Sunday, March 6, 2011

TERHARU MENERIMA UCAPAN HARI LAHIR

Sebenarnya banyak ucapan secara sms sempena hari lahir aku pada minggu lepas. Malam nie baru teringat nak tulis sms yang aku terima daripada salah seorang anak murid nie.

"Selamat Hari Jadi Cikgu Faridah, semoga panjang umur dan diberkati oleh Allah. Cikgu yang mengajar saya dengan teliti dan saya faham apa yang cikgu ajar, seronok sangat"

Sms nie aku terima daripada murid yang sangat pendiam... tak banyak bercakap di dalam kelas... tak kala orang lain sibuk mengucapkan selamat hari lahir... dia hanya tersenyum... tak sangka pulak... lepas waktu sekolah aku terima sms daripadanya.

Murid nie aku marah ke... apa ke... dia tetap senyum... kadang-kadang, darah aku dah naik sampai ke kepala nak marah... tapi bila tengok muka dia terus tak jadi... sebab dia sentiasa senyum... dia penyelamat keadaan.

Sekurang-kurangnya aku tahu... walaupun aku nie garang.. tapi masih ada anak murid yang minat dengan cara penyampaian aku di dalam kelas... aku nak mereka tahu... aku buat semua tu hanya untuk mereka... agar mereka faham apa yang diajar dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan nanti.

Walaupun dia seorang murid yang mempunyai tahap pencapaian sederhana... tapi dia sangat rajin membuat latihan... aku berharap, berbekalkan kerajinan dan ketekunannya itu... Insya Allah dia akan berjaya.

Terima kasih anak didikku... di atas ingatmu.

Garangku bertempat...
Marahku bersebab...

Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang...

Saturday, March 5, 2011

OPEN TABLE DI AROMA IKAN BAKAR JERAM

Hari Jumaat, malam aku bersama kekawan ke Jeram untuk menjamu selera makanan laut di Aroma Ikan Bakar. Pada awalnya seramai 10 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak... tapi di saat akhir hanya 8 orang je yang dapat join beserta dengan 2 orang kanak-kanak riang. Salah aku jugak... jemput Jumaat malam dah betul ... tapi sebut tarikh 5 hb... dah member nie set dalam kepala 5hb malam. Dah le petang baru aku ingatkan... mana sempat nak cari orang ganti ajar kelas tuisyen malam tu.

Mamat sorang nie pulak... ari Jumaat je dia free... tapi lambat beritahu... member pulak ada trip memancing laut dalam lah pulak... Cuti seminggu sehari je... sehari tu lah dia nak memenuhi minat dan hobi memancingnya.

Nasib baik lah ada s/u aku nie... bukan setakat di sekolah dah nie jadi s/u aku.. termasuk kerja di luar waktu persekolahan nie.... Terima kasih ustaz, kerana buat tempahan awal dan arrange segalanya. Sebelum makan, ustaz membacakan doa bagi memberkati lagi majlis makan-makan kami.

Masih pengantin baru lagi nie... Aina bersama suaminya juga hadir bagi memeriahkan lagi makan-makan malam tersebut. Terima kasih kepada Aina kerana sponser kek sempena hari lahir akak.

Sotong goreng tepung antara makanan yang menjadi kegemaran aku... aku rasa, aku je yang habiskan... memang sedap betul... patut oder lebih malam tu...

Suzzana dengan anaknya je... suami dia ada kelas tuisyen lah pulak... tak ada rezeki nak buat macam mana.... nak tunggu kan lewat sangat... sebab dia habis kelas pukul 10.00 sampai umah pukul 10.00 lebih... pukul berapa nak sampai sana.

Ustaz yang berbaju berwarna orange bersama En. Zul... pembantu juruteknik komputer... orang kekeyangan... he he he.



Bukan selalu dapat belanja kekawan macam nie... setahun sekali belum tentu.... nie pun pakai je dapat durian runtuh. Malam tu kami makan....
  • Siakap 3 rasa
  • Siakap masak steam
  • Tomyam 2 set
  • Kailan ikan masin 2 set
  • Sotong celup tepung 2 set
  • Telur Bristick 2 set
  • Ketam 3 ekor
  • Kepah 2 set
  • Nasi 2 set
  • Air 2 jug, orange juice dan juice tembikai
Harganya bawah daripada budget aku... memang berbaloi lah... yang penting puas hati kekawan makan.

Bersama Ustazah Wan... sporting betul ustazah nie. Pukul 2 pagi baru sampai umah... masa tu aku drive dah ke tengah ke tepi... maklumlah, perut kenyang... mula lah mata mengantuk. Ustazah Wan pun dah tak larat nak drive balik Selayang... last sekali tidur umah aku... malu lah pulak member tidur kat umah yang bersepah nie...

Esoknya ada kelas tambahan.... aku terjaga pukul 7.00 a.m dan bersiap-siap untuk ke sekolah.... dah tengah hari jiran call... pintu umah dan grill tak berkunci... tu lah nak cepat sangat... nasib baik ada jiran yang prihatin.

Sesekali belanja rakan sekerja yang sentiasa di sisi...
Tak kira time kerja mahu pun waktu cuti..

PERMINTAAN SESEORANG

Bagi memenuhi permintaan seseorang memerlukan keikhlasan... seandainya tiada keikhlasan di hati... semuanya tidak beerti... seolah-olah ingin menjaga hati... orang yang lebih tua kerana kita menghormatainya.

Kali pertama dia memberitahu, aku terkedu... begitu tinggi harapan dia agar aku kembali berbaik seperti dulu. Aku tak nak, jika aku tegur insan berkenaan kerana aku ingin menjaga hati insan yang ini... hipokrit namanya. Biarlah aku bertegur kerana memang ikhlas ingin berbuat demikian.

Patutlah minggu lepas 3 kali dia datang ke bilik aku... 2 kali kami tak jumpa... maklumlah bilik aku nie menjadi port cikgu-cikgu. Mungkin dia malas mengganggu. Hari selasa dia datang... siap bersembang. Tapi tiada sepatah kata pun mengenai permintaannya. Rupa-rupanya dia ada hajat ingin berjumpa dengan aku... pada hari tu.

Sehingga lah hari Jumaat... aku bertembung dengan Hajjah Zakiah...
"Kak farid kenapa tak datang Pendidikan Khas semalam"
"Ada apa ha?" aku terpingga-pingga mengingatkan.... mana lah tahu aku terlupa ke??? seingat aku... aku memang ada di sekolah... cuma pagi sekejap aku ke PPD kerana ada urusan.

"La akak tak tahu ke??? ke saya tersalah cakap. Saya minta maaf akak." jelas kekesalan di wajah Hajjah kerana mengutarakan soalan yang aku sendiri tak tahu apa hujung pangkalnya.
"Ada apa Hajjah... akak tak faham nie?" bukan buat-buat tak faham... tetapi aku memang tak faham.

"Akak tahu kan... Kak Min nak sangat tengok akak berbaik semula dengan kakak sorang tu... sebelum dia pencen" Panjang lebar Hajjah menerangkan... ooo kalau yang tu aku tahu... sebab Kak Min ada datang jumpa sendiri dengan aku... semasa Hari Mesyuarat PIBG.

"Insya Allah Hajjah... akak akan penuhi permintaannya... sebenarnya dah lama akak maafkan semuanya... nak semesra, serapat dulu tu... rasanya susah."

Aku harap sangat... Ustazah Aminah, Hajjah Zakiah dan kekawan yang lain memahami situasi aku... sebab mereka tidak tahu masalah aku... mereka hanya melihat luaran... jauh di sudut aku nie.. hanya aku sorang je yang tahu.

Terima kasih kepada Ustazah dan Ustaz yang banyak memberi tazkirah... mudah-mudahan hati aku lembut... untuk memaafkan seseorang dan mampu bertegur sapa.

Jika hendak buat sesuatu, fikir dulu...
Jangan buat secara melulu, takut nanti diri sendiri yang malu...

Friday, March 4, 2011

SECOND HAND - BEKAS TANGAN

Kita selalu dengar perkataan nie kan... second hand yang membawa maksud barang terpakai... tangan yang kedua menggunakan barang tersebut. Kalau kita translate ke Bahasa Melayu bekas tangan.. dah lari maksudnya.... bekas tangan nie membawa maksud hasil kerja tangan seseorang.

Tapi aku nak ceritakan second (kedua). Tak kisah lah kedua menggunakan barang ke... ataupun kali kedua ke... yang penting kedua. Ada orang memang tak suka beli barang second hand... aku tak kisah... bukan kerana aku tak memilih... tapi kita nie sedar diri... buat apa pun ukur baju di badan sendiri.

Aku beli kereta second hand je... pakai dari 2006 hingga ke hari nie... merata kawasan aku redah... alhamdulillah kereta tu masih mampu berbakti kepada tuannya dengan baik. Jaga service, rosak sikit terus repair... Insya Allah drive macam kereta baru jugak. Bukan tak teringin nak pakai Honda Civic, Pesona dan yang terbaru Inspira... tapi tu lah, tak mampu nak keluarkan belanja sebanyak tu untuk bayar bulanan.

Rumah aku pun ada gak yang second hand... tapi tuannya tak pernah duduk... kira aku juga lah perasminya... rumah tak sama kereta... beli lambat makin meningkat harganya... tapi kereta makin susut nilainya. Aku dengar, kawasan tu pun dah makin mahal harga rumahnya... sebab kemudahan dah makin bertambah.

Motor pun ada jugak aku beli yang second hand... tapi jarang naik... so aku jual. Aku sebenarnya tak kisah sangat bab beli barang second hand nie... kalau berpatutan dengan harga dan barangnya dalam keadaan baik... apa salahnya. Daripada beli yang baru... tapi hakikatnya tak mampu... sudahnya hanya beberapa bulan je dah kena tarik... kepala pening, malu pulak yang dapat.

Bercerita tentang perkahwinan kali kedua... hari nie berita sungguh mengejutkan kita semua... setiap 15 minit berlaku perceraian... statistik menunjukkan keadaan itu amat membimbangkan. Jadi takut lah pulak kan... Tapi kalau nak ikutkan setiap minggu berpuluh jugak pasangan bernikah...

Awal bulan lepas, aku menghadiri perkahwinan kawan aku kali kedua... meriah dan aku rasa lebih meriah daripada yang first dulu.. Insya Allah hujung bulanan nie aku akan menghadiri perkahwinan kawan aku yang kedua jugak... ya lah umur macam kami nie.... kalau kawin tu, kali kedua logik... tapi ada jugak yang kali pertama... jangan terasa pulak yang kali pertama tu.

Kalau dulu orang selalu cakap... kahwin sekali je dalam hidup nie. Sebolehnya memanglah kita nak sekali je dalam hidup nie... dia yang pertama dan terakhir hingga keakhir hayat...kalau boleh bukan perceraian menjadi pemisahnya... Kita hanya merancang... tuhan yang menentukan segalanya.

Mungkin kita diuji di awal perkahwinan... mungkin kawan nie... di pertengahan dan mungkin kawan nie di penghujung ketika usia sudah hampir melabuh tirainya... siapa yang tahu. Kita kena ingat hidup di dunia nie.. tempat untuk diuji. Tolong lah jangan menghina status yang dipegang seseorang tu... bukan dia berkehendak sebegitu... Kita perlu sedar... perjalanan hidup kita masih jauh... tuhan tu kalau Dia nak balas... Dia bayar cash je atas dunia nie. So tolong lah jaga mulut... jangan terlalu bongkak dengan apa yang kita miliki.

Laki yang kita ada hanya dipinjamkan sementara waktu...
Harta yang kita ada, bukan kekal di situ...
Kecantikan yang dimiliki, tak mampu bertahan sepanjang waktu...

Semalam ada sorang kawan aku nie... buka sms aku... dengan kebenaran aku... sebab masa tu aku tengah drive. Mana lah tahu kot-kot mesej tu penting. So dia membaca isi kandungan... kebetulan lah pulak... mesej yang aku terima semalam semuanya berkaitan dengan hal-hal rumah tangga kekawan... yang nie macam nie... yang tu macam nie.

Dia pulak yang terfikir... takut aku nie terpengaruh dengan cerita-cerita yang dikongsi oleh kekawan sehingga menjadikan aku nie jauh hati untuk berkahwin kali kedua. Aku rasa, aku dah cukup matang untuk menilai semua yang aku terima... dan menganggap sebagai pengalaman yang cukup berguna untuk aku harungi alam berumah tangga suatu hari nanti.

Sebenarnya pengalaman mematangkan seseorang... tahun lepas ramai kekawan yang bercerai... awal tahun nie pun aku dikejutkan dengan berita perceraian kawan baik aku... tapi ramai jugak kekawan yang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun nie.

Semua kekawan sentiasa mendoakan agar aku dapat hidup bahagia bersama dengan insan tersayang pada suatu hari nanti... Insya Allah kalau ada jodoh tak ke mana... apa pun kita perlu berusaha... jangan berserah kepada takdir sebelum kita berusaha. Tuhan malu, jika tidak makbulkan permintaan hambanya yang tidak jemu-jemu memohon kepadanya.

Hidup perlu sentiasa tabah...
Jangan cepat mengelabah...

Mengenali seseorang perlu ada keiklasan dihati...
Jangan mudah tertarik dengan apa yang dimiliki...


Thursday, March 3, 2011

PENDENGAR YANG BAIK

Sehari dua nie, telinga aku selalu dipinjamkan oleh kekawan untuk mendengar rintihan mereka. Menjadi pendengar cukup senang... tidak memerlukan modal pun. Aku hanya perlu meluangkan sedikit masa untuk mendengar apa yang ingin mereka sampaikan. Tetapi untuk menjadi penyimpan rahsia terlalu berat tanggungjawab tu... dan bukan senang nak mencari kawan yang boleh simpan rahsia kita sekemas-kemasnya.

Bab nie aku berhati-hati... makan sepinggan, tidur sebantal... tu pun boleh tikam dari belakang. Musuh dalam selimut sangat bahaya... sekali aku terkena sampai mati aku ingat. Aku boleh maafkan... kalau nak seperti dulu, aku minta maaf. Ramai kekawan cakap aku nie pendendam. Tak kisah lah apa ko orang nak cakap... cakap lah... yang mengalami aku... aku je yang tahu bertapa sakit dan pedihnya. Ayah aku selalu cakap, mulut orang kita tak boleh tutup. Biar lah dia nak bercakap, dah penat nanti berhenti lah. Tapi tak bagi aku, maruah yang tercalar... sampai bila pun akan berbekas.

Sebenarnya mereka tu, tak mengharapkan kita dapat membantu 100% masalah yang dihadapi. Bagi mereka, ada seseorang yang boleh dipercayai dapat mendengar masalah mereka, itu sudah cukup memadai. Sekurang-kurangnya hilang juga bebanan di kepala.

Kalau kita sebagai ibu, perlu menjadi pendengar yang baik kepada anak-anak. Supaya anak-anak lebih selesa berkongsi suka duka bersama kita. Apa salahnya kita menjadi kawan kepada anak. Aku teringat seorang kawan aku... bagi aku dia seorang bapa yang baik. Sehingga anak perempuannya ada masalah dengan boyfriend diceritakan kepada ayahnya. Ayahnya sanggup meluangkan masa untuk mendengar masalahnya anaknya. Walaupun mereka duduk berasingan. Kalau aku, ada masalah... kawan lah tempat mengadu... nak mengadu kat mak ayah takut kena marah... silap tu kan... nasib baik tak tersalah pilih kawan..

Sekiranya kita tidak luangkan masa mendengar rintihan mereka... tidak mustahil anak-anak akan mencari orang lain untuk berkongsi masalahnya. Tersalah pilih pendengar... buruh padahnya. Salahnya kita, kurang mengambil berat dan menganggap perkara tersebut remeh. Ya lah orang sekarang kan sibuk bekerja... cari duit.. kumpul harta... tapi harta yang lebih bernilai diabaikan.

Seandainya kita menjadi boss... dengar lah rintihan orang di bawahan... kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada orang bawahan... orang bawahan yang banyak bekerja... yang berada di atas hanya merancang... mereka yang berada di bawah nie yang melaksanakannya. Bertapa tertekannya seseorang pekerja itu... jika bossnya tidak mahu mendengar masalahnya... ke mana lagi tempat dia ingin mengadu??? Boss macam nie kejam namanya.

Tapi bila pekerja menggunakan saluran yang lain... baru rasa tercabar... kedudukan tergugat... bila rahsia terbongkar... salah siapa?? diri sendiri kan... Aku melihat, dari kaca mata aku orang yang baru belajar,,, merasakan pekerja tersebut bagus... menggunakan saluran yang betul untuk mengutarakan masalah yang dihadapi... tetapi bila bossnya tidak mahu mendengar... dia terpaksa menggunakan saluran kedua... ketiga dan seterusnya. Peringkat yang digunakan itu tidak salah.

Beban kerja selalunya kita boleh handle... tetapi tekanan daripada sekeliling boleh menyebabkan seseorang tu akan mengalami gangguan emosi... lebih teruk lagi, bahasa kasarnya sakit mental. Tapi kalau kita berada di pihak benar buat apa kita nak takut... bertindak ikut rasional... jangan emosional.

Sebab tu lah, kita nie jangan mendengar sesuatu perkara hanya sebelah pihak... dengar kedua belah pihak baru buat keputusan. Sorry to say lah... walaupun orang tu aku anggap macam kakak sekali pun.. aku tak kan percaya bulat-bulat apa yang disebarkan tanpa aku mendengar daripada pihak yang berkenaan... Aku menghormati orang yang lebih tua... tapi sekali aku meragui kata-katanya... kali kedua.. ketiga aku akan lebih berhati-hati.

Kau nak cakap aku penyampai maklumat... up to u lah kan... apa yang penting aku buat tu untuk mendapatkan kebenarannya. Aku tak heran kalau hilang kawan... di depan manis mulut... di belakang kutuk kawan... tak ada pun aku tak rugi.... bab kata kekawan aku... " kak ko tak payah peduli lah orang macam tu... buang masa je... ko tak rugi pun kalau tak kawan dengan dia. Orang lebih kenal ko kak... orang dah lama kawan dengan ko, kalau dia bercerita pasal ko pun.... orang akan fikir gak betul atau ke tak." Lega sikit... ada kekawan yang sudi mendengar rintihan aku.

Tq my friend... malam esok akak belanja u all makan ikan bakar.... bukan nak rasuah... memang dah pasang niat.. nak belanja makan kekawan yang sentiasa berada di sisi ketika aku ada masalah... Kebetulan pulak bulan nie rezeki lebih... terima kasih kepada Ustazah Wan, Ustaz Pejal, Suzanna, En. Zul dan Aina yang sentiasa pinjamkan telinga untuk mendengar masalah kakak mu ini.

Berkawan perlu ada rasa simpati...
Bukan hanya hendak sentiasa nak diri dihormati...

Jangan suka menabur fitnah ke sana sini...
Takut nanti, diri sendiri akan benci...

Wednesday, March 2, 2011

ULANG TAHUN KELAHIRAN

Semalam genap lah umur ku yang ke 33 tahun. Terima kasih kepada kekawan sekerja, kekawan semaktab, kekawan TUDM, kekawan blogger, kekawan masa keja part time, kekawan facebook, kekawan sekampung dan anak-anak murid yang telah memberi ucapan. Terharu aku tengok ucapan di facebook mencecah 100 orang.








Terima kasih kepada mereka yang belanja makan semalam dan hari ini... terima kasih kepada mereka yang memberi hadiah... jauh hadiah yang dibeli tu. Terharu aku menerimanya.

Semalam juga aku menerima banyak panggilan... bukan ucapan besday tetapi panggilan ingin mengadu, berkongsi masalah dan meminta bantuan aku... seawal 7.30 pagi hinggalah penutupnya 9.30 malam... aku bukan kaunselor tetapi bila kekawan minta tolong aku rasa dah menjadi tanggungjawab.... bila kekawan gembira semalam aku pun turut berasa gembira.

Semalam hari untuk orang bernama su.... ketiga-tiga kawan aku semalam bernama su yang mengadu masalahnya.... semalam saja aku menerima 5 masalah.... hanya satu saja yang dapat aku selesaikan... yang lain aku hanya dapat mendengar sahaja. Aku hanya mampu memberi pandangan. Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

Hari kelahiran bukan untuk dirai...

Sehingga lupa diri...

Tetapi untuk diingati...

Supaya hidup lebih diberkati..









Tuesday, March 1, 2011

AKU TERSENARAI JUGAK

Gembira rasanya hati... bila nama den tersenarai sebagai pemenang... pemenang untuk set 3 tu.... tak sabar nak tunggu hadiah nie... terima kasih kepada penganjur contest. Hadiah nie kena kongsi dengan kawan den kot.... sebab dia pun tolong buat sama gak... harapkan den sendiri yang buat tak ada de... baca 2-3 kali masih tak faham kehendak penganjur.

Terima kasih daun keladi...
Kalau ada contest ingat nak masuk lagi...