalendar Islam dan bersamaan dengan 7 Disember 2010 kalendar orang putih. Bila masuk je tahun baru, teringat lah azam baru... semangat baru dan macam-macam lah. Azam tahun lepas pun masih lagi tak tercapai... bila lah nak tercapai azam tu.

1 Muharram detik permulaan bagi aku untuk menyemarakkan azam tahun nie. Azam aku tahun nie nak melakukan apa yang tak pernah aku lakukan sepanjang tempoh 32 tahun aku hidup. Harap masih ada hari esok untuk aku melakukan semua tu. Semalam berlalu tanpa sekali pun aku lakukan. Jangan fikir bukan-bukan... azam selalunya yang baik-baik je.

Monday, December 6, 2010

TAK MASUK DI AKAL, TAPI BETUL2 BERLAKU

Kalau yang tu anak kita... sanggup ke suruh buat kerja berat macam tu... aku tak ada anak lagi... tak tahu nak kata... tapi rasanya kalau ada anak, tak suruh kot..... kekawan yang ada anak tu... sanggup ke????

Kita memang sayangkan anak-anak lebih daripada segalanya. Aku bukan nak mengata sesiapa, sebab masa depan kita masih jauh lagi... kalau kita selalu mengata orang... esok terkena batang hidung sendiri... baru diam seribu bahasa. Tak kena lagi, boleh lah cakap. Betul tak???

Anak-anak kita hari ini hidupnya terlalu senang dan mewah... sehingga mereka langsung tidak merasa kesusahan keluarga mencari duit. Apa yang mereka tahu... minta duit... duit...duit. Agak-agak lah kan.... anak-anak yang terpaksa kerja keras seperti dalam gambar nie... dia sayang tak duit yang dia dapat???
Kekawan rasa lah kan....anak-anak nie akan berbelanja duit yang dia dapat sesuka hati ke??

Kita memang sayangkan anak, tak benarkan melakukan kerja berat... sebab sepatutnya kanak-kanak seusianya....menghabiskan masa di bangku sekolah. Tapi kita tak sedar...yang sebenarnya kita lagi tak sayangkan anak-anak kerana melambakkan duit kepada anak-anak sehingga mereka tidak tahu menghargai kesusahan keluarganya.

Contohnya, baru-baru nie.... budak yang masih bersekolah... sekarang ya lah time cuti sekolah... boleh menghabiskan duit yang ditinggalkan oleh keluarganya RM1400 dalam masa tidak sampai sebulan. Aku punya gaji bersih pun tak sampai banyak tu... terpaksa berjimat-jimat untuk perbelanjaan sebulan... sendiri mahu ingatlah kan. Sebab dah tahu susahnya cari duit. Pada hal duit sebanyak tu... ditinggalkan hanya untuk belanja makan saja. Tak tahu lah... apa yang dibelinya.

Perkara yang cukup membimbangkan aku... bila anak-anak mudah mendapatkan duit dengan jumlah yang banyak nie.... takut mereka terpengaruh dengan kekawan supaya membeli barang yang tak sepatutnya. Kalau dah terjebak... tak ada apa lah... masa tu duit pun dah tak bernilai... tunggu masa je lah.

Masyarakat kita hari nie... memang mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai bertapa pentingnya memberi pendidikan yang sempurna kepada anak-anak. Tidak hairan lah ada keluarga yang sanggup bergolok gadai untuk menyediakan keperluan pelajaran anak-anak.

Bagi anak-anak yang tahu menghargai pengorbanan keluarganya sudah pasti akan buat yang terbaik. Agar dapat membalas jasa kedua ibu bapanya. Ada jugak sebaliknya berlaku. Pengajian tak tamat... duit keluarga beribu habis... rupanya di KL enjoy sana sini.

Atas dasar kesedaran tersebut lah... ada ibu bapa sanggup memaksa anaknya pergi ke sekolah. Walaupun mereka telah menyedari anaknya itu tidak lagi berminat untuk belajar. Manakala anak pulak terpaksa hadir ke sekolah kerana takut kepada bapanya yang garang tak bertempat tu. Sedangkan apa yang diajar oleh gurunya langsung tidak masuk dalam kepala. Penyudahnya, tamat persekolahan...anak-anak seperti ini gagal kerana tidak memberi tumpuan semasa belajar.

Kita kena faham betul-betul...
Gagal tamatkan persekolahan
tak sama dengan
Tamat persekolahan tetapi gagal.

Sebagai ibu bapa kita perlu melihat potensi anak-anak... setiap anak mempunyai potensi yang berbeza. Dorong lah anak-anak mengikut kebolehan mereka. Agar potensi yang ada, ditambah dengan dorongan yang berterusan... akhirnya menghasilkan permata yang berkilauan.

Jika anak-anak ini, diberi kemahiran mengikut minatnya... sudah pasti dia dapat belajar sesuatu sepanjang tempoh tersebut. Itu lah yang berlaku kepada kanak-kanak dalam gambar di atas.

Aku teringat satu kisah benar yang berlaku di JB. Cerita ini diceritakan sendiri oleh sebuah keluarga yang rapat dengan keluarga tersebut. Masa tu, budak perempuan nie berada di tingkatan 2. Dia tidak berminat untuk belajar lagi. Setiap hari dia malas untuk ke sekolah. Pada suatu hari ibu bapanya tanya kenapa dia malas untuk belajar... apa dia nak buat.... kalau tak nak belajar.

Kedua ibu bapanya budak nie, merupakan pensyarah universiti terkemuka di JB. Kedua ibu bapanya langsung tidak marah... apabila anaknya itu menyatakan hasratnya untuk berhenti belajar dan ingin bekerja kedai makan.

Akhirnya, keluarga nie akur dengan kehendak anaknya yang begitu berminat untuk bekerja di kedai makan. Pada awalanya dia hanya bekerja sebagai tukang cuci pinggan mangkuk di dapur. Kemudian belajar masak yang simple-simple dan sehingga lah anaknya itu belajar pelbagai jenis masakan. Ibu bapanya langsung tak segan menghantar anaknya saban hari ke tempat kerja. Walaupun sepatutnya dia menghantar anaknya itu ke sekolah.

Kalau kita sanggup ke??? mesti tak kan??? sebab takut orang kata...

Rupanya secara senyap-senyap keluarganya yang berstatus Profesor Madya, telah membeli sebuah kedai untuk anaknya itu. Hari ini, anaknya yang malas ke sekolah suatu ketika dulu telah menjadi peniaga kedai makan yang berjaya.

Pada pendapat kekawan lah kan.... apa penyudahnya jika anak tersebut terus dihantar ke sekolah????

Moral of the story, lihat lah potensi anak-anak dengan mata hati..
jangan suka memaki-maki dek kerana anak sudah tidak ada hati untuk ke sekolah lagi...
takut nanti anak makin tak menjadi....

kerana sakit hati...
sebab selalu dimaki...
akhirnya kita ibu bapa juga yang susah hati...
bila anak yang di sayang tidak menjadi...
seperti mana yang dihajati...

Apa yang baik, jadikan pengajaran....
Apa yang buruk, jadikan sempadan...

Selagi ada pagar pemisah pendinding diri...
Selagi ada pemikiran yang waras, untuk menilai baik dan buruk...

Selagi itu lah maruah diri terus terpelihara....

DUNIA BLOGGER

Aku mengenali pemilik gambar bertudung hitam sejak mula berjinak-jinak dengan dunia berblog 2 tahun lepas. Aku mengenalinya melalui blog Salam Manis. Aku sentiasa mengikuti coretannya. Ketika itu dia begitu aktif berblog. Kebanyakkan entry yang ditulis berkisar kepada dunia kerjayanya sebagai seorang pendidik.

Semenjak dia berpindah ke sekolah baru awal tahun nie... dunia berblog kian menyepi, hanya sekali sekala saja muncul entrynya. Tapi aku masih lagi berhubung di lama sosial fb. Sesekali kami akan berchating dan berbalas komen.

Manakala yang bertudung putih tu, kawan aku semasa belajar di Seremban. Sekarang mereka nie mengajar di sekolah yang sama.

Blogger Su kenalan blogger aku...
AKu rakan semaktab Suraya Hany....
Suraya Hany rakan sekerja blogger Su...


Suara mereka berdua nie hampir sama bila di talian. Sebenarnya aku belum pernah bersua dengan blogger Su. Insya Allah kalau ada rezeki kami akan bertemu di majlis Sue nanti. Sebenarnya aku pun tak sabar nak jumpa mereka.

Su & Sue.

Dunia blogger tidak membataskan skop pergaulan...
Jarak bukan penghalang...
Status bukan pemisah...

Kami bertemu di alam maya...
Jika diberi kesempatan, dapat bertemu secara live...

MINAT + KESIHAN + RINDU + SAYANG = ????

Rindu Memaksa Ku Menyayangi Mu

Andai engkau mengerti
Perasaan di hati ini
Pasti engkau menyedari
Betapa hatiku merinduimu

Bukan mudahnya aku
Untuk melafazkan cinta
Sekali ku melafazkan
Sampai bila pun ku menyintamu

1
Rindu memaksaku menyayangimu
Tak daya ku menahan
Segala perasaan aku
Yang makin gelora
Setelah engkau menyedari
Sambutlah cintaku

2
Sepi mengajar aku
Tentang perlunya cinta
Walau pedih walau perit
Terpaksa aku menghadapi

Tiada apa yang engkau pinta
Sekadar kesetiaan
Selagi rindumu masih dihati
Cintamu terus bersemi

( ulang 1, 2 )
Francessca Peters / francisca peter

Tetiba je malam nie, aku boleh layan lagu jiwang lah pulak. Zaman jiwang-jiwang nie dah lama berlalu... saat diri dilamun cinta... segalanya indah.

Sangat mencintaimu terlalu indah...
Sangat dikecewakan terlalu menyakitkan...

Istilah serik untuk jatuh cinta lagi... hanya sesuai diungkap oleh mereka yang tidak boleh menerima apa yang telah ditentukan untuknya. Tapi bukan untuk kita... maksud aku kita semua... Yakin lah esok masih ada mentari yang akan menyinari dan mungkin lebih cerah daripada hari-hari yang pernah dilalui sebelum ini.

Aku menyayangimu...
Aku merinduimu...
Aku menyintaimu...

Andainya kau bukan miliku...
Aku redha.

Wah wah....macam orang tengah dilamun cinta lah pulak. Sekali sekala buat entry pasal cinta seronok jugak kan. Apa yang diimaginasi tak seindah realiti. Kita selalu berasa gembira dengan imaginasi yang dicipta dan berasa kecewa dengan realiti yang tercipta. Itu lah warna-warna kehidupan yang sentiasa menghiasi setiap detik yang berlalu dan bakal ditempuhi.

PENGERTIAN HIJRAH

Mungkin kita memahami pengertian hijrah itu semata-mata berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain sebagaimana Rasulullah s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah. Kefahaman bahawa hijrah Rasulullah s.a.w itu hanyalah semata-mata untuk memperolehi kesenangan dan mengelakkan penderitaan, adalah tidak ubah seperti pendapat orientalis Barat.

Antara dakwaan mereka ialah hijrah itu berlaku disebabkan Rasulullah s.a.w tidak lagi popular di kalangan masyarakat Arab Mekah. Maka sebab itulah Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah bertujuan untuk mencari peminat. Konsep hijrah seperti itu mungkin benar bagi orang yang ingin mencari jaminan hidup berupa kebendaan yang lebih baik.

Sebenarnya hijrah membawa pengertian yang luas, keluar dari medan perjuangan yang sempit ke gelanggang yang lebih luas dan ia adalah pemisah di antara yang hak dengan yang batil. Ia juga merangkumi perpindahan kepada hidup yang lebih baik, lebih maju, lebih mulia dan lebih bermakna serta berada pada lingkungan rahmat dan keredhaan dari Ilahi.

Tanpa sifat-sifat sanggup berhijrah, mustahil kejayaan akan tercapai dan kemajuan ummah tidak akan berhasil. Islam tidak menyuruh kita berdiam diri dan menunggu Tuhan memberi sesuatu kepada kita tanpa berusaha. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah Ar-Ra’d ayat 11 yang bermaksud:

'Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka'.

Apabila umat Islam memiliki inisiatif untuk mengubah keadaan mereka sendiri, maka pertolongan Allah pasti datang. Allah akan mengubah keadaan mereka dari kehinaan dan kerendahan kepada kemuliaan dan ketinggian. Dari keadaan yang kurang maju kepada keadaan yang lebih maju dan berjaya. Pertolongan Allah s.w.t akan tiba apabila umat Islam sanggup membela agama Allah. Ini dibuktikan oleh firman Allah s.w.t dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud :

'Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu'.

Allah s.w.t membekalkan kita dengan cukup kelengkapan untuk menjadi manusia yang boleh berdikari dan berikhtiar dalam menentukan arah kehidupan. Kita dibekalkan dengan peralatan yang membolehkan kita memasuki dan merubah segala apa yang ada di sekeliling kita dan juga apa yang ada di dalam minda (pemikiran, persepsi, kesedaran dan emosi).

Justeru untuk memastikan perubahan diri manusia, kita perlu meneliti pelbagai aspek yang perlu dititikberatkan. Antaranya ialah melalui pembangunan jiwa, pembangunan mental dan juga pembangunan fizikal.

Sumber : http://www.islam.gov.my

Sunday, December 5, 2010

KERJAYA DI SEKTOR AWAM MENJADI PILIHAN

Kerjaya di sektor awam menjadi pilihan semestinya ada sebab dan daya penariknya...tidak hairan lah jika ramai yang ingin mencuba nasib dengan memohon iklan yang dikeluarkan. Ada antara mereka nie memohon berkali-kali tanpa jemu. Semata-mata untuk mendapat tempat di sektor awam.

Sesetengah tu, sanggup bermula dari bawah.. walaupun mempunyai kelulusan yang tinggi sedangkan jawatan tersebut hanya memerlukan kelulusan minima sahaja.

Faktor utama sektor awam menjadi pilihan ialah terdapat kelebihan yang tidak ditawarkan di sektor swasta. Antaranya sebagai seorang penjawat di sektor awam layak menerima faedah berbentuk:

Cost of living allowance (COLA)
Anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Elaun ini dibayar mengikut lokasi tempat penjawat berkhidmat. Dah tentulah yang berada di bandar besar, lebih besar elaunnya. Bagi cikgu, mereka yang berada di pendalaman akan mendapat elaun kesukaran. Makin sukar dihubungi, makin tinggi elaunnya.

Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
Anda sebagai kakitangan awam, ada satu imbuhan khas disediakan khas buat anda. Ini adalah satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat buat negara.

Kenaikan gaji setiap tahun
Anda berkhidmat untuk kerajaan, sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan anda. Lagi lama anda berkhidmat, lagi tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti anda sukar nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
Anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan? Dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya.

Cuti tahunan mengikut kelayakan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari iaitu buat pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum campur lagi dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.

Cuti bersalin
Usah risau - risau jika anda rasa anda/orang rumah anda perlu ambil cuti bersalin 2 bulan. Sudah tentu ianya diberikan dengan gaji terus jalan.

Pinjaman perumahan
Ya, anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah! Dalam masa yang singkat, anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli 'banglo' idaman anda.

Caruman KWSP atau pencen
Anda diberi pilihan sama ada untuk memilih skim KWSP atau pun pencen. Jika anda memilih KWSP... ada masih berpeluang tukar kepada skim pence. Tapi tidak sebaliknya. Lebih baik kaji sebelum membuat pilihan. Sebabnya masing-masing ada kelebihannya. Skim ini sebagai jaminan kos perbelanjaan selepas persaraan.

Bersara pada umur 58 tahun
Sungguh lama anda berkhidmat dalam kerajaan tu..Jika di luar sana, adakah anda akan diberikan peluang berkhidmat selama itu.

Peluang kenaikan pangkat
Siapa tak nak naik pangkat kan? Naik pangkat maknanya naik gaji dan juga anda naik selevel lagi dari tahap anda sebelum ini. Siapa yang rajin berusaha dia akan dapat peluang berbekaan.

Peluang melanjutkan pelajaran
Wah! Sambung belajar pun diberikan peluang. hebat tu! Dan untuk makluman anda, anda juga akan diberi peluang tajaan untuk menyambung pelajaran anda. Sudah tentu ini memberikan 1001 kebaikan buat anda dan juga kerajaan. Rebut peluang ini untuk memajukan diri.

Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
Boleh dikatakan pada setiap bulan anda akan dihantar ke kursus. Sudah tentu banyak ilmu pengetahuan yang anda pelajari percuma yang di'support' oleh kerajaan. Jika anda hadir sendiri kursus tersebut, dekat 4 angka juga anda perlu bayar setahun.

Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga
Ya, kini anda akan punyai lebih banyak masa bersama keluarga berbanding kehidupan sebelum ini. Dan keluarga anda semakin menyayangi anda seadanya...

Oleh itu,tidak hairanlah mengapa terdapat beratus-ratus ribu orang telah memohon untuk berkhidmat dalam sektor awam pada setiap tahun. Akan tetapi, adakah mudah untuk memasuki sektor awam ini ? Jika anda fikir memang mudah untuk bekerja kerajaan, anda silap..

Kepada mereka yang sudah berada di sektor awam... termasuk lah aku. Bersyukur lah. Kita antara salah seorang yang terpilih dalam ramai-ramai yang memohon. Beri lah komitmen yang terbaik terhadap tugas yang diamanahkan.

Aku ingat lagi pesan mak aku... mak aku nie tak sekolah... baca pun tak tahu. Tapi dia selalu pesan, supaya belajar rajin-rajin nanti boleh kerja di jabatan kerajaan. Dia nak sangat anak dia kerja kerajaan. Alhamdulillah ada 2 orang anak dia kerja kerajaan. Manakala anak dia yang tak kerja pulak... sibuk suruh cari calon suami yang kerja kerajaan. Alhamdulillah semua menantu lelaki kerja kerajaan. Berkat doa seorang ibu kepada anaknya.

Sumber: www.rahsialulustemudugakerajaan.com